Thursday, August 6, 2009

tentang rasa dan mimpi.

I have a dream,
a song to sing
To help me cope with anything
If you see the wonder,
of a fairy tale
You can take the future even if you fail
I believe in angels,
Something good in everything I see,
I believe in angels,
When I know the time is right for me.
I'll cross the stream,
I have a dream.

I have a dream,
a fantasy,
To help me through reality.

Setiap kali mendengar lagu ni mesti aku berasa di awangan. Well, aku ni luaran nampak saja remaja ceria lagi bergaya, tapi dalam hati aku neh dia bersifat oldies tahu ka? Pasti anda tak tahu lah kerna aku baru hendak membagi tahu. Bukan bermaksud hati aku dah berkerepot ke apa, cuma dia semacam lebih terarah kepada lagu yang berunsur malar hijau (ever green) walaupun sebenarnya aku tak da suka hijau -.-" Merah itu hot sudah (!)

Memandang aku dah membuka story pasal lagu neh maka aku nak mencakar tentang mimpi. Aku memang banyak bermimpi. Aku rasa lah. Err. Bercakap tentang 'rasa merasa' ni membuat aku teringat kepada seorang ustaz yang mengajar aku subjek agama semasa zaman aku masih berstatus anak dara sunti (cheywah) di sekolah rendah Raja Muda dulu. Ustaz yang aku-tak-berapa-ingat-nama-dia-sebab-beliau-berpindah-dengan-begitu-pantas-sekali telah berkata, sebenarnya bila kita cakap 'Aku rasa...' tu berdosa. Erk. Tak faham? Meh la aku terangkan satu per satu. Aku ni pun, dari H nak terus pergi ke V, apa cerita? Mintak sorry T__T

Lumrah, kan macam bila orang bergosip; 'Ehh, tengok! Apa yang Eton tu buat keluar masuk hotel hah?' maka kau akan menjawab; 'Aku rasalah... ada sesuatu si Eton tu. Entah entah...' dan bermacam lah kepelbagain jawapan yang akan timbul dan lepas tu engkau akan passing kepada mereka yang lainnya lepas tu kalau si polan yang mendapat berita tu tak amaze dengan cerita kau, engkau tokok tambah sehinggalah akhirnya si polan tadi berkata; 'Lahh. Teruk gila si Eton tu!'. Dan engkau akan tersenyum lebar puas hati. Kan? Lumrah heh.

Itu contoh la aku tak da nak mentembak sesiapa okkay? Lainlah kalau kau yang berada dekat dengan unggun api. Memang lah terasa bahang dia. Err. Peribahasa rekaan sendiri harap maklum. Yang sebetulnya anda patut tahu. Tak lain dan tak bukan, the legendary; siapa makan cili dia terasa pedas. Very cliché hoh.

Maka sebab tu lah ustaz yang aku-tak-berapa-nak-kenal tu semacam tidak membagi penggunaan 'Aku rasa...' tersebut. Lagipun bila anda kata 'Aku rasa...' bermakna anda tidak pasti, bukan? Islam kan tak da kompromi dengan perkara syubhah dan menimbulkan keraguan neh. Correct me if I'm wrong. Tambah lagi untuk semacam contoh gosip berbaur fitnah yang aku membagi tadi. Buruk okkay perangai tersebut. Sibuk jaga tepi kain orang, kain sendiri yang terlondeh. Aik? Lagu? AHAAHAHA.

Ehhhhhh, bukan ka aku sebenarnya nak mencakar pasal mimpi hoh? -.-" Pendahuluan ja dah berapa perenggan neh hai-O, Eh. Haiyyo! *garu kepala.

Berhenti mana tadi? Sekejap aku scroll ke atas. Oyya. Aku memang banyak bermimpi. Let me make it clear to you, I basuh kaki sebelum tidur. Maka langsung tak ada boleh pakai la alasan tersebut. Dan mimpi yang mentunjukkan keganasan aku di alam mimpi adalah sangat banyak eh. Sangat banyak (I tell you). Keganasan di sini bermaksud aku telah membuli orang yang aku kurang senangi di alam mimpi. Jangan pergi fikir ganas lain, pervert!

Contoh macam aku tak suka dengan perangai si B yang selalu mempinjam barang aku tapi sampai sekarang dia tak da pulangkan malah membuat barang tersebut sebagai harta sendiri lagak dia. I sayang you okkay, girl. Listen. You might be forgiven, but not be forgotten for what you did. There. Dan entah macam mana aku bermimpi aku membuli (herdik, tengking, tendang, sepak semua ya semua) sampai dia terbaring di lantai berendam air mata sebaldi dua. Sumpah aku berasa sangat powerful di dalam mimpi tersebut. Semacam tak mau bangun pun ada wtfun heh. Erk.

Sama macam malam tadi. Aku telah membuli si C dengan selamba kodoknya tanpa belas kasihan sampaikan dia menangis padahal dia tak da pun buat salah pada aku cuma aku kurang senang sikit dengan dia ni. Aku sangat ganas heh di alam mimpi. Tapi fun woh membuli secara virtual sebegitu. Terasa semacam perasaan kurang senang tersebut berkurangan sebanyak 20%. Tapi lagi hebat kerna aku telah berasa bersalah kerana mimpi membuli dia T____T Power lah.

Sila take not kesemua scene tersebut berlaku di alam mimpi. Aku sangat soft lah okkay dalam realiti walaupun aku neh berciri lioness sikit sebab zodiak aku LEO meh. Fyi, not that I believe it anyway. It is just for your record -.-" Kerna itu lah aku ni suka mempersoal tapi teramat benci bila dipersoalkan. Aku rimas. HAHA. Bloody unfair (I know) but what to do. It's who I am. Take it or leave it :)

Okkay Bieyto. Aku tak tahu penyakit apa kah sedang menyerang aku tapi bahagian kanan badan aku macam sangat hell rasa dia. Kepala macam kena tikam, kelopak mata memberat, rahang ada rasa ngilu, tengkuk rasa tegang. Nasib baik aku tak demam. Phewh.

No comments: