Sunday, August 9, 2009

tanpa diskaun energy.

Konklusi pada hari ini: Penat secara sangat tanpa diskaun terhadap energy T____T

Tengok. Ini penat gilak nama dia. Belum cerita apa-apa dah sampai konklusi. Dah tu sampai mentitiskan air mata di hujung ayat. Padahal bukan selalunya memang suka sangat keluarkan tanda wujudnya air mata di segenap entri ka? AHAAAHA. Bukan lah. Kali ni penggunaan dia di tempat yang sewajarnya. Badan memang terasa sangat lengai dan kurang bermaya. Effect bershopping mania sehari suntuk di mall indah terletak di bandar sunyi. Maaak! Apa tah menakutkan je description saya neh (sepatutnya ada satu lagi icon air mata di sini, letak sendiri la okkay).

Bandar tersebut memang sunyi tak da siapa boleh mendeny kenyataan tersebut. Kalau anda tahu bandar apa yang saya pergi tadi, anda pasti anggukkan kepala sekarang neh. Sekarang (I tell you) jugak. Ceh. Tiba-tiba berlagak macam pentilik nasib handalan pulak dia. Tak payah bermain secret lagi kerna sangat tak best main secreting. Macam main kayu tongkat berkaki tiga pun ada neh (tak ada kena mengena. SERIOUSLY -.-")
Bandar neh memang sunyi, bukan? Okkay boleh angguk sekarang. Mintak sorry kepada penghuni Putrajaya sekaliannya tapi saya rasa menetap di wilayah neh semacam tak da life dan akan membuatkan engkau membosan secara truly hyper. Yes, Putrajaya sangat sangat sangat (tiga kali tanda penegasan yang nyata wtfact) lovely dengan wetlands taman botani segala. Tapi sangat sunyi engkau tahu ka? Pulak tu signboard dia very deceiving. Mentunjuk ke arah lain dan engkau akan sampai ke tempat yang lain. Aneh. Shah Alam tetap terbaik :) *bangga. (Tiba-tiba sangat)

Well, tujuan ke Putrajaya untuk pergi ke Alamanda. Tujuan ke Alamanda kerna emak hendak ber-gathering bersama teman seuniversiti di Amerika dulu (Woot woot). Okkay mentipu sangat kalau saya pun pergi ikut sekali ber-gathering. Maka saya, Izzah, Aiman dan bersama anak kawan emak yang dari New York telah membawa diri (ayat tak menahan tak nak kalah) ke GSC. Mulanya hendak mentonton G.I Joe tapi akhirnya end up menonton The Proposal. Tak yah explain kenapa. Paling kesian Aiman (berumur 7 tahun) ikut mentengok filem berunsur separa 18+ tersebut T____T
Oyya. Sementara mentunggu tayangan filem tu kami pergi melepak di arcade dan berlagak seperti kanak-kanak riang gembira :O AHAAHA. Sumpah cakap perbuatan memukul tarbus (atau gendang) di background gambar di atas untuk elak monyet-monyet tersebut berjaya memanjat pokok coconut sambil terkinja-kinja dan menjerit sakan adalah sama sekali tidak sopan. 18 tahun dah weh. Try tengok mentitis air mata sikit (T_____T) Okkay. Perfect.
Dan selesai mentengok wayang kami pergi solat Zuhur dan baru pergi melantak di Pizza Hut. Aiman punya choice entah sejak bila dia pandai pilih Pizza Hut saya tak pernah tahu, HAHA. Err. Rupanya dia bukan hendak memakan pizza tapi dia mahukan mushroom soup tanpa mushroom dia (Olomak aih), breadstick dan garlic bread. Ohh. Pepsi. Hailahai. Adikku si peminat Ben10 ini (!)
Lepas tu barulah berpeluang menjoin per-gathering-an emak bersama teman(s) beliau. Fyi, yang kanan sekali tu nama dia Sarah; yang saya membagi tahu pada awal tadi anak-kawan-emak-dari-New-York tu dia lah. She's fourteen. Adik beliau bernama Julia langsung tak da boleh bercakap Melayu. Emak mereka yang bertudung hijau tersebut heh.

Pencarian barangan saya hendak ke Egypt telah pun bermula (Apsal tah ayat neh bunyi dia macam aku baru buka penyertaan untuk menyertai pertandingan si ratu cantik -.-"). Macam tadi aku mensinggah di TravelforAll untuk membeli beg besar mengisi pakaian untuk ke sana (sana tu Mesir okkay tak payah cerita annoying tahu?) Memandangkan perkataan SALE adalah merata sekitar outlet tersebut, saya akhirnya mempilih beg ini. Ehem.
Tahukah beg ni macam sangat berbaloi-baloi pembelian dia? 50% + Pierre Cardin weh siapa tak terkedek-kedek mahu membawa pulang bagasi tersebut (!) Dah la bewarna Merah itu Hot Hangat dan segalanya. Setiap kali mentengok bagasi neh jatung I dup dap dup dap kerna kecantikan dia bukan sebab nak pergi Egypt. Wakakakaka. Apa tah aku merepek neh.
Beg sandang neh? Saya telah berjaya mempujuk emak membelikan saya beg tersebut untuk kegunaan di Mesir. Hahahalasan tapi betul hoh. Very convenient kan I nak melancong pergi tengok pyramid ke takkan nak bawak hand luggage backpack segala? Kecil molek macam ni sudah. Asal boleh mengisi purse, handphone serta kamera I dah berpuas hati. Nampak sangat statement of the year, AHAAHA. Oyya, thanks mi :)

I have a great day all in all despite the exhaustion of being in the Alamanda all day long. Woohoo. Sebelum saya mahu merehatkan badan dan minda, nah lah saya membagi satu lagi gambar adikku sayang di TravelforAll, HAHA.
MY AIMAN SAYANG SAYANG

No comments: