Thursday, August 27, 2009

seseorang yang beri rasa.

Masjid Negeri, Shah Alam, Selangor. Ditangkap pada 23 August 2009 :)

Aku ada satu soalan. Pernah tak agak-agak kau bertemu dengan seseorang yang memberi impak atau kesan dalam hidup kau? Em. Okkay okkay, semua orang pernah (saya teka). Seseorang tu menyentuh hidup seseorang yang lain dalam macam-macam cara, kan? Ada yang ajarkan bahagia, ada yang ajarkan derita (dah macam lirik lagu Berhenti Berharap by Sheila On 7 dah, HEHE).

Fine. Saya admit. Hidup saya dah disentuh dek orang (Statement apakah ni macam menjatuhkan maruah sendiri je bunyi dia?) KAHKAHKAH. Hey, that's not even close okkay? Engkau memanglah Bieyto.

Aku jumpa seseorang yang mensentuh hidup aku tempoh hari (tak ingat tarikh dia T__T tapi dalam minggu ni la) di Masjid Negeri semasa aku sedang bersolat Terawikh di saf hadapan (Ceh nak jugaaaaak, HAHA). Apa dia? Aku tak khusyuk bersolat? Bukan tak khusyuk, tapi beliau menyentuh hidup saya dengan cara bersolat. Em em, tak boleh faham? *garu kepala. Okkay like this.

Kejap.

Dalam kepala anda mesti tengah membayangkan saya tengah bersolat lepas tu tetiba mata entah macam mana boleh terlilau mempandang lelaki berbaju melayu merah hati melintas lalu hati saya tergoda, kan? Kan? (saya teka lagi) Aiseh, jauh dah menyimpang. Itu bukan menyentuh hidup nama dia tapi menyentuh hati, HARHARHAR. *terkekeh bila baca balik perenggan neh :P

Sebenarnya, bacaan imam solat terawikh pada malam-yang-aku-tak-ingat-tarikh tu yang menyentuh malam aku. Bacaan ayat-ayat Al-Quran dia sangat mendayu dan sangat indah sampai aku rasa macam nak mengalirkan air mata semasa sedang bersolat tu. Kau boleh kata aku tak khusyuk, but you know what, this doesn't seems to happen to everyone and every night. Mark that. Bila je kau pernah tersentuh dengan bacaan seorang imam? Majlis Tilawah Al-Quran? Ya, mungkin. *shrugs.

Bacaan beliau semacam menginsafkan aku. Buat aku macam terkenang dosa sendiri. Sumpah rasa macam nak menangis. Rasa nak sujud atas sejadah tu lama-lama, dan aku macam tenggelam dalam bacaan dia dan rasa macam aku seorang je tengah bersolat berimamkan beliau. It makes me to remember the days when I was in Mecca back in 2006. Perasaan 'rasa kerdil' bila nampak Rumah Allah. Kau kenal perasaan tu? Pernah rasa?

Sekali lagi, kau boleh kata aku tak khusyuk. *senyum.

Actually nak cakap yang aku rindukan suara dan bacaan imam tu mengimamkan solat aku. Serius rindu. Sekarang, setiap malam aku macam ternanti-nanti suara beliau berkumandang di speaker dewan solat Masjid Negeri tu. Aku tertanya-tanya siapa agaknya imam yang berjaya membagi ruang baru untuk aku bernafas tu. Aih.

Hmm, aku rindu nak rasa apa yang aku pernah rasa malam tu :') tsk. ALLAHUAKBAR.

2 comments:

Anonymous said...

nuha, k krina rase the same way..well after dh 4 tahun tak berpuasa di msia this year, dgn kuasa tuhan dpt la terawih mlm pertama ramadhan 09. tuhan je taw betapa lebat nyer hujan and after parents pun pasrah nak insist jgn pergi sbb esok nyer flight, k krina berjaya la menjejak kan kaki dkt masjid saujana impian tue..and apparently, tgh2 smbhyg isyak, ya allah, endless tears..tanyer aunty nab..smpai org sblah igt kene h1n1, semcm je pandang.n aunty nab pulak igt selsema sbb kene hujan..

but the point is the feeling of going to the place where you belongd to..surrounded by ppl yg kita syg..kat sini smua mazhab lain..pakai jubah hitam..msia smua telekung putih, tak ke lain..well2, there's no place like home kan? enjor ur stay in msia while u can.. ;)

-krina

nhmnrh said...

sebak je baca kak krina punya experience :')

sometimes mmg rasa mcm tu kan? heeee.

thank you fr sharing kak krina :D and fr the advice as well.

xoxox