Saturday, August 22, 2009

seputih kasih ramadhan.

Yours truly dengan my brother; Afnan sebelum solat tarawikh malam tadi.

Oh I sangat adore ketibaan bulan Ramadhan (!) Hoyeah. Perasaan akan jadi sangat lain secara magikal (automatik maksud dia). Memang rasa sangat lain lah. Something yang indescribable. Perasaan hendak ber-Syawal pun tak boleh kalahkan perasaan sewaktu berpuasa I tell you. Aik? Macam lain macam je statement neh, AHAAHA. Terlebih sudah heh.

Okkay tahun ni tak ada alasan untuk tak bergembira mensambut bulan Ramadhan seperti biasa walaupun flight ke Egypt semakin hari pun semakin dekat T__T Entah kenapa lagak saya macam lepas ni dah tak kan ada peluang berpuasa kat Malaysia lagi dah padahal next year comfirm I balik no doubt. Sebelum puasa lagi dah balik dah maka tak kan sempat membuat Salam Perantau di dada akhbar untuk emak dan ayahanda tercinta. Oh juga buat anda.

Bieyto: Lahh, kau pun teringin rupanya.

Yours truly: Habisss. Kau ingat selama ni yang aku dok belek ruangan Salam Perantau tiap tahun tu tanpa perasaan nak mentepek wajah di situ ke? HEHEHE.

Em. Betul. Setiap kali kalau musim berpuasa dan beraya macam ni mesti ruangan Salam Perantau menjadi ruangan favourite saya secara semula jadi, heh. Sumpah kalau ada satu tahun yang saya tak balik Malaysia nanti saya nak buat Salam Perantau saya tak kira. Apa nak jadi, jadi lah. Saya nak buat jugak Salam Perantau lepas tu mintak emak kerat ruangan tersebut, laminate atau framekan terus supaya nanti bila I balik boleh mentatap sepuasnya wajah sendiri.

Ceh, beriya nak masuk Salam Perantau yang tadi siapa entah cakap perasaan nak berpuasa lebih hebat daripada perasaan nak ber-Syawal pun I tak tahu lah -.-" Err. Fine lah, fine. Okkay sebenarnya saya nak wish;

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.
*semoga kita dapat berkat daripada kehadiran bulan Ramadhan yang mulia ni.

Dan sempena bulan Ramadhan neh, saya nak berazam beberapa perkara yang saya tahu saya terdaya nak buat bukannya yang bagi orang nampak kita gempak berazam hebat-hebat padahal tak ada kudrat pun nak lakukan semua tu. Nehi nehi.

  • Tak tinggal solat tarawikh walau untuk satu malam pun. (Kalau dah ponteng satu malam mesti lepas tu nak ponteng berbanyak malam maka OPS Malas Sifar akan dilancarkan secara gerila Ewah).

  • Cuba untuk sekali-sekala buat solat tarawikh 20 rakaat. (Ini serius cakap I pernah buat sekali je seumur hidup T____T Haih. Apa lah nak jadi).

  • Mengikut emak untuk bertadarus Al-Quran setiap pagi kalau terdaya. (Terdaya tu makna dia kalau bertenaga heh. Kalau nak bawak badan sendiri pun tak larat memang saya tak kan paksa diri). Ini toleransi dengan diri sendiri nama dia.

  • Membaca sebanyak yang boleh kitab tafsir Al-Quran yang saya baru beli itu hari untuk betul-betul mendalami maksud satu-satu ayat Al-Quran, Insya Allah :)

  • Meringankan tulang membantu emak memasak di dapur sekaligus belajar cara nak masak kot. (Kehadiran 'kot' maksudnya tak pasti, HEHE). Atau lagi senang merajinkan diri mentolong emak menghantar makanan yang siap dimasak kepada Uwa atau Tok Man atau sesiapa je lah.

Okkay mungkin ada yang tertanya mana dia pergi azam nak kurangkan nafsu makan semasa berbuka? Em, jangan dicari memang tak ada. Tak ada. Sebab kadang-kadang nafsu makan ni dia bersifat serakah jadi... dia involuntary. HARHARHAR. Pandai aku mencari alasan hoh. Cukuplah lima azam tersebut untuk aku menjadi muslimah yang lebih baik dunia akhirat. Amiin.

11 comments:

hafizulkifli said...

Insya Allah..
bulan ramadhan nie kita gune sepenuhnya utk mentarbiyyah (mendidik) diri kita supaya tingkatkan ketaatan/keimanan kpd ALLAH..

Hidayah said...

selamat berpuasa oh yeah yeah ^^

Lisa said...

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dear..

––––•(-•.cik.•-)•–––– said...

hope kamu dapat capai cita2 kamu sempena bulan ni. epy fasting. (:

nhmnrh said...

hafiz

thank you 'abang' hafiz :P

nhmnrh said...

hidayah

selamat berpuasa jugak weh :D

nhmnrh said...

lisa

same goes to you ;)

nhmnrh said...

cik

terima kasih banyak-banyak yach :D
happy fasting to you too.

A I N :) said...

Selamat berpuasa ,
wahhh bestnye semua entry akk .
nk fly egypt yek ?
Ooooamik coarse ape ?

nhmnrh said...

thank you dik fr the compliment :D
yup2, to egypt.
akak amik course medicine :)

A I N :) said...

wawa syoknye.
akk dulu scola mne ?
same dgn akk Ain g overseas tapi die pergi Jepun amik coarse Mechanical Enginering wawawa I'll miss her :(