Saturday, August 15, 2009

nuha muneerah di masa depan.

Operasi membedah tikus; Biology lab; 2008.

Sir Gerard Rozario Basil kesayangan semua orang di Cambridge pernah bertanya pada aku satu soalan. Sebenarnya waktu tu memang kami tengah bercakap pasal future ke apa tah. Memandangkan aku ni dikira student favourite (engkau pergi perah santan sana!), soalan tersebut ditembak kepada aku dulu. Padahal sebenarnya beliau mempilih aku sebab aku duduk depan mata beliau T____T Aku neh memang.

'Yes, Nuha. Where do you think you'll be in five years time?' soal Sir Gerard.

'I would definitely still be studying in Egypt for my degree in medicine.' kata saya.

'Good grief. She knows her future. What about you?' dan beliau mula bertanya pada mereka yang lainnya.

Aku mendapat inspirasi setelah membaca nukilan Mira Uttika tentang diri dia pada 10 tahun akan datang. Aku seorang pemikir (yang agung, cehceh). Aku biasanya akan peruntukkan banyak masa untuk berfikir tentang hala tuju aku, tentang siapa aku, tentang apa yang aku perlu dan sudah lakukan. Senang kata, aku jenis yang suka muhasabah diri. I don't live with the past but I tend to learn from it.

Seingat saya, dari saya berumur 13 tahun lagi saya sudah target apa yang saya mahukan dalam hidup. Tapi saya tetap bermain semacam remaja biasa heh (Jangan ingat I loser sangat tak da life ke apa T___T). Pada umur 15 tahun, I dah sketch out my life plan dari after PMR sampai lah I bersara/pencen. Dan I ingat lagi yang I tampal kertas tu pada dashboard dinding bilik tidur supaya emak nampak dan tahu apa yang anak dia ni tengah rancang.


Siapa Nuha Muneerah Binti Abd. Hakim 10 tahun dari sekarang?

Situasi Satu

'Agak-agak kau kenal tak doktor perempuan kecil molek lepasan Mansoura University yang tengah buat government service for her fourth year tu?'

'Ohh. Maksud kau Doktor Nuha? Bagus budak tu. Tak ada masalah langsung. Patient tak pernah terabai, kerja pun tip top, selalu standby, aku rasa dia boleh pergi jauh.'

Nuha Muneerah. Seorang wanita berumur 28 tahun yang sedang menjalankan tugas government service beliau di sebuah hospital kerajaan dengan penuh dedikasi malah sering menjadi bualan senior doctors. Amiin.

Situasi Dua

'Awak kenal Doktor Nuha yang rawat saya tu?'

'Ehh, takkan lah tak. Walaupun dia cuma rawat awak dalam wad ni, selalu juga dia berbual dengan pesakit lain. Hari tu pun dia sempat tanya keadaan saya walaupun sibuk merawat awak. Selalu senyum, ramah orangnya.'

InsyaAllah, aku akan menjadi seorang doktor yang sentiasa disenangi oleh bukan saja pesakit sendiri tapi setiap pesakit yang ada di dalam hospital tersebut (macam over lah pulak -.-"). Menjadi seorang doktor yang sangat murah dengan senyuman.

Situasi Tiga

'Tahu takkk, ada medical officer yang habis goverment service nanti dia nak sambung buat specialist kat sini. Kau tahu siapa?'

'Alaa. Mesti Doktor Nuha yang lepasan universiti dari Mesir tu kan? Dia tu cita-cita tinggi. Aku dengar dari senior doctors, lepas habis buat specialist in Paediatrics, dia nak ambil sub-specialist in child and adolescent psychiatrist pulak...'

Tinggi jugak angan-angan aku ni rupanya. Seorang doktor yang bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi untuk menjadi seorang pakar dalam bidang yang diminati. Waa, anak siapa neh? Emak sila berbangga la okkay :P

Situasi Empat

'Hana, anak sulung you tu dah berumur, dah habis study. Kenapa tak kahwin lagi? Dibiarnya pulak adik langkah bendul.'

'Actually anak I tu dah bertunang awal tahun ni. She'll be getting married after she finishes her compulsory service to the government next year.'

WOW. Aku sudah bertunang dan bakal berkahwin dengan seorang jejaka hebat pada tahun 2020. Berwawasan sungguh neh, HEHE. Mana pergi life plan konon tak mahu berkahwin lepas tu nak mengambil anak angkat dulu? T_____T

Setelah saya berkahwin, menghabiskan pembelajaran saya dan akhirnya menjadi doktor pakar, saya sangat teringin untuk menyertai United Nations atau paling kurang pun MERCY Malaysia. Jangan ditanya kenapa tapi hasrat tersebut dah menjadi rancangan hidup saya sejak saya kenal apa itu UN dan MERCY (form two kalau tak silap). I just can't see people's suffer. The natural instinct of a doctor I guess. Pandai lah engkau -.-"

InsyaAllah, I will be on my way to achieve everything that stated above. And I am making my first step by entering University Mansoura, Egypt, a week after raya. Doakan saya, please? :)

Jadi. Siapa anda 10 tahun dari sekarang?

OKAY SEKARANG SAYA TAG SEMUA ORANG UNTUK BUAT LIST NEH. WAJIB. SAYA PAKSA :P

2 comments:

arelynn said...

oiitt ..asal kene tag je .. bile la mase aku nak wat research nih ... nak main make up lagi ....

nhmnrh said...

HAR HAR.
Tak semestinya kena buat sekarang :D