Tuesday, August 11, 2009

mari kita enjoy!

...bak kata Puteri Farah Binti Nordin dari Sitkom Puteri TV3 wtf.
Saya sudah berkira-kira atau dalam bahasa ringkas dia saya sudah puas fikir secara masak minyak penuh, mari lah kita (maksud dia saya seorang lah anda buat apa) meng-enjoy saki baki sisa hidup yang ada di Malaysia. Apsal tah bunyi dia macam tak menyedihkan sekali tapi berkali-kali sedih dia. Macam lepas neh akan hilang taraf kewarganegaraan bumiputera segala padahal cuma jadi fisabilillah belajar di luar negara (It rhymes! Tiba-tiba sangat) T__T Okkay aku over reacted.

Memandangkan saya sudah sedar diri untuk tidak berhati walang (huaasehh) setiap kali fikir pasal nak ke Mesir, mari lah kita (kali neh anda boleh join kalau mahu *keningkening) memeriahkan Bieyto si blog-kacak-lagi-selalu-menyenangkan-hati-walaupun-baju-dia-I-mean-the-layout-asyik-berciri-girlie dengan ayat-ayat yang tak berapa nak boleh diterima. Ayat repekan tentang kehidupan seharian maksud saya.

Kita dah boleh mula enjoy sebenarnya tak payah pendahulan yang tujuan dia sengaja memanjangkan entri tersebut, AHAAAHAHAHABISKANTOI.

Okkay. Saya nak mencakar tentang apa tadi? ... Err. ... Bagi aku masa sikit mahu fikir hoh. Tiba-tiba idea tersekat di saluran neuron yang tak aktif okkay salah sendiri siapa suruh tak suka minum susu Dutch Lady yang ada AA, SA, DHA dan Omega Tiga (Ini telur ayam pun ada heh -.-") semua. Padan muka sendiri T_______T Okkay padan dengan muka saya. Tapi ada juga yang tak padan macam lipstick apa tah sampai allergic bibir aku dibuatnya. Fine. Aku janji lah repekan tersebut dikurangkan, HEHE. Apa tah tiba-tiba dah sampai rahsia allergic I. Segan maaak. Erase dari memori boleh ka? Serius neh. Lupakan weh.

Oyya. Dalam pada saya mencakar secara rawak serta rambang di atas saya dah teringat benda apakah mahu dicakar pada awalnya. See? Merepek neh membantu engkau mengingat semula tanpa duduk melangut membuang masa memikir. HAR HAR HAR. Aku dah start balik dah.

Sebenarnya nak cakap I AM HAPPY :D Okkay bukan selalu happy ke kenapa hari neh nak buat statement? HAHA, kerek lah kau neh Bieyto. Aku baru mendapat tahu semalam my primary school friend and former neighbour; Farhat Zuhairi (kau tengah tersedak/terbatuk tak sekarang? HAAHA) pun akan pergi ke Mesir under GMN. Dahlah sama universiti dan flight. Cuma lain course; dia Dentistry. Weeeee. Apsal tah happy sangat. Lama tak jumpa dia kot. Padahal jarak rumah tiga minit berlari dah sampai -.-" Jumpa kau kat KLIA nanti lah okkayh? :)

Anyway. Tahu tak aku rasa jalan raya adalah satu tempat yang sangat scary? Horrified gila lah aku terhadap jalan raya tapi terpaksa juga meratahi dia semasa nak men-drive. Bayangkan. Orang yang pemalu dalam dunia nyata boleh menjadi seakan samseng di jalan raya. Personaliti seseorang macam bertransform secara mendadak!

Tak percaya? Aku sendiri boleh menjadi contoh apa. Ehem. I yang kalau zaman bersekolah dulu pijak semut pun tak da dia mati- tak pernah nak melanggar peraturan maksud dia (skema, ya ada masalah? Hidup je, aku tak da terjejas pun) boleh membuat pusingan U-turn di tempat yang dah terang lagi bersuluh terpacak papan tanda NO U-TURN. Tak cukup ganas? Tadi aku telah selambaland jalan saja membelok ke kanan tanpa sedar ada kereta dari kanan nak jalan straight. Punyalah histerikal dalam hati tapi mulut terkunci. HAAHAHA.

Aku rasa perkembangan neh sangat tak sihat lah untuk diri aku. Perempuan jadi samseng? Olomak aih, buruk gila rupa dia. Habis hilang keayuan perempuan melayu dalam diri aku. Waaaa. Apa tah aku merepek neh. Banyak sangat drive kot hari ni -.-" Dahlah, aku nak pergi berehat sebelum kena drive lagi nanti. Haih.

2 comments:

Syrrul said...

awak, kite tak ingat lah farhat tu yg mane :/ dah la die ingat kite. siap ingat kite ni ketua pengawas -.- padahal kite i takpernah pon jadi pengawas hehehehe

nhmnrh said...

@9160248583622764221.0

yg kita ingat, farhat sama 4 tabah dgn kitorang dulu.
bila naik darjah 5 & 6, dia tak da dalam kotak memori T__T
dia dulu nii... em. duduk depan sekali tepi siti nur syairah.
rasanya dia sorg je kot lelaki yg dduk sbelah ppuan.
aiseh. lawak pulak dia boleh igt awk ketua pengawas -.-"
confuse dgn hana hassan kot.