Friday, August 14, 2009

kek sarawak.

Semalam tuntuan nafsu untuk makan (Lebih kepada nafsu serakahkahkah la tapi) semacam ada sikit heaven. Secara sangat sebenarnya tapi bila menjadi seorang manusia di muka Bumi neh, kita kena pandai-pandai cover. Kalau nak hidup lah. Tak nak hidup, it's okay. Anda tak payah risau kan apa-apa. Relaks saja di situ. Buat kerja anda, tak perlu hirau sekeliling.

Apa macam? It doesn't sounds fun when I put that choice of yours into words, right? Heh. Engkau memang.

Sebelum anda berfikir perkara yang tak berapa nak logika tentang nafsu makan saya semalam, let me make it clear that I have every right reason for it. I was fasting, HEHE. Normal lah bukan. Bila berpuasa saja secara automatik nafsu terhadap makanan akan meningkat berapa kali ganda entah sila jangan deny (yang aku tahu banyak jugak lah level dia naik ceh macam tengah main online games saja pakai naik level segala). Imej makanan pun seakan bertebaran menari-nari (personafikasi eh) depan mata. Pergh, gila menggoda.

Semalam kesihatan badan berada di tahap sifar. Huh apa neh? Tak sihat sama sekali maksud dia. Susah lah engkau ni Bieyto. Bagi ayat double meaning saja engkau dah meng-attack aku tak mau mau. Haih. Sumpah segala sendi terasa lemah. Aku cuma mampu baring mensalai badan semacam hidup segan mati tak mahu saja di depan tv. Nak menghadap lappy kesayangan pun tak berkudrat dah hah. Gila ekstrem lah situasi semalam.

Saya tak larat nak men-drive pun. Maka tugasan menjemput Afnan diserahkan kepada emak dan saya mengikut sebagai co-driver lah tapi. Ceh. Ada hati nak bertindak jadi co-driver bila sakit hari tu masa sihat balik dari Ikea kau tak jadi co-driver sedap pulak kau mentidurkan diri kan? Heh. Err. Tukar topik boleh ka? HEHE. Segaaan, maaaaaaakk.

Semalam saya melantak Mc Donald terbaik. Cheywah. Nak terbaik saja dia. Menu seperti biasa MACAM dah tak da benda lain dah dekat McD tu untuk dipilih. Macam eh, macam. Padahal bukan ke sekarang McDonald lunch tu dah ada sepuluh pilihan sampai satu pejabat sibuk passing maklumat berharga tersebut dari harga RM5.95 ke apa tah aku tak care sangat. HAHA, macam tu punya detail tertulis pun boleh kata tak care? -.-"

Maka bila dah berbuka semalam tenaga memang kembali. HAR HAR HAR. Dasar manusia aku neh. Aik? Apsal lain macam bunyi statement tersebut. Gasak lah.

Bulan ramadhan hampir tiba. Disebabkan bulan Ramadhan makin dekat, makna dia Syawal pun semakin dekat. Bila Syawal makin dekat, flight saya ke Egypt pun makin dekat maksud dia. Percayalah yang saya mentulis ayat ini full with tears (T______T) di dalam hati. Pesanan untuk diri sendiri, sila mentabah (!)

Okkay topik lain. Saya mencakar secara laju pada ketika ini sebab lepas Zuhur nanti mungkin akan pergi mentonton wayang bersama my sister. Yahooooo dot com. Filem pilihan terdapat dua; G.I Joe ataupun Talentime tetapi semacam lebih kepada Talentime saja. Weeeeeeeeee. Tak sabar ouh. Dan semestinya, aku yang kena mendrive :O Takuuuuuut. Tak ingat jalan, HAHAA.

Tengok tajuk. Sikit tak da kena mengena dengan intipati entri eyn. Saya memang :P

*UPDATES. Tak jadi mentengok wayang kerana malas. HAHAHAHHAHA. Gilo.

2 comments:

green said...

saya tengah lapar..
terima kasih~

nhmnrh said...

hee. jom makan jom kak :)