Friday, August 28, 2009

jangan jadi realiti please?

Err. Pagi tadi aku bermimpi sesuatu yang agak sedih tapi somehow mengerikan. Bukan kena kejar/cekik/bunuh dengan orang jahat ke apa tapi sesuatu yang aku rasa macam possible je berlaku in real life *simpang malaikat 44 aku tak nak mimpi ni menjadi realiti T__T Sumpah tak nak. Memang tak nak langsunglah. Okkay okkay you get it.

Dalam mimpi tu, aku dah berkahwin (wow :O I was shocked myself) dengan lelaki yang sangat kacak ala-ala Fahrin Ahmad. Tak tahu kenapa kena Fahrin Ahmad tapi takkan aku nak biarkan lelaki dalam mimpi aku tu tak berkepala atau tak bermuka, HAHA. Malangnya aku tak cintakan lelaki tu pada mulanya. Berkahwin pun pasal nak cover maruah keluarga macam tu lah (kahwin demi maruah keluarga. Bunyi dia macam bergaya heh).

Dan nak jadikan cerita, suami aku yang ala-ala Fahrin Ahmad (dari segi rupa dan tough dia) tu sebenarnya bekas kekasih adik perempuan aku T___T Life can be that mean, huh? (Eceh tetiba emosi). Adik aku pulak masa tu dah kahwin dengan lelaki lain lepas dia tinggalkan my husband (dulu) *Ehem.

Entah kenapa bila aku dah berkahwin dengan lelaki ala-ala Fahrin Ahmad tu (sumpah tak tau nama dia apa T__T), perasaan dah mula ada pada dia sebab dia sangat caring tapi kitorang jadi tak selesa sebab tiba-tiba adik perempuan aku tu nak tinggal satu bumbung dengan kitorang (me and my husband tinggal di rumah my family) dengan alasan suami dia selalu outstation.

Beberapa kali jugak aku ternampak adik perempuan aku semacam menggoda bekas kekasih dia (suami I weh suami I). Untungnya dalam mimpi tu aku seorang suri rumah sepenuh masa jadi dapat jugak la aku memantau. Lagi untung sebab tak sempat nak tengok suami aku curang sebab adik lelaki I; Ammar dah pergi menjerit suruh bangun sebab ada orang telefon -.-"

Untung sangat dah tu kalau tak, mahu patah hati berkerat rotan aku dalam mimpi tu. Padahal sebenarnya aku dah bersedia nak pasrah ke macam mana entah. Pasrah lepaskan suami sendiri kepada adik yang dah berkahwin? Motif? *speechless.

Harap-harap tak jadi realiti kerna aku neh kalau bermimpi ada kala dia jadi kenyataan I do not lie. Hmm. Tiba-tiba teringat mimpi yang ini. Sama je thrill dia T__T Kenapa semua mimpi aku pasal kahwin atau yang ada kena mengena dengan jodoh mesti jenis yang tak boleh blah dan menyakitkan hati? Aih.

6 comments:

Fasya said...

muahah!!
eh alamak, salah gelak camtu plak i -_-"

um ok ok :P

um.. oh right! haih, mimpi hanya mainan minda semasa tido la syg :)

actually i heard that you control your dream. well sorta. you actually want it to be that way. and you can alter it too.

but you know, biler dh berada dlm sleep state, nk alter apekebendenya pun -_-"

but anyway, sometimes, dreams mirror a different future of yours.

mcm hari i mimpi psl hantu kt umah i [omg hantu kluar lak, shit xleh tido -_-"]

and my cuzin kata, that means xde hantu kt umah i.

hem. dreams are very freaky [ok, officially i ingat balik plot2 mimpi hantu balik T_T]

alamak, i terlebih ckp. haha

but anyway, you always makes me laugh honey :)

cheero ;)

xoxo

Naddie Anuar said...

huhu~ kalau citer nie jadi drama ialah sgt bess :)

shifa said...

wowhoo, dasyat eh u mimpi. hee, i pon pernah dpt mimpi ngeri. tapi, kawan i ckp mimpi tu mainan tido je. jgn risau okey ^^

nhmnrh said...

fasya

yeah i knw it was merely a dream && its a playground for sleeping but then it seems so real :'(

oh oh, i dgr jugak pasal altering ur dreams. &&i sometimes i did alter my dreams the way i wanted it. HAHA.

okkay mimpi hantu adalah sangat scary :O Glad u survive, babe ;)

nhmnrh said...

kak naddie

HAHA. tau tak pe mesti hit gila jd drama :D

nhmnrh said...

shifa

serius dahsyat :(
nasib baik adik jerit kejutkan suruh bangun kalau tak dah menangi selaut dua dalam mimpi tu sebab suami curang T_______T