Thursday, August 20, 2009

hampir sama tapi murah.

Phewh. Apa yang saya cari dengan penuh sabar selama ni dah jumpa, weeeee. Bukan barang berharga sangat pun tapi saya gembira dah 'ter'jumpa dan 'ter'beli sebab benda ni macam keperluan untuk orang di sana tapi orang di sini fikir macam barangan kehendak bagi orang di sana. HAHA. Tak faham? I kan memang cakap macam bajet nak bagi diri sendiri faham saja :P

Disebabkan saya mempunyai semacam banyak masa lapang pada hari ni (padahal setiap hari pun memang sentiasa lapang apa HAHAH -.-"), moh la saya menterangkan apa yang berlaku. Well, untuk penerbangan ke Egypt di KLIA nanti kami semua kena berjaket untuk bagi nampak smart (konon). Dan lawa (konon). Dan kemas (konon lagi).

Saya kan memang, kalau dah tak agree sesuatu tu, memang habis kena hentam lah dia, HIUHIUHIU. Macam pelik cara gelak neh tapi tak apa. Okkay so GMN suruh kami pergi tempah jaket tu dengan mereka waktu Konvensyen di UM hari tu (hari tu = bulan lepas maksud dia, HEHE). Ini yang kalau ditempah kepada GMN baru jaket belum masuk seluar slack dan kemeja biru untuk dipakai. Heh.

Harga tempahan: RM120 RM100

Tengok. Sebab tu saya tak da mentempah waktu tu. Macam mahal. Macam tak patut. Macam boleh beli sendiri. Macam boleh dapat lebih murah. Okkay ini kalau cakap soal negativiti saya memang juara maka kita berhenti sekarang. Sekarang. Lagipun ayahanda semacam ada pandangan beliau sendiri tentang jaket yang sepatutnya diberi secara gratis (percuma heh) tersebut. Apa dia? Err. Rahsia. Tak elok mencanang di sini.

Sebenarnya takut jugak kalau tak jumpa jaket yang sesuai. I did searched when I went to Alamanda few weeks back but to no avail :( Well, ada je jumpa yang lawa Eh, sesuai tapi harga pulak terlebih 'cantik' maka jaket tersebut masuk dalam file KIV. Waaaa. Jaket tu sumpah sangat menggoda wa cakap lu T_____T.

Tapi tak apa. Jaket yang saya dah beli ni pun boleh tahan hebat dia. Jangan kalah, jangan kalah. Sama sekali jangan. Walaupun dari gedung (bukan harian), dia tetap terbaik. Dahlah selesa, murah pulak tuh. HAHA, itu yang penting sebenarnya.
Supaya ayahanda berpuas hati, bolehlah saya katakan harga jaket tu bawah RM 100. Okkay harga dia bukan bawah RM100 tapi dah bawah RM30 dah (!) Hebat tak hebat? Dahlah macam akan ada possibility untuk pakai sekali seumur hidup (dekat airport jeee) dan nak bazirkan RM100? Oh no way jose. Fine lah. Sebenarnya bukan ayahanda berkira sangat soal harga tapi atas alasan kuat berstatus rahsia tadi.
Selain daripada jaket di atas, saya membeli dua pasang seluar slack dan sehelai kemeja bewarna biru yang tak berapa nak langit. Err. Biru cair maksud saya. Kenapa tah biru I do not know. Malas pun nak bertanya kenapa. Lebih baik bertindak mengikut arahan. Macam kenal la ayat neh, KAHKAHKAH. Familiar gilaaaa.

Fyi, kesemua empat barangan tersebut kalau ditambah-tambah baru RM100 lebih sikit. Hambik. Tak ke banyak punya berbaloi-baloi pembelian neh? Memang tak rugi lah kalau bershopping di gedung tersebut. Apa dia? Nak Topshop? Zara? Hello. Kalau engkau nak barang branded pergi sana. Sana tu hah, sana. Kalau dia menjual barangan branded, dia takkan berupa gedung. Heh.
Okkay sebelum keadaan jadi hangat dalam blog (padahal saya sentiasa memasang pendingin hawa di sini Eh eh), saya juga telah pergi beli kitab tafsir Al-Quran bukan terjemahan, harap maklum. Ni kira sebagai memudahkan la kat Egypt nanti kan (konon). Ceh. Engkau ni Bieyto dari tadi asyik nak main konon saja. Pergi sana diam-diam. Aih.

Sebenarnya aku jarang mencakar engkau sekarang bukan sebab sibuk ke apa tau Bieyto. Banyak gila benda aku nak mengadu pada kau. Tapi sebab banyak sangat tu lah jadi tak tertulis, HAHAHALASAN. Hello. Ini betul. Bukan alasan okek. Dah, dah. Boleh bersurai semuanya. Tunggu apa lagi? Saya pun dah penat satu petang shopping ni. Esok I cerita ya Bieyto.

Oh oh. Barangan di atas dibeli pada hari Isnin hoh.


2 comments:

green said...

ni semua akn jd kenangan..
hurm...~

nhmnrh said...

err. betul :)