Saturday, August 1, 2009

dari mana datang jodoh.

(Gambar dari Google)

Saya sedang mentaip entri ni sambil mentonton tribute untuk arwah Yasmin Ahmad di Majalah Tiga. Hampir mentitiskan air mata tapi berjaya dikawal. Okkay, screw that. I tengah menangis sekarang T___T Menangis mendengar luahan hati seorang ibu yang telah kehilangan seorang anak perempuan beliau. Tragis mentengok ibu beliau menangis di sisi kubur arwah. And saya perasan emak ayah beliau sangat loving my goodness. Jealous. Err. She died on my birthday (baru perasan lepas tengok batu nisan arwah). Okkay tak tahu kenapa kena cakap pasal tu sekarang? -.-"

Okkay tribute sudah habis, saya sedang menghayati filem Mukhsin berciri comel lagi lucu tahap menggulingkan orang yang sedang menggelak (bukan MENGELAK, mind you) tersebut pulak. It was an awesome movie, pity that I've only realized it now. AL-FATIHAH untuk arwah Yasmin Ahmad :')

Oyya. Sebenarnya nak mencakar pasal sketsa pada hari neh. Saya sekali lagi telah bangun pada awal pagi (la sangat) untuk pergi membeli belah barangan untuk ke Egypt (konon) di Subang Parade bersama emak, adik perempuan dan adik lelaki. Perasaan? Berkobar-kobar sebab semacam wonder barangan apakah akan dibawa pulang pada hari neh daripada kompleks beli belah tersebut. AHAAHAHAHAHA. Ada hati di situ.

Me-wonder apakah barangan yang berjaya dibawa pulang (dengan senyuman lebar, jangan dilupa) tersebut? Nah lah. Nah.
Sehelai jaket yang mempunyai 'hoodie' bagi mentampung kesejukan Egypt (hoyeahhoyeah)
Sehelai blaus dari South China Sea (tentunya saya tidak menselam untuk mendapatkan blaus neh, heh).
Sebuah backpack laptop yang juga berfungsi sebagai bag kuliah di masa akan datang. Si pendrive dan all-type-of-card reader :)

Juga saya mendapat sepasang sandal raya. Sandal eh, sandal. Bukan kasut raya. Err. Lebih tepat kasut raya belum lagi *sengih. Aku ni memang, demand lebih, HAHA. Mintak sorrylah emak dan ayah kerna anakmu neh bernafsu serakahkahkahkah terhadap barangan kehendak. Al maklum, anak perempuan. Banyak sikit karenah dia, HEHE. Best buy pada hari ini tentulah si backpack laptop yang indah lagi dibeli secara SALE. Seratus ringgit weh kurang dari harga asal mana nak dapat?

Selesai berlunch di Pizza Hut saya menapak ke Speedy dan mengaut dua filem iaitu Transformer I (serius cakap saya belum pernah mentonton T__T jangan kutuk, jangan) dan Syurga Cinta. Maka apabila mensampai di rumah dan berehat, terus tonton kedua-dua filem tersebut macam dah tak ada esok ke apa tah (jangan ditiru perangai neh, sumpah tak elok).

Transformer macam yang telah ditahu; AWESOME A WOW.

Syurga Cinta serius cakap semacam telah mensedarkan saya sebagai hamba Allah yang lemah ni (bunyi macam mempoyo tapi berunsur ikhlas okek). Memang mentusuk jantung walaupun jalan cerita dia cliché. Well done to Ahmad Idham *applause. Dan Haziq Tom Tom Bak sangat adorable, Ya Allah. Rasa nak makannnn suara dia, HAHA. Aneh -.-"

Ada dua dialog(s) yang saya ingin quote untuk ditepek pada badan Bieyto sebagai peringatan kepada diri sendiri buat masa akan datang.

First.
Kita selalu ingat panas sampai ke petang. Tapi kadang-kadang Allah turunkan hujan, kilat dan petir. Kita bertanya ke mana hilangnya matahari. Rupanya Allah nak menghadiahkan kita sebuah pelangi. -Syuhada.

Second.
Dalam dunia ni ada TIGA jenis jodoh yang ada untuk kita.
  • Pertama, jodoh dari Syaitan. Engkau jatuh hati pada seorang lelaki, keluar dating bersama dia, berpegangan tangan dengan dia, membuat maksiat dan akhirnya engkau terlanjur. Bila engkau mengandung, baru nak menikah.

  • Kedua, jodoh dari Jin. Engkau jatuh hati pada seorang lelaki, malangnya si lelaki tidak terjatuh hatinya pada engkau. Engkau tak putus asa (Bagus, syabas aku ucapkan). Tapi.. engkau pergi pada tukang bomoh, pawang segala untuk membomohkan si lelaki tadi agar menyukai engkau. Dan kemudian kau orang menikah.

  • Ketiga, jodoh dari Allah Taala. Engkau bertembung dengan si lelaki, bertentangan mata dengan dia (terus jatuh ke hati tentunya) dan si lelaki terus meminang engkau dan kau orang menikah.

Sumpah rasa macam dipetir-petir tepat pada hati :( In a good way, of course. They seriously made me realized what I craved for in life. I might actually have found myself again after all.

4 comments:

Naddie Anuar said...

ohhh...makes me wonder, dari manakah datangnye jodohku??

p/s: x perlu beli kasut or sandal raya. beli je kasut / sandal tanpa perlu ada reason :)i heart shoes!!

nhmnrh said...

@7824371810938313221.0

hee. agaknya jodoh kak naddie dari mana ehh? ;)

haha. alasan tu hanya boleh diguna pakai bila sudah mempunyai wang sendiri :P

pu3syakira said...

i tolong jwb..
jodoh kak naddie tu dtg dri lautan UTP huk huk :p
dia buat2 xtaw je tu :p
kan kak long kan kan kan?

nhmnrh said...

haha.
lupa pulak abg faiz pun dari UTP :P
thanks sbb tlg jwbkan, hee :))