Monday, August 31, 2009

cintai dia; Malaysia.

Selamat Merdeka Malaysia.
Tanah air dan tempat tumpahnya darahku.

31 Ogos 2009. Hari ni, tepat 52 tahun negara kita merdeka. Pergh, dah lama rupanya. Kalau la Malaysia ni manusia dah boleh aku panggil dia atuk atau nenek dah. Heh. Tapi lagi beruntung kerna Malaysia sebuah negara, boleh la aku mencintai dia sepenuh hati tanpa perasaan bersalah ke apa.

Bagi aku tarikh ni memang tarikh keramat kerna walaupun sambutan merdeka tahun ni tak berapa nak meriah kalau nak dibandingkan dengan tahun lepas-lepas tapi bulu roma aku ni sentiasa je meremang setiap kali tiba tarikh ni :O Lagi-lagi bila lagu patriotik dimainkan, bulu roma aku macam akan sangat pasrah meremang, HAHAHA. Eh, ini bukan lawak hoh.

Sumpah aku sangat sayang Malaysia neh :) Kalau tak percaya, jom naik mesin masa pergi zaman aku masih bersekolah dulu. Tak payah ke belakang sangat, tahun lepas pun dah cukup. Lepas tu setiap pagi Isnin cuba kau berdiri sebelah aku. Buat apa? Dengar la macam mana punya bersemangat aku menyanyi lagu Negaraku sampai ada je orang kiri kanan yang dok menjeling apasal perempuan ni nyanyi punya semangat? HEHE.

Tiba-tiba teringat penglibatan aku dalam sambutan Hari Merdeka ke 51 tahun lepas. Apa aku sumbang? Em em, aku sebahagian daripada pelajar yang terlibat dalam mencipta nama dalam Malaysia's Book of Record untuk ucapan merdeka di atas kain rentang sepanjang 5.1 kilometer. Best weh I do not lie.
Berlari anak setengah trek untuk formasi.

Formasi mengkibarkan kain rentang (!)

Close up kain rentang yang penuh dengan ucapan merdeka pelajar seluruh Selangor :O

Well, aku terpilih pun kerna mendapat naib johan ucapan merdeka terbaik peringkat sekolah dalam pertandingan membuat 10 perkataan Ucapan Kemerdekaan :) Aiseh, aku dah lupa lah apa ucapan yang aku tulis dulu. Memandangkan aku ni terror sastera (konon) aku dah menjadi supplier ucapan merdeka kepada LIMA orang classmate aku untuk diorang conteng ucapan pada kain rentang *sengih.

Oyya, aku nak mentepek sekali lagu kemerdekaan yang sangat memberi makna dalam diri aku. Kira kalau dengar je, aku sure sebak tak pun dah bergenang air mata dah T____T Terimalah... (konon macam I je yang nyanyi, kan HAHA).


Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

I love you my darling Malaysia

2 comments:

Diyana said...

Semangat kemerdekaan betul akak ni yer..Good2

nhmnrh said...

diyana

Hee. boleh lah diyana :D