Friday, August 21, 2009

blog lounge #033

An offline entry.

Empat nama panggilan yang rakan anda guna untuk panggil anda?

; Err. Nama saya Nuha Muneerah (Okkay ini tak menjawab soalan). Disebabkan nama pertama berciri pendek dan senang menyebut, ramai yang panggil Nuha (maksud dia ‘brilliant’).
; Tapi ada jugak manusia yang nak pendekkan lagi nama yang pendek tersebut menjadi Nunu (dalam arab ‘ammiyah maksud dia ‘baby’ as in ‘bayi’ bukan baby sayang Iloveyou da
n sebagainya –.-“).
; Bagi yang tak boleh dan rasa pelik menyebut Nuha, they go for Muneerah (maksudnya ‘bersinar’).
; Dan rakan seasrama once upon a time memanggil saya Stara (Ini registered name nama dia). Budak Samura wajib tahu.

Empat tarikh penting dalam hidup anda?

; Err. Macam ada banyak. Macam semua. Macam tak patut mempilih kasih antara tarikh dan sebagainya tapi tak apa. Engkau dah bertanya, aku jawab lah okkay. Tentunya nombor satu si tarikh lahir sendiri (25th July 1991).
; Oh oh. Tarikh yang kedua tentunya berkaitan dengan si dia yang di Putrajaya, HEHE. (1st October 2004). Macam takkan lupa tarikh ni sampai bila-bila kot. Awak, sila terharu sekarang.
; Tarikh yang ni pun macam tak boleh langsung lupa kalau lupa sah sah naya. Naya yang memang naya. Sangat naya lah maksud dia. Well, you get what I mean. (26th December 1991). Okkay Syifa kalau awak baca ni, ya, tu tarikh lahir awak –.-“
; Yang ini berciri kesedaran macam kalau tiba tarikh ni je mesti bersemangat berniat untuk berhijrah ke perangai yang lebih baik ke apa tah tapi selalunya macam niat je lebih, HAHA T______T (setiap 1 Muharam dalam kalendar Islam)

Empat perkara yang anda lakukan dalam masa 30 minit sebelum ni?

; Menikmati mini Cornetto buat kali terakhir. HAHA. Sengaja nak berunsur sedih kan lawak gila okkay.
; Menonton Semanis Kurma rancangan bagi pasangan suami isteri dengan penuh tips untuk mendapatkan zuriat T______T Nenek yang tengok heh, I tumpang sekaki jee. HARHARHAR.
; Menonton Return to Oz yang berciri mentakutkan tapi comel dengan batu bercakap yang anggap telur ayam sebagai poison. Dorothy Gale sangat bertuah I jeles.
; Mensuruh Ammar merubah tempat duduk dia supaya saya dapat posisi terbaik -.-"

Empat resipi untuk berasa gembira?

; Entah kenapa aku rasa soalan neh semacam mencabar kegadisan aku untuk menjawab dia. Aih. Pertama sekali makanan heh, makanan. Resipi terbaik untuk membentuk perasaan yang membunga di dalam hati.
; Resipi kedua ni macam bila kau buat dia kau memang tak perasan lah kau tengah gembira tapi jaminan berasa bahagia dia di tahap tertinggi okkay apa aku merepek neh. Em. Tidur lah, tidur. Sleep will make you happy liao.
; Oh bersantaian bersama keluarga di rumah manis rumah jangan sesekali dilupa. Tapi tak tau lah pulak kalau rumah terasa macam bara asyik panas je suasana tak boleh nak duduk lama-lama, kan. Rasa hell lah kiranya rumah engkau tu maka pergilah hirup udara segar di sana tu hah. Sana.
; Berjimba dengan bestfriendsforever juga tak boleh pandang sebelah mata. Memang heaven perasaan dia. Oyya, I second Fasya’s motion; laughter is the best medicine. Ceh. Semua la terbaik.

Empat orang yang dirindui pada masa lalu anda?

; Tengok. Engkau suruh aku bersikap mempilih kasih lagi. Betullah kau ni tak membantu aku menjadi insan yang lebih baik wtfact. Okkay yang ni memang ultimate rindu saya tak tipu. Nik Nurmuniera Binti Nik Ruslin. My former primary bestfriend. Apa jadi dengan friendship kitorang I do not know. I mean she’s different now. I’m different too. Sighs.
; Yang ini pun rindu teramat sangat. Ainul Farahana. Awak, rindu gila okkay? Kali terakhir jumpa masa tahun 2004 kot omaigod dah lama T___T. The last time I heard from Khairee, she got into National Service but she must had finished it by now.
; Aini Syahirah kita rindu awak. Rakan yang sangat manis dan baik hati dan selalu berdua je dengan dia memang rapat masa sekolah agama. Rindu okkay nak buat friendship handshake dengan awak dan Nadhirah setiap kali bas uncle Hisyam hantar depan rumah korang. Hmm. Memories.
; Nana jiran depan rumah lama. Bila ingat memang rindu la our good times together main congkak batu seremban solat terawih boys boys boys HAHAA. Ingat lagi dia yang kenalkan the word ‘couple’ pada aku yang sangat naif di usia 10 tahun. Heh. Rinduu :’(

Empat hadiah yang diingini?

; Hah, soalan macam ni engkau patut tanya awal-awal tahu, HEHE. On top of my list sekarang memang DSLR D60 for beginners tersebut. Sumpah macam buruk bunyi dia letak for beginners T___T Sedih I.
; Bagasi. HAHA. Aku taip bagasi sini tak pasal-pasal ada yang bagi cabin hand luggage pasa aku kang. Beg la, beg. Beg biasa jeee. Nak yang lawa tapi simple. Ada bunga-bunga sikit, nampak smart sikit. Colour hijau biru semua tak nak. Hitam ke, coklat ke. Purple boleh jugak. Merah lagi boleh. Harga biar yang RM50 ke atas. Waahaha. Sempat demand tu.
; Lots and lots and lots of fictional books. Err. Engkau memberi aku sebuah buku cerita pun aku dah cukup happy okkay. Terlebih dari happy dah. Serius. Aku paling suka buka :)
; Teddy bear. Segala jenis saiz, warna dan kecomelan pun aku terima dengan hati terbuka. Apakah –.-“

Empat kata kerja yang menjadi hobi anda?

; Soalan berunsur KENALI SAYA macam ni memang aku suka secara sangat. Em. Membaca sentiasa di hati. Apa jenis bacaan pun saya layan kecuali MANGGA dan seangkatan. Bahan bacaan berbentuk murahan tak menambah ilmu tapi menambah dosa macam ni memang patut drop dia ya kawan-kawan.
; Menulis sentiasa di tangan, HAHAAHA. Apatah aku merepek neh konon nak synchronize dengan ayat di atas –.-“ Tak, tak. Saya memang suka sangat menulis. Essay, sajak, pantun, cerpen, apa jee.
; Okkay ini memang kalau deny sehabis baik pun mesti orang tahu jugak maka biar saya membagitau secara terus. Err. Online. Memang kalau sehari kalau tak online macam nak tenggelam kat pasir jerlus ke apa tah sumpah tak main-main. Betullll.
; Setuju dengan Fasya lagi sekali, hobi terbaik yang bermanfaat disukai ramai ialah bertiduran. Terbaik, wok!

Empat tempat yang anda ingin pergi untuk bercuti?

; Kalau tanya secara general macam ni macam semua tempat pun aku ingin pergi untuk bercuti. Rumah pun boleh, pun boleh. HOHO. Tapi macam tak thrill jawab sebegitu maka tempat pertama haruslah (bukan wajib heh) Pulau Jeju di Korea Selatan. Lee Dong Wook sentiasa di hati. HARHARHAR.
; New Zealand yang kononnya rancang nak pergi sekeluarga mensewa caravan pada tahun 2000 tapi engkau tengok sekarang dah tahun berapa aku tak da menjejak lagi pun T______T Ini betul-betul sedih ni. HIUHIUHIU.
; Paris the city of love weh mesti. Tapi bandar ini pun macam impian setiap gadis ke apa tah nak pergi sini kan. Perempuan kan memang, HAHA.
; Venice the city of water and light, Italy. Err. Ini nak kata terakhir pun tak jugak sebab aku ada banyak tempat la mah
u pergi tapi kerna kau meminta empat, nah lah empat. Sekali lagi, bertindak mengikut arahan :P

Empat minuman yang dekat di tekak?

; Okkay kalau ikut semua pun favourite. Engkau memang kan suka tengok aku menggelupur memilih empat yang terbaik heh. Ice lemon tea is the best. No more huraian.
; Iced Ribena jangan kasi tinggal. Sumpah macam sedikit risau bila dibagitau oleh seniors yang Ribena TAK ADA weh kat Egypt T____T Dah lah top favourite. Maka nanti saya akan bawa sebotol besar demi bekalan yang berterusan. Tapi sebotol macam tak cukup..... HAHAHA.
; Em em. Iced milo juga di hati Eh di tekak. Lagi sekali nak risau sebab macam dengar kata Milo tak ada ke apatah kat Egypt. Weh, apsal semua yang aku suka tak ada neh (!) Okkay saya boleh jadi supplier Milo dan Ribena kalau keadaan darurat macam ni -.-"
; Air kosong jangan sesekali dilupakan untuk menjaga kesihatan. Oyya, sekarang tonsil tengah membengkak tiba-tiba memang dia jadi the top four kalau tidak jangan harap :P

Empat benda yang boleh dijumpai dalam beg tangan anda?

; Handphone. Macam wajib ada tapi kalau tak ada pun tak apa sebab macam dah tak terkesan sangat dah impak gajet ni kepada aku. Serius. Kadang-kadang macam terlupa aku mempunyai handphone. Bila dia berbunyi baru aku mencari.
; Vaseline. Orang yang bibir dia allergic kepada lipstick memang macam neh. Vaseline yang 100% petroleum tersebut menjadi teman terbaik T___T
; Cermin mata. Err. Ya, engkau boleh jumpa cermin mata berpower 150 di dalam beg tangan I. Tak tau kenapa budak-budak sekarang suka glasses konon nak nampak lawa (like me dulu T_T). I just don't get it.
; Digital camera. Jarang tapi selalu. Aik? Maksud dia jarang guna tapi selalu bawa, HAHA.

Empat warna di hati?

; Merah yang hangat. Ini senang sangat bagi lah soalan yang mencabar sikit. Aku memang bias terhadap warna-warna kesukaan heh. Sekali aku cakap tak suka, deep down aku tak suka dia berkali-kali.
; Hitam yang bergaya. Taksubnya I kepada hitam boleh dibuktikan bila I pernah plead kepada ayahanda supaya membagi dinding bilik dicat hitam. Gila tak gila? Nasib baik ayahanda membantah kalau tak hidup I mesti suram dan kelam di dalam bilik sendiri wtf.
; Putih yang suci. Takyah explain kenapa.
; Gold yang gorgeous. Saya sangat adore warna emas tapi barang kemas adalah zero. Platinum atau emas putih lagi lawa meh. Oh oh, barang perhiasan yang 3 = RM10 pun ada jeee yang lawa.

Empat tempat berjimba kegemaran anda?

; Shah Alam mall walau
pun berciri lame tetap terpahat di hati. Always. Mana lagi la aku mahu mencari kedai buku Smart di Shah Alam ni kalau bukan di sana? Malah sejak kes kematian Teoh Beng Hock tersebut Shah Alam mall menjadi famous. Eh ya ke?
; Oh yang kedua pastinya Jaya Jusco Bukit Raja no doubt. Well, itu je pun panggung wayang terdekat yang I boleh mendrive secara sendiri. Ceh, baru drive dua kali pergi sana dah nak bangga. Biar lah I nak bangga sekejap T____T.
; SACC the sexy mall. AHAAHA. Tak ada kena mengena heh. Suka pergi sebab ada... MPH? Em. Noo. Jaya Jusco pun ada MPH I tak heran. Err. Entah I tak dapat cari lah apa istimewa dia, tumpang lalu.
; Final place, my house is my paradise, HEHE. Yang ni pun takyah explain kenapa.

Empat orang teratas yang menjadi kesayangan anda?

; Tengok. Buruk punya perangai mensuruh aku mempilih kasih lagi. Aku sayang ramai orang hoh. Saja je kau kan nak membagi orang sentap dengan aku. Jaga kau, jaga. Yang pertama aku bagi double people. Aik? Parents I la siapa lagi, hee.
; Kesayangan kedua lagi hebat dah jadi triple plus double hambik kau. My both sides grandparents :') And my great grandmother yang masih hidup sampai sekarang dan kuat berjalan sila percaya.
; Lagi? Em. My dearest siblings walaupun kadang-kadang meng-annoying-kan tapi tak apa. Air dicincang takkan pernah putus punya weh.
; Bestfriendsforever milik saya. Ewah. Zah, Biha, Manie, Syafu, Rabie, Zira, Anis :D

Empat barangan berciri istimewa kepada anda?

; iPod Nano Red weee. Soalan ini I tak da bermusuh dengan dia dengan senang hati saya boleh menjawab, HEHE.
; THAT ring. Macam tak patut pakai tapi sangat sesuai liao. Lawa jeee. Okkay ayat ni tak payah anda fahamkan apa maksud dia.
; Jam tangan yang dah habis bateri dia pemberian nenek Wa :)
; Oh oh. Lappy sayang sayang yang sedang saya guna ni lah, HAHA. Sekadar mengambil hati heh.

Ucapan anda?

; Ruangan ini dicipta sendiri oleh yours truly -.-" Okkay first of all nak cakap thanks to fasya for tagging me me me :) Oh tapi mintak sorry kerna I tukar the questions from english to bahasa secara sengaja, HEHE.

Petang tadi bershopping lagi, woooooooh.

No comments: