Monday, August 3, 2009

amnesia 15 minit.

Pernahkah kau mentaip draft entri pada pukul 3 pagi semasa idea penuh di kepala dan tiba-tiba tertidur? Esok paginya, kau bangun dan on balik laptop, mentengok draft entri lepas tu tertanya, idea apa semalam yang telah datang? Kenapa kau tak faham satu apa pun mukadimah entri kau tersebut?

Oyya. Aku sedang mengalami situasi tersebut sekarang. Maaaaak! Histerikal aku di sini. Entah apa idea yang mencurah semalam aku tak dapat nak ingat –.-“ Ini ni ni. Dua perenggan di bawah neh. Aku tak da tahu apa hala tuju dia.
Dalam hati saya sekarang macam ada layang-layang terlepas bebas kerna tali beliau tersangkut di dahan pokok. Layang-layang tersebut memang takkan dapat balik la tak payah berharap sangat kecuali kalau kau menkejar dan mencari dia. Relevannya, aku sekarang macam sangat inginkan diri aku tapi tak tahu di mana harus mencari. Aih.

Err. Hidup neh memang satu metafora yang aneh maka jangan terkejut sangat. Law of imagination tidak menghadkan penghasilan imaginasi terunggul lah okeh.
.
.

Oh. Apa bendakah law of imagination yang aku mentaip dalam keadaan separa sedar semalam? Aih. Kacau kepala aku dibuatnya. Imaginasi ada undang-undang rupanya, heh *sengih sinikal.

Kejap. Setelah aku membaca berbanyak kali, aku rasa topik aku dalam draft entri ni masih sama dan tidak lari daripada entri lepas iaitu tentang mencari diri aku kembali. Malah aku siap mengibaratkan diri sendiri sebagai layang-layang yang dah putus tali dia. Apa patutkah aku pergi mengiklan diri di surat khabar? AHAAHA. Gila. –.-“

HAHAHA. Saya sudah faham. Law of imagination tersebut merupakan rekaan yours truly semata-mata kerna tak mahu anda condemn pengibaratan[?] saya sebagai layang-layang. Err. Di mana... Imaginasi itu tiada had mahupun batasan. There. Nice and neat. Sudah fahamlah bukan? Bagus. Lepas maghrib ni aku mahu mentonton filem hindustan yang baru aku memborong semalam. Oyya, aku barusan menonton The Curious Case of Benjamin Button (aku memang selalu ketinggalan T_T) dan boleh tak agak-agak kalau cakap filem tersebut membosankan aku? Heh.

Okkay tunggu apa lagi. Solat Maghrib cepat jom!

P.s; ignore 'Baca Entri Sepenuhnya' :)

No comments: