Sunday, July 12, 2009

tak berapa rupa kampung.

My dear Bieyto...

Jadi semalam saya pulang ke kampung sebelah abah. Di Kajang. Nak kata itu kampung tak berapa nak boleh tapi nenek saya menetap di tempat kejadian, HAHAH. Err. Shah Alam dengan Kajang begitu dekat, (45 minit berkereta) tak sempat mahu menyanyi 'Balik Kampung... Ooooo Balik Kampung' versi penuh, kampungnya sudah sampai :O Tidak menterujakan sama sekali hoh. Tapi semalam saya suka suka suka balik Kajang kerna sudah lama tak da pergi lah. Jangan berfikiran negatif (mind you Bieyto) terhadap saya sekeluarga, lama tak pergi kerna nenek saya rajin mendatangkan diri ke Shah Alam. Sudah setengah tahun kot tak balik. Ambil perhatian exist-nya 'KOT' tersebut please and thank you.

Kalau dah tua nanti saya nak pindah duduk London (Huh?! kenapa London?) supaya cucu saya bangga setiap kali nak balik kampung kena naik flight pergi London jumpa nenek dia watafun. Cucu saya pasti monoronok mendapat nenek overseas[?]. Okay cepat cepat, siapa mahu boleh mendaftar jadi bakal cucu sekarang -.-" AHAHA. Sumpah miskin punya impian ni T___T (Cry me a river) Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri weh.

Kalau anda rasa Kajang itu 'EH APASAL DEKAT SANGAT TAK BESTNYA', then you have not read anything just yet. Atau senang kata, excess dinied- anda belum kenal saya. Ewah. Oyya, saya macam ada sedikit annoyed (Saya ja. Orang lain tak ada kena-mengena. Ya, termasuk engkau) bila ada homo sapiens cakap yang dia tak kenal diri dia. Itu sangat b******* (word filtered) I tell you. Tak ada orang lain yang boleh kenal engkau lebih daripada engkau sendiri. Pergi memuhasabah diri sana!

Berlari ke topik asal. HU HAH HUH HA (nafas penat selepas berlari -__-") Sekejap, nak mengelap peluh yang merembes di keyboard T___T Okay, sudah. Mungkin saya memang ditakdirkan untuk tidak mempunyai kampung dan perlu membuat kampung secara self-service apabila tua kelak agar cucu-cucu saya tidak kempunan untuk mempunyai kampung (Like yours truly, Ehem) di kemudian hari.

Right, Bieyto. Engkau sudah tahu kampung sebelah abah di Kajang. Kampung sebelah emak? Very fortunately, it is located in Shah Alam as well, di seksyen 6 okek. Oh, sudah engkau tahu yang aku menetap di seksyen 7? I ain't lie, baby when I warned you earlier -.-"

10 minit berkereta,
20 minit kalau aku mahu menjadi pejalan kaki yang bergaya, Har Har.
Which I'm not.
At least not now :P

All in all, dilahirkan sebagai gadis timur, I tetap bersyukur sebab masih ada tempat nak dituju setiap kali raya CEWWAH *senyum lebar. Pendahuluan tamat.

Semalam kami bertolak ke Kajang dalam pukul lapan malam lebih sebab macam perlu mentunggu Afnan dan 'Ammar habis menunggang kuda kat Rawang dan saya ni hah, kena pergi mengambil mereka. Bukan kat Rawang, tapi di sekolah ja -.-" On the way ke Kajang tu kitorang berhenti di satu perhentian (saya tak ingat nama hentian tersebut tapi memang macam tak penting sangat so move on), untuk membeli sate Mas dan nasi goreng.
Okeh, ini ada satu kisah yang aku tak tahu nak klasifikasikan sebagai apa. Nak kata sedih tak sedih langsung, nak kata lawak tak pulak aku gelak, nak kata bengang ada sikit, marah pun ya jugak. Err. Unclassified saja boleh kah? Masa di restoran tersebutlah, emak meng-order dua nasi goreng cina dan satu nasi goreng cili padi selain daripada lima keping roti canai dan sate Mas.

Elok-elok menunggu semua, maka bila hidangan sampai kami pun teruskan perjalanan ke Kajang. Sampai sana dalam pukul 9.45 malam lebih kurang. Sudah berapa lama ouh tak jumpa sama nenek. Oyya, nenek sudah banyak kali call I punya handphone bertanya bilakah cucunya ini mahu menjenguk beliau :') tsk. Nenek sungguh comel.
Entah berapa minit menyelesakan diri kami terus sibuk berhidangan nak makan. Tiba-tiba emak cakap dengan nada tinggi, EH ORANG NI TAK RETI MASAK LAAA. Aku pun macam, huh?! Kenapa? Dan terus terkedek-kedek ke sebelah emak. Maakk oiii. Betapa furiousnya hati melihat nasi goreng tersebut. Terjojol biji mata ni dibuatnya hah. Ketiga-tiga nasi goreng yang kitorang pesan tadi berupa begini T___T BEGINI, tahu. (menangis setempayan dua dulu biar exaggerate sikit).
Oit. Ni memanglah bukan nasi tersebut tapi sebijik seperti ini lah rupa beliau. Tahu kah ini Nasi Goreng Kicap dan bukannya Nasi Goreng Cina ataupun Nasi Goreng Cili Padi? -.-" Tak cukup dengan tu, lima keping roti canai yang dibeli di kedai yang sama tu keras sangat padahal dia tebar on the spot. I just don't get it. Beli yang frozen lagi sedap kot. Patutlah perhentian tu tak ramai orang padahal abah kata it used to be crowded once upon a time. Heh. Berniaga buat cara berniaga boleh tak? Jujur la.

Tak lama pun kat rumah nenek sebab macam dah lambat dan esok kitorang adik-beradik mahu pergi mentengok wayang di Bukit Raja. I sempat je bawak laptop, AHAAHA. Me and laptop? Can't be separated, baby. *laughoutloud.

Oyya. Ingat lagi entri berciri trash tempoh hari? Yang konon saya minat sinetron, tak minat filem aksi? Takkan pernah mentengok Transformer dan blablabla...? Well, screw that (!) I had officially watched Transformer 2: Revenge Of The Fallen this morning, muahaha. Boleh membaling tomato kepada saya kalau mahu, HEHE. Er. Tapi part saya tak minat filem aksi tu sangat tak mentipu. Bila ada part mem-fighting secara tiada belas kasihan, saya akan tak senang duduk. Kalau boleh nak menyorok bawah kerusi tapi tak muat T____T tsk.

Kalau tak percaya boleh pergi tanya Afnan, my brother. Saya asyik bisik pada dia 'Orang takutlahhh' berbanyak kali sampai dia menyuruh saya mendiamkan diri sebab dia tengah concentrate nak tengok T___T Ceh. I was truly freaking terrified, tahu. But well, I did survive :D Yay me. And overall, I must say it was a great movie after all. I mean, the bad guys always lose don't they? Teeheehee.

Bye bye. Mahu ber-typing maniac lagi.

No comments: