Saturday, July 11, 2009

saya penglipur. HEHE.

Selamat petang, Bieyto. Engkau sihat kah atau sudah tersakit hati kerna aku kurang memberi perhatian? Err. Mintak sorry lah okek. Entri sehari sebelum hari ini sangat berciri sampah lah bukan sehingga aku juga rasa begitu menyampah memandang dia -__-" Hahaha. Ini aku nak tebus balik lah dengan sesi menglipur lara yang tak berapa nak lara sebenarnya sebab aku di sini steady saja.
Tik.. tik.. tik..
Waktu berdetik
Tak mungkin bisa ku hentikan
Maumu jadi mauku
Pahitpun itu ku tersenyum
Kamu tak tahu rasanya hatiku
Saat berhadapan kamu - masih cinta by kotak
Tentu sudah familiar dengan lagu ni bukan? Er. Belum lagi? Besok-besok engkau dengarlah okeh? Kalau tak kedengaran di radio, download saja lah di internet ni (bagi yang tak ada Limewire dalam PC seperti aku hoh). Bukan sebab aku pemalas, mind you tetapi kerna aku tak da mahu lappy ni berkurang tempat simpanan dia. Yang sebenarnya aku bukan budak ICT, tumpang lalu T___T.

01
Semacam yang aku beritahu dalam entri semalam (Hep, jangan membuat lupa ya Bieyto), aku seperti biasalah kalau di siang hari akan membayar ke-addict-kan aku terhadap Typing Maniac yang sangat addictive lagi seductive tersebut. Dan ... Er. Tunggu sekejap sebelum aku me-review permainan ni boleh ka? Tekak terasa sangat haus memandangkan aku hanya minum masa berbuka puasa tadi ja. (Oyya, engkau macam tak perlu tahu yang itu. HEHE). Yang patut engkau tahu, ini bulan Rejab. Tak lama lagi Ramadhan. Lepas tu Raya. Marilah berpuasa. Jomlah.

Ehh. Sepatutnya aku dah nak pergi meminum air -__-" Sekejap, tau. Anda mentengok dulu lah gambar Typing Maniac di bawah.
Okeh, sudah lega selepas menteguk air. Baru lah bersemangat hendak mencakar tubuh engkau, Bieyto. Ready? Hiaarghht. Firstly, tolong jangan mengukur kehebatan saya ber-Typing Maniac berdasarkan gambar di atas (Sesi memujuk diri sendiri). Atau dalam kata lain, "Don't judge book by it's cover and Don't simply under estimate me". Tu dia INSTRUCTION OF THE YEAR. Miahaha. Don't take it seriously okeh. I menggurau ja. Menggurau? Eww. Pelik bunyi dia.

Secondly, maksud dia, saya sengaja bersikap loser. Ceh. Betul lah, tak da tipu punya. Sengaja menunjukkan konon loser padahal terror habis T___T Huh?! Okay, kalau terror habis kenapa menangis cakap sekarang? Err. Kerna sudah hampir kalah di level tersebut lah saya pergi meng-capture gambar permainan ni untuk tontonan, AHAHAHAHAHAHAHAHA.

Tips;
Kalau tidak mahu malu ketika tersalah atau membuat salah, gelakkan kesalahan engkau itu. Atau menjadikan kesalahan itu sebagai bahan engkau membuat lawak. Nescaya orang akan melupakan crime tersebut dengan berlapang dada. -Saya sentiasa praktikkan, dijamin berkesan (Warranty tamat serta-merta tak ada lanjutan).

Atau.

Kalau anda membuat salah dalam kategori tiada-maaf-bagimu, boleh lah pergi mencuba taktik sebilangan artis di Hollywood sana (Thanks to E! channel). Melenyapkan diri untuk beberapa lama (low profiling yourself) dan kembali membuat come back (sila ubah penampilan seperti rambut kasi belah tengah atau sebagainya) dengan ucapan pertama anda, "Saya sudah insaf dan menyesal atas apa yang terjadi,". Orang kemudian akan memberi applause kepada kau. Tengok lah. -Er. Belum pernah cuba dan peratus untuk berkesan adalah 60-40. Well, tak semua orang boleh terima apa yang engkau buat.

Er. Tadi bukankah bercerita tentang Typing Maniac? Sampai memberi tips semua apahal -__-" See? I'm so nice hoh. Oyya, sekiranya engkau menaip dengan penuh dedikasi dan zero error, maka akan mendapatlah ini di screen. Tahniah aku ucapkan kepada diri sendiri. AHAHA.
Dan percayalah yang engkau akan mengalami adrenaline rush yang maha hebat sampai tak senang duduk kau dibuatnya. Kalau dapat lepas satu level tu (level sepuluh dan ke atas) memang engkau akan rasa macam nak ketuk-ketuk lappy kerna teruja. Er. Aku cakap berdasarkan pengalaman sendiri. Tak tahu lah pulak kalau engkau pergi melompat bintang. HEHE.

02

Ini kelmarin ke semalam ke, aku kurang selidiklah. Tak berapa penting sangat jadi engkau tak payah tahu lah okeh? Duduk diam saja di situ mendengar eh, membaca penglipuran aku. Masa tu aku tengah 'high' bermain apa entah di lappy. Tak ingat. Tiba-tiba mendengar suara emak ber-pitching tinggi. Terkejut manusia anak daranya yang sulung ni (aku lah tu) sambil terpinga-pinga.

Biasalah. Aku mesti busy body nak mengambil tahu. Tapi aku ni semacam sangat ketinggalan lah kalau nak dibandingkan dengan Syifa, (cousin aku yang seorang tu) dalam hal memasang telinga ni. Oh, dia memang champion wa cakap lu. Banyak ja gosip hangat keluarga yang aku baru terkial-kial nak tahu -___-" Kesian aku ni. Emak? Ayyo, emak aku sangat menapis lah gosip keluarga. Bila syifa beritahu yang ehem ehem tu dengan ehem ehem nak ehem ehem, maka aku pun akan terhegeh-hegeh membawa badan meminta pengesahan daripada emak.

Eh. Aku nak cerita apa tadi? Recall balik, recall balik. Oyya, emak bermain ke-pitching-an suara. Ingatkan emak bersuara secara live untuk seisi rumah tapi rupanya sedang berbual menggunakan handphone. Siapa pulak yang membawa berita sampai berkerut-kerut dahi emak? Aku macam dah risau lah sebab tak berhenti emak cakap, "Ya Allah. Ya Allah..." lepas tu emak cakap "Harap-harap sempatlah dia hidup bila sampai rumah".

Aku bertambah terpinga-pinga lah. Akhirnya aku dapat tahu emak sedang berbual dengan abah. Tapi ayat tersebut tadi ditujukan kepada siapa? Siapa? Manusia kah? Atau haiwan kah? Aku terfikir haiwan sebab apa tau, abah keluar pergi ke Rawang untuk menjenguk ladang beliau. Mana lah tahu kot ada kambing atau lembu yang sakit nak dibawa balik rumah. Serius, aku men-consider hipotesis tersebut.

Bila emak meng-hang up phone, aku pun menerkam emak dengan soalan cliche berjudul "Kenapa? Kenapa?" tanpa henti. Emak kata abah pergi Rawang bawa Gembo-gembo (anak kucing kami yang lincah teramat). Aku terpelik di situ. Hah? Apa maksud abah bawak Gembo-gembo? Aku dah mula membayangkan yang bukan-bukan. Biasalah, aku, kan? Aku tak puas hati, aku mintak penjelasan emak.

Statement emak: Gembo, dia masuk dalam enjin Hilux. Abah dah sampai Rawang dah. Dia tak nak keluar dari enjin. Abah pun tak dapat keluarkan dia. Sekarang abah on the way balik rumah.

Maaaaak! Gembo dalam enjin?! Mesti dia panas, Ya Allah. Kalau tiba-tiba dia terjun keluar kat Highway macam mana? Innalillah, sumpah menggelupur hati aku dibuatnya. Tahukah engkau jarang Shah Alam-Rawang adalah lebih kurang Shah Alam-KLIA? Bayangkan sebelum tu abah aku dah pergi bank merata semua sebelum sampai Rawang. Hati dah menggelupur. Mulut aku jangan cakap lah. Terkumat- kamit habis mintak tak terjadi apa-apa. Aku ni dengan kucing sensitif sikit. Sebab dah banyak kes jadi dengan kucing aku. Fullamak, tiba-tiba sentimental pulak. Benci ah main flashback ni.

Elok-elok aku nak landing depan tv, emak kata Gembo ada kat luar. Meluru lah aku nak menjenguk dia. Tengok-tengok kak seri tengah lap badan dia sebab abah kena sembur air kat enjin untuk suruh Gembo turun. Tak padan dengan kecik, rugged betullah kucing yang satu neh, AHAAHA.

03
Aku bermimpi sesuatu yang magikal lah malam tadi. Tak tercapai dek akal ku jua akal mu. HAR HAR HAR. Yang mana, permulaan, pertengahan dan akhir mimpi tu aku berada di tempat yang berbeza. Sangat magikal, bukan? Meh aku cerita meh. Kadang-kadang bagus jugak recordkan mimpi macam ni sebab kalau dibaca balik one fine day, engkau macam EH, AKU PERNAH MIMPI MACAM NI EH? SANTUN GILA AKU, AHAHAAH.

Macam ni, aku kan sekarang ni study-free, banyak masa terluang semua. Aku berkeadaan macam tu lah dalam mimpi tersebut. Dan entah macam mana setting pertama dia di kampung aku, Kajang (Baru tadi abah aku beritahu lepas Maghrib malam ni nak balik Kajang :O). Aku tengah rushing bersiap. Entah untuk apa pun aku tak tahu, intro mimpi ja tengah bersiap -____-" Tiba-tiba emak datang serahkan surat untuk berkursus di USM. Huh?! Kursus tu start pukul 2.30 petang sedangkan masa tu dah pukul 2. Dari Selangor ke Pulau Pinang engkau tahukah berapa lama? Okeh, tak perlu jawab. Kita teruskan.

Disebabkan dah nama pun mimpi, aku sampai USM pukul 4.30 petang dengan berkereta, WOOHOO. Bukan kah aku sudah kata tadi? Tak tercapai dek akal ku jua akal mu. Masuk-masuk dewan, tahu kah engkau kursus apa yang aku perlu hadiri ni? Terguling lah aku di dalam mimpi tersebut kerna aku hadiri Kursus Tarian Ballroom! KAH KAH KAH. Entah macam mana baju kurung yang aku pakai tadi bertukar jadi evening dress meropol-ropol satu badan. Aih.

Dalam pada dok menari pusing-pusing, tiba-tiba aku tercampak dan kena beratur. Entah kenapa aku beratur tu untuk bersalam dengan Menteri Besar Kedah?! *rolling eyes. Huh?! Tempat tersebut sangat suram lah. Mimpi aku jadi black and white. Maksud dia tak ada warna lah mimpi tersebut. Sayup-sayup aku terdengar bunyi lambaian Haji. Lepas tu aku ternampak Kaabah. Dah, menangis setempayan dua aku di situ mengenangkan dosa sendirian berhad T___T

Eheh. Mimpi tu tersangat rawak lagi random la -____-" Nasib baik aku terjaga dengan pantas sebelum mimpi tersebut makin mengganas HAR HAR HAR. Oyya, aku kalau boleh nak ja mencakar lagi di badan kau, Bieyto tapi hujung jari sudah memerah lah. Suruh berhenti lah tu maksud dia. Malam nanti mahu balik ke kampung, esok aku cerita lah okeh apa jadi.

Cakar On You Later, Bieyto.

No comments: