Wednesday, July 15, 2009

satu sampai sepuluh.

Bosan. Kalau setakat bosan ja, nama dia terlalu bosan, bukan? Tapi kalau dah terbosan-bosan sampai menghadap lappy satu hari, itu dah boring killer nama dia. Err. Disebabkan sangat bosan dan sangat lapang kehidupan yang dianugerahkan kepada aku sekarang ni, nah lah aku mencakar blog ni lagi. Bersiap sedia, ya.

Satu. Hari neh otak aku ada sedikit berlaku traffic jam. Terasa lembap semacam, entah accident kat tang mana pun aku tak tahu. Atau mungkin ada terkurang skru di sesebuah tempat tak dikenali. Teristimewa, aku belum pernah tercicir otak lah tapi. Macam sesetengah orang yang menjenguk ke blog orang lain, dilontarnya comm
ent yang tak berapa nak baik. Lain kali, otak kasi pasang dulu boleh kah? :)

Dua. Aku telah meng-usha iPod Nano sehabis baik sepanjang hari ni. Aku rasa mungkin lagi baik kalau aku membeli secara online saja daripada beli di kedai berhampiran. Membeli di online semacam lebih murah sebanyak RM34 daripada di kedai. Dari celah mana aku tengok pun, tetap tak berbaloi membeli di kedai, AHAAHA. Walaupun boleh dapat dengan cepat tapi macam membazir lah RM34 tersebut. Yang paling penting, mana aku nak cekau duit neh? -.-" Ya, ya. Aku berkira dalam soal duit. So what?

Tiga. Dalam pada aku syok meng-usha iPod Nano yang boleh men-engrave kata-kata tersebut, boleh pulak aku terlupa nak mengambil Ammar dari sekolah agama untuk bawa dia ke sekolah kebangsaan. Mengagau lah aku pukul 3.45 petang mendrive secara pecut pergi ke sekolah beliau. Haih. Kosong je bus stop? Sah. Adik aku tu dah membawa diri dengan berjalan kaki untuk pergi Ko-kokurikulum T__T

Empat. Kucing-kucing aku ni tak pernah boleh tengok aku senang! Aku rasa nak menkurung ja mereka semua dalam sangkar satu hari. Ishk. Aku rasa saja. Tak pernah tersampai dek hati nak buat secara live. Because they are too adorable! Walaupun selalu ja bila aku berduaan dengan lappy mereka sibuk nak bermanja. Aih. Lagi-lagi si Gapodio dengan Bella. Bila aku tak melayan, mulalah melompat atas lappy aku ni. Itu sangat mendatangkan marah! Lagi aku halau, lagi seronok mereka mencengkam keyboard dengan kuku. Bila aku angkat, habis lah. Kadang-kadang sampai tertanggal satu butang keyboard ni. Annoying, bukan? Nasib baik kucing yang membuat perangai. Kalau manusia ...

Lima. Petang tadi. Masa aku sedang menunggu Afnan keluar dari bangunan sekolah. Aku tengah melayan Hot fm lah ni. Ada seorang lelaki bernama Jiman pergi call Hot fm lepas tu memaki hamun tak puas hati pada bos dia. Konon dia hanya membuat salah secara kecil tetapi bos telah memarah dia secara besar-besaran di depan staff yang lainnya. Perkataan berbau longkang semua habis dihambur keluar dek Jiman ni. Sampai terpaksa dicensored oleh pihak Hot fm. Maka si Jawa Rangers pun bertanya begini kepada beliau:

Jawa Rangers: Kalau kitorang call bos awak sekarang, awak berani cakap macam ni depan dia?

Jiman: Korang call lah aku tak takut! Aku nak maki dia balik sekarang!

Jawa Rangers: Okay. Awak tunggu kitorang call.

Bos Jiman (seorang wanita) : Hello?

Jawa Rangers: Hah, Jiman. Ni bos awak. Tadi awak kata awak tak puas hati bos maki-maki awak kat office. Cakap ah dengan dia sekarang apa awak nak cakap!

Jiman: Eh, ehh. Apa cerita ni?? (suara menggelabah)

Bos Jiman: Yes, Jiman? You nak cakap apa?

Jiman: Err.. Tttakk... Tak ada apa, boss...

Bos Jiman: Jiman? Tadi I dengar you cakap lain.

Jiman: Tak bos.... Ni... Jjjawa Rangers merapik apa entahh..

Jawa Rangers: Woii Jimann! Woii woi.

Bos Jiman: Jiman? Where are you?


Dan Jiman pergi memputuskan talian dia. AHAHAHAHAHA. Gila kelakar lah aku rasa sampai nak berguling menghentak hon kereta menggunakan kepala di khalayak ramai! Lepas tu banyaklah yang respon mensuruh si Jiman ni call balik dan meminta maaf secara terbuka kepada bos dia dan juga Jawa Rangers. Sampai sudah, tak ada si Jiman tu call balik. Nasib dia di pejabat esok tak dapatlah aku nak meramalkannya. Akan terus dibuang kerja atau bagaimanakah? Ayyok!

Enam. Haih. Bosan aku menghadap traffic light hari-hari. Rasa nak mewatcha satu-satu biar hijau ja semua setiap kali aku nak lalu, HAR HAR HAR. Melampau lah pulak tapi perjalanan aku tersekat-sekat sentiasa. Nak lalu roundabout sentiasa semacam mentakutkanlah. Macam hari tu. Aku menlalu lane kiri dan hendak membelok ke kanan. Hampir ja kena knock down dengan kereta yang nak membuat lencongan dari kanan ke kiri. Perghh. Nak ja aku terkinja-kinja menjerit ketakutan di tempat terbabit.

Tujuh. Otak aku bertraffic jam lagi selepas menghantar Ammar pergi tuisyen. Rasa tak bersemangat. Mula-mula Afnan ajak berentap dalam badminton pun aku dok picit-picit kepala kata pening. Fokus aku semacam ada lari sikit lah. Balik kampung kot -.-" Tapi bila aku fikir balik minggu ni minggu Riang Ria Bersukan (aku invent sendiri), aku ajak balik Afnan main. Tak sampai 50 pukulan aku buat, muscle aku macam dah tersedu-sedan menangis. My muscle. Not me. Maaak! Macam berdenyut-denyut je muscle aku neh. Cramp kah? T__T

Lapan. Aku rasa hari ni macam nak men-stay up kan diri membuat Korean and Taiwan Drama Marathon. Possible dramas to be watched: Boys Over Flowes and Sonria Pasta. Aku nak men-test mata apakah beliau boleh steady saja tanpa terjejas untuk stay up sampai lepas subuh. Kerna aku hendak bersahur esok pagi. Kang kalau aku tidur kang alamat dia memang takkan terbangun. Tak bersahur pulak aku kang. Baik lah aku tidak mentidur langsung. AHAAHA.

Sembilan. Tadi mencuba tudung baru yang dibeli emak. Tudung yang aku tempah kainnya secara online telah siap menjadi tudung. Lawa! Serius. Tetapi mendukacitakan sekali kerana bukaan wajah dia kecil sedikit jadi muka aku pun macam muat-muat saja. Sumpah macam telah memakai botox je tak boleh bergerak rahang. Aih. Tapi tak apa. Jangan kesiankan I dulu. Emak telah memberitahu aunty tukang jual tudung masalah tersebut dan beliau akan membuat sehelai lagi mengikut saiz saya. Yahooo dot com dot my.

Sepuluh. Kejadian petang tadi berulang. Saya terlupa hendak men-fetch Ammar daripada tuisyen dia di Seksyen 11 T_T Dia habis tuisyen pukul 9.45 malam dan selalunya 9.30 saya sudah memacakkan diri di dalam kereta di simpang jalan menunggu beliau. Tapi tak pada hari neh. Dah pukul 9.54 malam baru tergerak hendak melihat jam. Ternganga saya di situ. Apa lagi, menggelupur lah saya di tempat kejadian. Terus mencapai kunci kereta dan menyarung tudung dan men-start enjin kereta. Dah macam samseng di jalan raya pun ada cara saya bawa kereta tadi. Nak memecut ja kerja. Akhirnya bila sampai depan rumah tuisyen tu, ada lagi tiga orang budak belum pulang termasuk Ammar. Maka saya bertanya:

Saya: Ammar, sorry. Akak terlupa tadi.

Ammar: Dah agak dah.

Saya: Ingatkan Ammar dah nangis. Ammar tak cari akak ke tadi?

Ammar: Cari sekejap lepas tu Ammar main.


T____________T Kanak-kanak zaman sekarang. Buang karan je saya merisaukan dia menangis mentunggu saya. Ceh. Oyya. Anda tunggu apa lagi? Habis dah. Tajuk dia kan satu sampai sepuluh. Bukan sebelas.

2 comments:

green said...

fikir2kanlah mana yg terbaek~

nhmnrh said...

green;

err. thanks :) eventhough nuha tak faham fikirkan apa -.-"