Saturday, July 25, 2009

restoran telah dibuka.

Aku membangun pada pagi tadi dengan perasaan yang semacam terlebih gembira dan mesra, AHAAHA. See? Told you I was happy. Konflik pada malam tadi telah aku nyahkan daripada kotak memori. Semacam membazir kalau membiarkan otak-indah-kurniaan-Allah-kepada-aku neh memikirkan perkara tersebut. Ceh. Jentik ja konflik tersebut keluar. Guna jari pun boleh.

Aku berasa gembira kerna malam tadi semacam termimpikan satu senario yang sangat indah. Kalau ikut fikiran aku la. Too beautiful and I'm afraid it was merely a dream T_T Sure it was. Benda yang macam takkan jadi kenyataan tapi aku semacam happy lah dapat memimpikan perkara tersebut. Walaupun aku ada sikit soalan nak bertanya tak tahu kepada siapa.
Siapa dia? Apsal dia muncul dalam mimpi aku? Apasal? Takkan tiba-tiba ja dia boleh masuk dalam mimpi aku. Kenapa aku tak nampak muka dia? Kenapa cara dia present himself in front of me dalam mimpi tu macam sangat membuai perasaan? Kenapa, kenapa dan kenapa?
Every words and every movements of his were just so flawless. Arghht. He was just a dream and yet I'm the one who's miserable T_T Apa kah. Makin difikir makin jantung aku ni mengepam darah secara efisyen. Berdegup dengan lebih kencang maksud dia. Olomak aih. Baik aku berhenti bercakap pasal lelaki misteri tersebut.

Okay. Aku sangat proud lagi admire terhadap diri sendiri sebab berjaya meng-ignored dan melayan acuh tak acuh terhadap you-know-who. Hallamak aih. Berbahagia sungguh la aku dapat melayan dia sebegitu rupa. Aku takkan lemah lagi bila dengan engkau la okek. It's not easy but I did it. Yay me. Hei. It's not my fault that you have to put up with my attitude towards you. Sikit rasa bersalah pun aku tak da biar duduk dalam hati. Pasal apa? Sebab engkau ni jangan kata murah, bertag harga pun tidak. Uwekk.

Oyya. Aku sekarang ni dah tak lagi addicted kepada Typing Maniac seperti yang aku khabarkan dalam entri ini. Masa kegemilangan application tersebut sudah berlalu buat aku. Eceh. Padahal dah tak boleh beat highscore Sandra yang dah 400000 lebih T__T Highscore saya cuma 360000 lebih dan di tempat kedua. Haiyyo. Dahlah berbanyak punya adrenaline rush melayan online games tersebut. Maka biarlah aku membawa diri *ayat mempoyo.
Ini games bersifat addictive berciri dadah buat aku. Restaurant City by Playfish :O Aku mendapat tahu akan kewujudan application neh dari blog seseorang-yang-aku-tak-ingat (T_T) setelah aku melakukan blog walking ke atas blog tersebut. Terima berbanyak kasih lah dari aku okeh? HEHE. Bangunan di dalam gambar tersebut merupakan restaurant milik aku yang diberi nama PERIWINKLES.

Er. OKAY *rolling eyes. Aku baru mencheck bersama sang Google barusan tadi dan baru ketahuan yang restoran bernama PERIWINKLES telah wujud di muka bumi neh T_T Aih. Restoran tersebut bernama Periwinkle's Restaurant dan terletak di Essex, United Kingdom. Menjenguk la anda kalau mahu ke laman web restoran tersebut *menangis sesungai dua. Tapi untuk aku mentukar nama restoran idaman aku tu oh tidak sama sekali.
My Periwinkles Restaurant dari pandangan luar. Er. Sila lah jangan menilai buku daripada covernya. Walaupun dia berciri abstrak, entah-entah dalaman dia berciri faktor WOW. Tapi dalam kes restoran aku neh, admire saja lah luaran beliau. Kerna di dalam...
Berupa begini which is awful. Which is tak lawa. Which is too simple. Which is buta seni. Dan berbanyak lagi. Tunggulah engkau bila duit aku sudah menggunung nanti. Akan aku decorate restoran ni sampai terjojol kau melihatnya. HAR HAR HAR. (Apsal ayat ni berbunyi kejam? Padahal aku cuma nak cakap yang aku tak da cukup duit sekarang neh. Tengok lah tu. Baru 4641 coins -.-")

Aku membrief sikit lah pasal application ni okeh. Objektif utama; menjadi manager restoran berjaya lah kiranya. Engkau boleh mempilih, meng-hire dan mentendang pekerja. Boleh memilih menu masakan tapi perlu ada ingredients yang secukupnya. Decoration and susun atur furniture restoran juga sangat penting maka wang sangat diperlukan, HAHA. Cara main dia senang ja. Engkau susun kerusi, meja, stove memasak dan hire pekerja dalam kalangan friends kau, biarkan dua tiga jam dan WALAHH~ Duit engkau menggunung secara pantas. Magikal bukan?

Er. Application neh sangat sesuai lah untuk mereka yang hendak berjinak menjadi pengusaha restoran. AHAAHA. Dengarlah sangat cakap aku yang berperangai senget neh -.-"

chocolate indulgence from secret recipe; oh yummy :9

4 comments:

Naddie Anuar said...

nak men jugak. nie kna donlod ke ape?

nhmnrh said...

haha, jom jom :D
tk payah download.
kak naddie cuma kena ada facebook saja :)

AraShI said...

naaaakkk joinnnn~

nhmnrh said...

@2801129906549287830.0

jom jom :D