Friday, July 17, 2009

please let me breathe.

Hati saya beriangan di kaki pelangi lagi pada hari ini walaupun pada mulanya macam dah mula nak mendung menampakkan kehadiran panahan petir ke apatah T__T Semua nasi himpit kuah sate punya pasal. Sedih je I nasi himpit kesayangan dah habis dimakan T_____T Padahal ada ja lagi kat dapur bibik nak sorok dari I (konon) T__T Sekarang boleh kira berapa banyak tangisan sudah dihabiskan dalam perenggan ini KAHKAHKAH (Perlu eh gelak? -__-"). Dah diberitahu, saya neh Ratu Emosi lah bukan? Ya, kehidupan ni satu metafora yang aneh AHAHAHA.

Okay, perkara magikal apakah yang berlaku sampai mendung berarak keliling kampung meninggalkan I neh? Semacam sangat luar biasa. For me, lah. Kerna saya sangat susah untuk menghilangkan mood moody dalam diri yang kadang-kadang datang tak bagi salam. Jangankan salam, membongkok diri dan mengucap excuse me tumpang lalu apatah lagi. Memang ah teruk mood tersebut. I tak pernah nak kawan dengan dia. Dia yang cari I. Ceh ceh.

Err. Perkara magikal ini telah berlaku. Ingatkah pasal iPod idaman (sudah TIGA entry berturut-turut pasal iPod, I must have nothing else to talk about hoh) tempoh hari? Yang kononnya akan berada dalam genggaman pada minggu hadapan? Magik telah terjadi. Err. iPod idaman tersebut telah sampai pada hari ini OhMyGod (!) Anda patut dengar ah macam mana saya punya jeritan merdu macam orang sedang menyanyi saja pada petang tadi AHAHAHAHAHAHAHA -.-" Siapa percaya memang ah dia :(
Again, OhMyGod (!) I memang ah sekelip mata ja dah jadi sangat cheerful bagaikan dunia neh saya yang punya. Serius neh. Siapa tah tadi yang nak mengamuk bad mood tu I tak kenal ah dengan dia. HAR HAR HAR. Dahlah siap ada engraving iPod tersebut dengan nama I. Siapa curi tak boleh lepas hoh. Terang-terang di situ 'Nuha Muneerah's. it's mine :)' Siapa curi dia memang sangat se-two-pad. AHAHAHA. Entah kat page myspace budak mana entah beliau mengeja seperti itu. Berulang kali baca hampir nak diflipkan laptop baru saya dapat mentangkap maksud dia -.-"

Oyya. Mp3 yang telah aku gunakan hampir dua tahun bakal diserahkan kepada adik atas penyuruhan abah. Mentang-mentang aku dah ada iPod baru (Ada nada dengki di situ AHAHAHA). Kalau tidak disuruh takkan pernah aku nak membuat kerja penyerahan harta berciri mulia seperti itu. I sayang semua harta I lah okek. Sebagai anak sulung, aku memang melancarkan kuasa diktator terhadap semua harta kepunyaan aku. Lagi-lagi yang dibeli secara sendirian berhad (duit sendiri maksud dia).

Aku tak tahu kenapa lah tapi aku memang iri hati kalau melihat barang sendiri berada dalam genggaman mereka yang lainnya. Semacam aku kehilangan hak dan barangan tersebut tidak suci lagi lah. OHOHO. Maka aku kadang-kadang malas lah nak membagi orang mempinjam barangan aku. Nanti aku sakit hati melihat dia bersama barangan tersebut. Tak pasal-pasal aku tak ikhlas pulak karang -.-"

Siapa mahu mendengar bebelan percuma dan mendapat pandangan serong daripada yours truly, maka menyentuhlah engkau barangan aku. Buat harta sendiri pun boleh. *Aku akan melancarkan mogok tanpa belas kasihan terhadap engkau. (*Terms and condition applied). Aku kejam? Selfish? AHAHAHAHAHAHAHA (it's actually longer). Aku tak ada salah lah. Bukankah sedari awal barang tersebut kepunyaan aku? Aku sebenarnya tak ada kisahlah orang nak pinjam tapi beringatlah sikit. Apa barang pinjam barang orang buat semacam harta sendiri? Engkau tak ada maruah kah?


Aih.
Yang I nak menghentam you apa kejadah lah pulak eh Bieyto.
Sekian saja dari si Ratu Emosi.
Roger and Out.

2 comments:

Hidayah said...

best dapat iPod! ^^

nhmnrh said...

haha.tau tak peee :D