Tuesday, July 28, 2009

kawasan titik hangat.

Aku sedang hangat berperang suara secara histerikal sekarang neh. Okkay, sekejap tadi. Si anak kucing milik Afnan bernama Gapodio (Why in English, Kenapa dalam loghat biasa. Okkay. Tak tahu kenapa kena jelaskan -.-") tersebut asyik hendak melompat ke atas keyboard laptop aku neh apa cer? Maka aku menjerit kemarahan di situ, AHAAHA. Dalam marah aku boleh ketawa. Waa. Hebat!

See? I'm so nice hoh?
Aku tak da suka nak marah-marah neh.
(Anggukkan saja. Kang aku with tears lagi kang. T__T).

Well, aku sudah pergi ke branch Shah Alam bank H yang aku omel secara sangat bingit di sini semalam. Err. Sikap ramah manager dan pekerja di branch Shah Alam neh telah mentawarkan hati aku untuk mensimpan dendam kepada bank tersebut Ewah. AHAAHA. Apa lah punya senget (in a very very sane way, excuse me) aku neh. Lagipun bukan branch Shah Alam punya angkara tapi si Bank H cawangan Ampang sana tu hah. Sana! Ayuh kasi tutup lah cawangan tersebut. Heh. *gurauguraumasuksurau, tumpang lalu.

Semua staff semacam mensibuk mahu tahu apa yang terjadi dan aku berasa macam sangat hendak mentumpahkan air mata setitik dua tapi sangat malu. Wtfun hoh. Maka suasana di bank tersebut yang sekejap tadi senyap aman dan sepi telah menjadi kawasan titik hangat disebabkan kehadiran aku dan emak. Sila ucap syukran secara banyak (la sangat) kepada kami, AHAAHA. Sangat stress berada di tempat yang sunyi, bukan? Meh lah aku hembus situasi panas sikit kasi adventure.

Mengapa aku katakan bank tersebut menjadi kawasan titik hangat? Kerna secara serta merta aku dan emak didatangi (macam lucah bunyi dia wtfun oiy pervert -.-") oleh empat staff jejaka (jejaka okkay.. oww) di pintu masuk. Lebih daripada tiga orang staff yang melayan aduan aku bersama emak. Waa. Heaven tak heaven? Apatah lagi manager bank tersebut berciri tampan lagi menarik serta hangat hangat hangat. Dan ternyata aku berada di pihak yang benar Ewah. Maka aduan telah kami buat ke atas cawangan Ampang yang di pihak pensalah tersebut. See? Hangat, bukan?

Satu je yang I cakap semalam I tak buat pada hari ini. I tak ada mentutup akaun bank H tersebut. Hanya men-cancel-kan saja plan takaful tersebut dan KEBABOMM; akaun I akan berfungsi like normal account only :) Like yours lah, AHA. Maka tiada lagi pentolakan RM50 tersebut, yahooo dot com. (Aik? Tetiba sangat high).

Oyya. Aku hampir nak membeli kasut raya sudah tadi. Tetapi hasrat semacam kecundang di tengah jalan :'O ;'( T__T (Okkay. Membagi banyak emoticons seperti itu semacam frust sangat, bukan? Padahal tak da heran pun, CEH) kerna tiada saiz dan tiada stok. Apakah. Kecewa lah aku di tempat kejadian disaksikan oleh emak dan kakak salesgirl terbabit. Aih. Kasut tersebut sangat vogue lagi mengancam (I tell you). Memang kalau aku mendapat kasut tersebut aku tak miss lah terawih tahun neh.

Ahahahahahabiskantoi. Oh. Word of the day; HANGAT. Sehangat Asmara. Eh eh, itu tajuk novel Aisya Sofea -.-"

No comments: