Tuesday, July 7, 2009

kapal terbang kertas.

Aku rasa aku semakin 'membina badan' di rumah. Ahaaha. Tak faham? Memang tak nak kasi engkau faham lah Bieyto. Semacam biasa, tak da benda menarik untuk aku lakukan dekat rumah selain online dan men-shuffle lagu di mp3. Kah Kah Kah. Yang shuffle kaki tu aku tak da reti lah weh. Semalam alignment tulang kaki macam ada sedikit lari :( Wah, takut! *serius neh*

Oh, malam tadi perasaan sangat fragile. Tiba-tiba terasa macam tak nak pergi Egypt, ahaaha. Entah apa-apa punya perasaan. Bikin aku down ja. Buang perasaan, buang! Salah aku jugak kot. Tapi sikit ja, tak da banyak. Salah aku lah pergi melayan perasaan tersebut. Sepatutnya aku biarkan dia melukut di tepi gantang, HAR HAR HAR.

Sebab apa salah melayan perasaan? Kerna otak aku ni sangat brilliant dalam membuat imaginasi. Nanti dia bayangkan yang teruk lagi buruk ja. Hailahai, otak aku jangan dibuat main. Beliau menggunakan bahagian kanan dengan sangat superb! Kiri kurang sikit. Sebab tu agaknya aku tak suka mengira, miahaha.

Edit.
7.15 pm

Terkadang tu aku terfikir jugak kenapa aku tolak tawaran UiTM hari tu. Dahlah dapat kampus Shah Alam, depan rumah pulak tu. Tak ke banyak punya heaven? Even dapat biasiswa lagi. Aih. Tapi siapa suruh dia membagi aku Asasi Undang-Undang, tak da aku nak pandang tawaran tersebut.

Heh.

Er. Mentipu anda. Aku ada consider sebenarnya tapi karang mana aku nak mencampak cita-cita menjadi seorang doktor lah bukan. Sejak aku tingkatan satu, aku tak da membayangkan diri aku mempegang profesyen selain daripada doktor. Arkitek ka, pemuzik ka, usahawan ka, tak da. Doktor ja.

Bulan lepas masa aku mentafakur di UKM tu, aku merusuh habis lah dengan otak dan hati sendiri. Tengah menshower pun aku boleh menangis membayangkan nasib aku di perantauan. Tu belum pergi lagi tu. Hopefully bila dah banyak menangis sebelum pergi, bila dah sampai sana mata aku dah kering sampai dah tak ada air mata untuk dibazirkan, ahaaha. Amiiin.

Aku: Oh, Bieyto...

Bieyto: Yeeeeeeee?

Aku: Pinjam bahu sekejap.

Bieyto: Aku tak da bahu.

Aku: Cis.

Edit.
10.54 pm

Selain ber-Facebooki-ing dan ber-blog-ing sekarang neh, aku semakin gagah bermain online games, maahaaha. Tahukah online games itu menatang apa? Ianya games yang kau boleh main secara free percuma di internet. Sebagai permulaan, aku kenalkan Hina Sims Dating game. Tapi dia macam 18+ punya games ja T________T Har Har Har. Pergi mentengok di Google secara sendiri kalau teruja.

Aku hanya akan stop bermain bila azan dah dilaungkan dan apabila tugas sebagai supir memanggil aku. Oh, aku supir bergaji, tahu! *senyum lebar* Sejak aku dah berani drive seorang diri di malam hari, abah sudah semakin syiok meminta aku mengambil Afnan balik dari tuisyen setiap kali dia ada tuisyen. Tak apa, asalkan bergaji aku okay ja. KAH KAH KAH.

Anak apakah aku ni -_______-" Aku bukan bermata duitan, mind you. Tapi duit tu satu keperluan zaman sekarang neh. Semua nak pakai duit. Masuk tandas pun nak pakai duit. Ceh. Unfair dan tidak square. Sebijik macam drama.

Aih. Patutnya aku ni dah berinisiatif mulakan persiapan nak menjadi anak perantau. Dah mula baca buku anatomy ka, mempraktik bahasa arab ammiyah ka. Atau paling kurang aku patut DAH HABIS membaca buku biologi kulit ke kulit. Wah wah wah, tak ke berintegriti aku punya perancangan? (www.perasangila.com.my)

Nantilah, bila aku dah mendapat mood yang sesuai, (bila agaknya?) aku bukak jugaklah buku biology tu, (padahal aku sangat tak nak membaca buku tersebut. Tapi tersangatlah kena T_____T) kasi warm up sikit aku punya otak. Tak pasal-pasal brain freeze pulak aku bila masuk semester pertama kat Egypt nanti. Aih.

Aku pun tak tahulah kenapa dengan aku kebelakangan ni. Aku okay ka tak okay. Kalau mula menulis entri di pagi hari, akan berbanyak kali edit dan hanya akan siap boleh dipublish malam harinya. Lagi kronik kalau entri yang mula aku taip semalam, baru siap hari ni. AHAAHA.

Okaylah, semua boleh bersurai balik blog masing-masing sekarang. Entri aku biasalah, jarang nak berilmiah, HUAHUAHUA. Good night, Bieyto!

whatsoever: bilalah nak mula baca buku biologi neh, haish.

No comments: