Friday, July 24, 2009

it's literally free *grin.

Huallaweh. Aku rasa minggu neh sangat berciri heaven la walaupun terdapat sedikit konflik dalaman tapi aku sudah berjaya mengatasi konflik tersebut, Hohohohooray. Atas beberapa alasan yang tak ada compatible langsung dengan logika, aku tak men-update Biyeto punyalah lama. Vitamin M aku terlebih dalam badan la neh. Mau dibuang aku nggak ngerti dong. AHAAHA. Dasar pengamal Vitamin M tegar aku neh. Ish. Tahukah Vitamin M tersebut langsung tak da elok untuk tumbesaran? Tapi aku ni kan degil komited orangnya. HAR HAR HAR.

Sesiapa yang mahu consume Vitamin M tersebut silalah berguru dengan aku. Aku sangat hebat dalam penghasilan Vitamin M neh. Serius, aku tak da tipu. Tak percaya sudah. Dengan pengambilan Vitamin M yang mencukupi, engkau akan hidup dengan sangat lumayan... walaupun peluang untuk dibebel adalah sangat tinggi. Kalau engkau kalis bebelan, aku dengan berbesar hati untuk mengajar engkau.

Err. Engkau faham ka apa yang aku cakap ni? *garu kepala. Aku belum ada hati nak menterangkan apa Vitamin M tersebut sebab aku macam tak nak buka pekung di dada sendiri (Ececeh) kerna perbuatan tersebut semacam membiarkan maruah engkau tergadai di hadapan mereka yang lainnya.

Apsal? Tak betul? Aih.

Aku dah lari daripada topik asal ni -.-" Biasalah. Aku dengan bab memprovok orang menggunakan perkataan neh semacam sedikit champion, AHAAHA. Boleh hire aku kalau mahu. Sebenarnya aku nak mencakar pasal hadiah hari jadi aku yang telah mensampai pada semalam siang. Err. Masih ingatkah tentang entri ini? Pasal I chose 'that' baby and oh boy.. She has arrived :D (Ini memang I grin sampai telinga for god sake, selekeh gila).

Omo, I semacam pathetic menteruja masa package ni arrive T__T. Sumpah boleh tanya Kak Sri, I punya sengih lebar mana. Macam orang tak berapa nak siuman pun ada. Perangai tersebut memang berciri loser kehormat. Er. Mentengok gambar saja boleh ka? Aku sudah penat mentaip neh.
Berapakah kos hape (Slang indonesia) ini? I would say it is free. Literally. Aih. Kenapakah engkau tak mahu percaya? Serius neh, handphone ni free *muka bersungguh. Aku tak da mensuruh engkau percaya tapi betulllllllllll. Sila tengok betapa seriusnya aku berdasarkan jumlah 'L' tersebut.

No comments: