Friday, July 17, 2009

hati rasa riang.

Terasa riang sungguh lah hari ni walaupun misi untuk stay up kerna nak bersahur pagi tadi tak tercapai T___T Aku tetap teruskan berpuasa lah tapi. Tepat jam 3.45 pagi ja mata aku ni dah berdenyut-denyut mintak dikasihankan. Biasalah. Aku ni kan gadis berciri soft (AHAHAHA), maka aku pun menunjukkan simpati aku terhadap mata kesayangan dengan merangkak mendaki anak tangga untuk kembali ke sarang. Eh. Ke bilik, maksud aku. Tapi dah landing atas katil pun aku masih bercita-cita nak stay up lagi. Kental jugak semangat aku ni rupanya. Ada nada riak di situ. KAHKAHKAH. Siapa percaya ada riak di situ siap ah dia.

Maka untuk membantu mata men-stay up, aku pun membelek (membaca, sebenarnya) lah beberapa helai muka surat novel P.s I Love You. Dari respon rakan-rakan sewaktu menginap di UKM dulu, memang tangkap leleh lah novel tersebut sampai aku pun tergerak nak meratah duit emak membelinya. Aku ni seorang yang emo secara kronik, tau. Tengok slot Bersamamu boleh berjurai air mata. Dengar lagu touching sikit macam lagu korea; Bogoshibda (maksud dia I miss You) tu dah lencun baju sendiri aku kerjakan. *exaggerate.

Tapi aku hairanlah. Kawan-kawan aku yang tough, boleh sampai memerah biji mata membaca, Chitah sampai mengurut dada supaya dapat mentenangkan diri beliau, yang aku si Ratu Emosi ni tak terjejas sedikit pun. Steady ja *bangga tiba-tiba. Err. Okaylah. Yang sebenarnya aku belum baca sampai habis lagi, AHAAHAHA T__T Boleh baling biji tembikai pada I sekarang, Bieyto. I rela.

Lately ni, aku memang menghabiskan waktu di dalam rumah. Bergelak ketawa semacam hantu dengan keluarga, tersengih seorang sendiri menonton drama korea dan taiwan sekaliannya dan berehat-rehat semacam old citizen yang sedang menghabiskan penghujung usia. Tsk. Tenat sangat ke life aku neh? HAR HAR HAR.

Oyya. Dalam entri semalam saya ada menyebut tentang iPod Nano yang tiba-tiba menjadi idaman, bukan? Okay. Tak payah susah-susah picit ikon back, saya paparkan perenggan tersebut kat sini.
Boleh klik bagi besar kalau tak berapa nak clear. Psstt. Mahu tahu sesuatu tak? Rupanya saya tidak payah mentunggu lama untuk mendapatkan iPod Nano tersebut. HEHE. (Okay macam patut beri flying kick kepada ayat tersebut -.-") Kerna pada malam yang sama selepas mentulis entri tersebut, saya telah pergi mengendeng pada abah dan mentunjukkan iPod idaman kepada beliau. Tanpa disangka dan secara magikalnya, abah mengangguk setuju untuk membelikan saya barangan idaman tersebut, WOOHOO.
Ini iPod Nano idaman yang bakal berada dalam genggaman :') tsk.

Dan setelah selesai semua urusan pembelian dari online, maka saya pun tersengih-sengih lagi ke arah abah sambil bertanya, 'Nua kena bayar berapa bah?' Almaklumlah, niat asalnya aku nak membayar secara sedikit (ya, SEDIKIT. Aku kan miskin T_T) sebagai rakan kongsi pembelian iPod tersebut. Kononlah. Tahu kah abah telah menjawab apa? Oh, pasti engkau tidak tahu lah Bieyto. Abah menjawab, 'Kamu simpanlah duit kamu tu'. Apa lagi. Tersengih-sengih lagi aku di tempat kejadian sambil mentayangkan gigi. Ikut hati nak ja aku berpesta riang berbazuka di situ. HAR HAR HAR.

Oyya, sambil tersengih aku tidak lupa mengucapkan Gracias. I memang ah cakap Terima Kasih Thank You kemain malu lepas tu pergi cakap bahasa lain AHAHAHAHAHAHA. I lap you lah bah :D So this darling red iPod Nano will be in my hand by next week. Yippie. Ouh tak sabarnya. Kan dah cakap. Hati rasa riang. Tee hee hee.

6 comments:

Izzy bee said...

haha best gl :D

nhmnrh said...

@556504296853006419.0

long time no hear :D
haha. yup2.
sumpah bestttt

Nurul Lestrange said...

1. hah akak tak sanggup nak baca novel syahdu2 ni, maunye meraung lepas tu sakit hati dgn cerita die sepanjang hayat.

2. ipod. JELES. tapi kurang sikitlah tahap kemanisan jeles tu sebab lebih idamkan phone yang dual function - tak pyh ade byk gadget :D

3. do u read Hlovate punye novel?

nhmnrh said...

kak nurulll :D

1. HEHE. betul2. ada certain novel yg mcm tk dapat terima jalan cerita dia smpai menyakitkan hati T__T

2. eihh. jangan jeles :) btul jugak eyn. hp yg dual function tu mcm lagi senang sebab tak payah bawak banyak benda, hoho.

3. Hlovate itu siapa yach? HEHE.

Naddie Anuar said...

Nuha,
tgk je la movie P.S I love you kt HBO. tgh main skrang neh. hehe~ citer tu sweet, to husband die mati. so...ntah la. bese je kot...

i have ipod nano kaler putih and ipod shuffle kaler pink. masa blaja dulu pakai bwk pg library. skrang, dgr radio lg bess. ipod nano tu ader ngn nur and shuffle husband yg pakei. me? i like to listen to me singing!! hahaha~

nhmnrh said...

hee. hari tu ada ternampak jugak kat HBO tapi terlepas T__T

HEHE. itulah tujuan dia. Nak bermesraan dengan iPod tersebut dekat mesir nanti :P