Friday, July 31, 2009

hari menggoreng yang gila.

Kalau ditranslate kepada English bermaksud 'the crazy friday'. *wink.

Pagi tadi merupakan pagi yang gila dialami yours truly. Sangat menggilakan (tapi tak bermakna saya tergila-gilakan pagi tadi sampai nak isytihar pagi favourite ke apa. Tak ada). Dia cuma satu pagi yang gila tapi tak berapa nak gila kalau diukur dalam skala kegilaan, AHAAHA. Anda pulak yang menggila histeria membaca perenggan neh? Waa. Mari pasrah bersama-sama lah okeh :P

Err. Saya memulakan pagi tadi dengan semangat jitu (kononnya) untuk melakukan morning walk di taman berdekatan kaki bukit rumah. Semacam akan berjoging (kalau terasa mahu jogingan) tapi niat lebih kepada nak melapangkan fikiran serta mentangkap gambar pemandangan. Serius semangat berkobar-kobar lepas subuh terus mandi semua. Sambil dalam hati dah berniat lepas habiskan masa satu jam dekat taman nak drive pergi Mc Donald's drive thru.

Perancangan sangat hebat sampai dah siapkan sunglasses untuk mentangkap gambar sendiri bermotif 'perasan' di kelilingi taman yang indah. Oh. Jangan dilupakan english novel yang dah siap-siap masuk dalam beg sandang merah tanda berani putih tanda suci (wtfact eh).

Sekali KEBOOM (bukan Shah Alam meletup, mind you), belum sempat mensarung kasut sukan kepada kaki, hujan mencurah lebat menghentam bumi dan saya penuh takjub lagi pasrah mensaksikan kejadian tersebut. Memang tragedi kekecewaan ke apa tah. Langsung batal nak melepak di taman. Maka betullah yang kita neh hanya merancang tak da boleh tentukan apa-apa. Itu kuasa Allah :) Tapi perasaan ada sedikit terjejas kerna waktu semangat kental tak elastik macam pagi tadi tetiba cuaca memburuk. Padahal pagi-pagi lain semua senyum seindah suria yang membawa cahaya T______T

Tetapi disebabkan semacam dah berhajat dan bermahukan sarapan Mc Donald's, saya menggagahkan semangat meredah hujan lebat tersebut mendrive ke Drive Thru Seksyen 3. Sumpah masa berani dalam takut meredah hujan perasaan macam dup dap dup dap mentengok hujan sebegitu heavy. Hampir tak nampak jalan dan hampir nak patah balik tapi sebab Mc D di hati punya pasal, I gagahkan diri.

Akhirnya dapat jugak bersarapan Mc D tersebut walaupun lepas tu perut mengalami perubahan tak berapa nak baik. Mual ada. Pening ada. Nausea all the way masa ambil dan hantar Afnan tuisyen memang sedikit hell kondisi perut masa tu. Aih. Tapi sekarang macam dah okay walaupun loya macam masih ada -.-"

2 comments:

Hidayah said...

eh?
pagi tadi hujan lebat eh?
HAHAHAHA kite tak sedar langsung bangun pukul 1 petang -__-

nhmnrh said...

sangat lebat okkay..
Hahahahabiskantoi :P