Monday, July 6, 2009

crowded punya saturday.

SOALAN.
“Akhiri cerita anda dengan ayat ini. (...Aku selalu ingat orang yang dah bekerja tu lebih tua daripada aku. Oh. Aku silap rupanya. Aku lebih tua). Panjang karangan anda adalah mengikut suka hati sendiri. Anda digalakkan untuk memesongkan karangan.” baca Bieyto.

KARANGAN LENGKAP.
Dah beberapa hari aku marinatekan diri dalam rumah. Almaklumlah, aku ni remaja pasif yang lebih suka mentengok penuh asyik seni reka bentuk rumah sendiri. Maka aktiviti nak berlibur di luar rumah ni aku sangat kurang berminat nak sertai.

I'm made from Home, okay? Not from China. China barang dia sangat murah, tahu. Pergi Russian Market dan engkau akan tahu cadar comforter buatan tangan yang dijual beratus ringgit di Malaysia hanya RM40. Made from home was always the expensive one. Faham ka? Aku menyindir ni.

Akhirnya kelmarin (Sabtu) aku keluar mensibukkan diri dengan urusan duniawi sehari suntuk. Fuyyo. Ya, Bieto. Kalau engkau amaze dengan aku, aku bergandaan terlebih kagum dengan diri sendiri, HAR HAR HAR. Hek eleh, bukan berclubbing, ngok. Aik? Main kasar nampak? Minta maaflah. Memang sejak beberapa hari neh aku main kasar. Sebab tak da permainan yang bagus untuk dimainkan.

Aku cuma ke Ikea dan The Curve bersama emak serta adik perempuan. Yang hero lagi tiga orang? Haram diorang nak mengikut. Er, maksud aku, diorang yang tak nak ikut. Bukan emak pergi mengharamkan mereka ikut ke apa. Even aku telah membodek Aiman; adik bongsu untuk ikut serta tapi dia lebih rela menghadap PC di rumah. Cet!

Well, pergi The Curve pun kerna emak ada gathering bersama kawan-kawan zaman bergelar mahasiswi dekat Amerika dulu. Kalau tidak memang tak akan pernah jejak The Curve. Kot? Ahha, kami sekeluarga memang jarang nak berjalan. Tak percaya? Sudah!
Kesian dekat aku?
Eh, jangan. Aku tak da rugi apa-apa. Sumpah.
Engkau pun tak da rugi apa-apa, kan Bieyto?
End.
Kitorang terbabas. Bukan di jalan raya tapi ke Ikea. Kawan-kawan emak sedang berbual enak di restaurant Ikea di first floor maka kitotang yang dah nak seberang jalan pergi patah balik. Nasib baik dah plan untuk parking kat basement Ikea awal-awal. Borak punya borak beserta men-catch up kenangan lama, dari pukul 10 pagi sampai pukul dua petang baru bergerak ke The Curve.

Nampak meng-heaven-kan sekali pertemuan tersebut. Ahha, aku dapat idea brilliant. Rakan Chopsies kesayangan sekalian, nanti kita buat gathering macam ni okeh. Semua wajib bawa anak masing-masing. Suami? Leave him at home (Aik?), sorok jangan kasi keluar, HAHA. Aik? Motif?
Emak bersama kawan-kawan beliau. Emak yang hujung sekali berbaju pink (!) Aunty Yati aka Kak Long, Aunty Ela, Aunty Azlina, Aunty Mama. Ini dah nak keluar Ikea untuk ke The Curve. Untuk apa? Lunch. Er, di tempat penuh kontroversi dalaman, di sini…









Sangat teruja mentengok restaurant ni dengan mata sendiri. Er, maksud dia, baru first time makan kat sini, AHAAHA (Aik? Apasal gelak?). Untuk mensemarakkan sesi pengakuan, I present u this.
Ehem. Matikan gelak anda. Terbukti sangatlah itu first time kami mendengar nama restoran tersebut. Emak saya sangat comel lah bukan? Ho ho ho (gelak cover).

Oh, mensibuk untuk tahu saya memakan apa di situ? Tadaa.

Menu bertuah yang dipilih mengikut nafsu serakahkahkah:
  • salmon steak with mashed potato.

  • puding caramel.

  • ice bleded mocha frappucino.
Sangat mengenakkan ikan Salmon tersebut, MasyaAllah! Sehingga aku yang sedang menulis entri ni pun masih terbayang-bayang kesedapan meratah ikan ber-omega tiga tu. Aik? Pelik, kan. Padahal aku yang makan tu. Cuba kalau mentengok dari jauh. Ahah, comfirm keyboard lappy neh akan basah secara sendiri.

Mereka yang lainnya. Semacam tidak bagus kalau extremely expose diri sendiri lah bukan. Teroponglah kau mana yang boleh.

Selesai menjamu tekak dan memenuhkan perut, kitorang bersurai. Ceh, apa bersurai. Macam baru habis meeting ja. Kami membawa hala masing-masing lah. Kawan-kawan emak, maksud aku. Aku dengan emak bersurai nak buat apa. Buang tebiat?

Emak tak da terus pulang, beliau ajak kami pergi shopping jendela di Ikea. Yahooo dot com dot my. Oh, aku cinta Yahoo lebih sikit dari Google, AHAAHA. Mintak ampun T_____T.
Emak sangat cool pergi ikut anak dara beliau bergambar, HAR HAR HAR. Ini di show room Bath Room Ikea. Kerna aku macam syok sendiri dan terlupa meng-off flash, (damn it) maka gambar menjadi sedikit cacat. Cis, part mereflect aku lah yang banyak cacat. Padan muka sendiri.
Berangan berada di kayangan. Ceh. Kayangan apanya kalau ada couple chinese berpelukan di belakang tu hah! Dan oh, kayangan mempunyai price tag berharga RM39. AHAAHAHAHAHA. Ini kayangan murahan nama dia.
Membeli lukisan, kononnyalah. Padahal sekadar flip through saja tak da berminat mahu beli. Tahukah hati aku neh sangat goyah? Gertak ja sure KELEPAKK! dia tercabut dari tangkai.

Macam engkau masuk kedai jual tudung. Cuba satu demi satu sampai sepuluh helai dan akhirnya berjalan keluar kedai tanpa beli apa-apa. Hebat. Lagi hebat kalau berjalan keluar dengan muka sardin tanpa ucap terima kasih kepada salesgirl yang dari tadi duk hulur tudung pada kau.

Macam aku. Masuk kedai aksesori tanpa tujuan. Bertekad sehabis baik nak tengok-tengok ja. Bila salesgirl tanya ‘CIK CARI APA?’, terus aku capai getah rambut dan pergi kaunter bayar. Padahal aku tak da nak ikat rambut. See. Banyak goyah gua punya kolbun.

Dalam pada menshopping tingkap, aku sempat rembat tiga benda untuk diri sendiri, AHAAHA. Brava untuk aku.
  • Dua kotak dalam satu plastik.

  • Wall decoration stickers.

  • Photo frame.
Terima kasih kepada emak kerna melayan karenah aku walaupun asyik tanya kenapa aku nak beli semua neh. Siap mengulangkan persoalan tersebut berbanyak kali. Paling best, ‘Kamu dah nak pergi Mesir, nak hias bilik lagi buat apa’ T__________T.

Aku tak da boleh explain kenapa aku nak semua barang di atas. Otak aku kalau dia dah imagine sesuatu, hati aku tak da boleh tolak imaginasi tersebut. Dua organ neh semacam bersatu mengarah diri aku melakukan sesuatu yang telah diimagine. Er. Gelaklah kalau nak.

Kalau engkau pergi Ikea dan tak beli karipap dia, aku golongkan kau dalam kategori orang yang loser eh, rugi. Macam biasa, aku beratur nak membeli karipap idaman. Seorang lelaki berbadan gempal dan setengah ganda lebih tinggi daripada aku menjaga kaunter. Kira level boleh anggap abang lah ni. Sampai giliran aku, maka aku senyum untuk meng-order.

Lelaki Cashier: Ya, kak? Nak apa?

Aku: (Senyuman terus mati) Karipap 1/2 dozen dengan air mineral dua botol.

Lelaki Cashier: RM7.50, kak.

Aku: (Diam, serahkan duit).

Lelaki Cashier: Terima kasih, kak.

Aku: (Senyum paksa) Sama-sama.

Dan malamnya, aku pergi kenduri kahwin anak kawan emak di Bangunan PKPS, Seksyen 11, Shah Alam. Sangat grand I tell you.
  1. Pengantin lelaki dan perempuan berarak ke pelamin di atas pentas.

  2. Mereka bersanding di atas pelamin.

  3. Part meja makan aku.

  4. Door gift untuk tetamu DEWASA macam aku.

  5. Believe it or not, baju yang aku pakai malam tu dibuat untuk Hari Raya Aidilfitri tahun 2007.
Semasa para waiter dan waitress menghidang desert, ada seorang waitress bertanya kepada aku.

Waitress: Puan, puan nak kuih lopez?

Aku: Hah? Apa?

Waitress: Kuiz lopez. (Sambil menunjuk ke arah kuih lopez)

Aku: Oh. Aah, boleh jugak.

Waitress: Kejap ya puan.

Aku selalu ingat orang yang dah bekerja tu lebih tua daripada aku. Oh. Aku silap rupanya. Aku lebih tua. *sindiran sadis*

whatsoever: Entri aku semuanya stok panjang macam karangan. Aku tak da reti lagi nak buat entri dengan dua patah perkataan, doi.

8 comments:

arelynn said...

Kawai~~!! sgt cumel ... I like @##

chronic said...

haha.
lama tak menghayati entry u nuha!
tak menyesal i baca hari ni!
bravoo!!haha

Nurul Lestrange said...

haha kadang-kadang cashier punye kedut lagi banyak dari kita, tibe2 nak panggil orang akak - mereka perasan muda. blah.

nhmnrh said...

@2531111352369969306.0

hohoho. cumel kah? :D

nhmnrh said...

@4413583554228633303.0

hee.
thanks munirah :))
i appreciate a lot.

nhmnrh said...

@8313706816184797281.0

HAHAHA.
tau tak pe, kak nurul.
hampeh betul.
buat orang angin jeeee >:(

Naddie Anuar said...

saye sudah 25 yrs and still sme cashier ke waitress ke tenyeh je panggil kakak / abang. seblom derang panggil kite kakak / abang / puan ke, baik kite panggil derang dulu. hoho~ walaupon dah kawen, i still can survive as one person and thus, ske lg dipanggil miss. hahaha~

nhmnrh said...

ehh. ha'ah betullah kak naddie.
sebelum orang tu cakap, kita cakap dulu kan. HAHAHA. best!!
kena ingat neh, ahaaha.
bio pade muko diore.
wahaha. miss naddie :P