Monday, July 20, 2009

chapter baru tentang hidup.

OKAY. Sebelum apa-apa, aku nak memberi alasan berciri cliche dulu la. Bieyto seakan bersawangan secara maya (Imaginasi mesti kasi lebih! Aku kan pengguna tegar otak sebelah kanan, HAHAHA) kerna aku membusy. Ceh. Ini betul ni. Tak ada maknanya I nak menggoreng you, Bieyto. You kan permata khemah I (Tak main ah intan payung yang berskala kecil tersebut. Nampak sangat kedekut kasih sayang Ewahh). Aku rasa semakin lama tangan aku macam asyik mentaip ayat yang tak kenal apa itu insurans la T_T Tak apa, asalkan aku bahagia HEHE.

Ni dia kisah yang extreme hari Sabtu lalu. Well, aku bersama emak menapak ke UM kau tahu! Pembukaan hari dah berunsur thrill berjalan dari Shah Alam ke Kuala Lumpur.

Siapa percaya memang ah dia. AHAAHA. Kami mendrive la untuk pergi sesi taklimat keberangkatan ke Egypt tersebut. Sangat terujalah aku dibuatnya. Sebab? Kerna tersampai sahaja di parking-an, aku terserempak dengan Rabbit sudah. Yahoooo messenger. Tersengih-sengih lah aku hampir nak tersadung dek kaki masa nak keluar kereta. Hallamak. Nasib baik aku pantas men-grab pintu kereta kalau tak pasti aku sudah menkaburkan diri secara laju. Olomak aih.
Err. Apsal dia pakai baju sama ja?
Apa dia tak da baju yang lebih menarik perhatian mata aku untuk dipakaikah?
Musykil neh.
Hari aku menjadi bertambah thrill bila aku terlupa nak membawa passport untuk diserahkan kepada Global Tourism Network untuk urusan boarding pass T_T Apa la malangnya nasib aku pada hari tersebut. Semacam langit tidak sabar nak menghempap ke wajah aku saja. Ada sesiapa yang berbaik hati untuk memberi wajahnya untuk dipinjamkan? Aku pinjam masa langit nak menghempap saja lah. Bila dah terhempap, aku pulangkan la wajah indah tersebut. Ish.

Biasalah. Kalau dah namanya taklimat, kesemua wajah akan kelihatan pasrah saja menghabiskan masa menadah telinga. Aku? Ouh, wajah aku sentiasa segar secara live. Terima la berbanyak kasih daripada aku buat si iPod sayang, Cik Naunet. Yang dari sudut mythology nya bermaksud goddess of the underworld. Pergh. Tak ke banyak punya gempak nama tersebut? HAHA. See the fingers that search for that name, meh :P

Oyya. Bukan kah aku sekarang ni sudah bergelar student medic? (Ehem) Maka masa harus lebih ditumpukan kepada mempelajari struktur badan yang over kompleks. Bagai nak terjojol biji mata aku ni hah melihat gambaran yang too detail sampai aku terblushing-blushing di tempat kejadian. Padahal tak da orang di sekeliling aku jadi ke-blushing-an tersebut masih lagi misteri, tumpang lalu. Jangan imagine yang aneh-aneh tentang gambaran tu kerna aku takkan membagitahu apakah gambar berciri too detail tersebut. Tolong jangan. Aku merayu neh.
Ni dia antara buku-buku yang bakal menjadi peneman setia I kehulur kehilir malah mungkin ketika ke tandas juga mulai dari... Err. Sekarang.

Aku sudah terjatuh hati la kepada beliau tanpa disangka T_T Semacam cinta pandang pertama. Ayyok! Setiap malam mesti hendak menyentuh dan membelai beliau. Kalau tiada di depan mata, aku akan tercari-cari. Waa. Penangan cinta apa kah yang dahsyat sangat neh? Menggelupur hidup I dibuatnya. Kucar kacir sudah perasaan dalaman. Apsal nak berbanyak hyperbola pulak kisah penceritaan aku neh?!

Berprasangka baiklah kepada I. Boleh ka? Aku jatuh cinta kepada subjek Anatomy tersebut. Habis dah muka surat pertama aku khatam pada malam pertama pembelian beliau. Sangat indah lah bukan percintaan kami. One sided love T_T Bunyi dia macam sangat tragis tapi aku pasrah saja. Tak ada nak comment apa-apa. Aku pasrah. Tu ja. Oyya, aku juga akan usahakan pembuatan nota dalam masa terdekat. Supaya start ja semester aku sudah boleh tersenyum lebar me-relax-kan diri mendengar kuliah. Tak perlu nak cederakan tangan menyalin nota dengan pantas satu ayat satu saat ke apa. Sah nanti dah tak ada rupa ayat. Percaya la. Jangan kata secara naked eye, menggunakan magnifying glass pun belum tentu aku dapat membaca balik apa kah ayat yang telah aku tulis secara express tersebut.

Err. Anatomy memang sangat kompleks lagi berciri concentrated. Tahukah semua orang ada Anterior Nares? Kalau engkau tiada... Em. Maksudnya engkau sangat special tapi aku akan sangat horrified la untuk mentengok wajah engkau. Mintak sorry. Tertanya apa kah Anterior Nares? Aih, lubang hidung la. Bukan kah sangat mudah kalau membagi nama dia nostril saja? T_T Memang saja ah medical terms neh :(

Oyya, sekarang aku sedang online di bilik tetamu bersama cousin; Syifa. Pagi tadi lah. Aku pergi mengambil beliau di rumah nenek di Seksyen 6. Akan memboring la aku kalau keseorangan pada hari ni buat kesekian kalinya. Olomak aih. Ayat aku hari ni berciri meminta simpati ja. Jangan terpedaya. Aku sedang steady saja di sini. Berhati riang lagi walaupun ada sedikit konflik berlaku. Engkau tak perlu tahu lah eh Bieyto. Kalau aku mahu bercerita karang aku cerita la. Kalau tak, tak da HAHAHAHAHA.

Mandible itu adalah rahang. Perlu eh membagitahu? -.-"

4 comments:

Naddie Anuar said...

good luck with blaja medic. tabik spring utk mereka yg ader the slightest interest in studying medic and tabik spring toink2 utk mereka yg gagah utk blaja medic.

me? badan manusia ialah beyond me. tak interested langsung nak tau. hoho~ dulu mase SPM pon lg ske chemistry, kalo bley drop bio, mmg drop sudaa~

so...all the bess!! :)

nhmnrh said...

@5066663195110012186.0

hee. thank you kak naddie :D
HAHA. mmg asalnya tak minat subjek sains pun.
tp tk tahu apasal nak ke medicine jugak perginya -.-"

thank you again. HEHE.

fawani said...

wau.hebat boleh jatuh cinta terus.
kalau i yang kena ngadap buku anatomy tu mesti dah rasa nak bunuh diri dah.haha.

nhmnrh said...

haha.
alhamdulillah la boleh jatuh cinta T__T
memang dah nak menangis sesungai dua dah, HAHAHA.