Thursday, July 23, 2009

berkenduri secara kecilan.

Sebelum menteruskan niat asal mahu mencakar tentang kenduri secara kecilan tersebut, izinkan saya bermarathon sepatah dua boleh ka? *Mentarik nafas. Err. Sepatah kedua ini ditaip khas dari jantung yang-busy-mengepam-darah-ke-seluruh-sel-di-dalam-badan (Ceh, mentang-mentang tengah menstudy anatomy) kepada seorang sepupu daripada berbanyak sepupu yang saya ada dari dua belah keluarga yang telah semacam membantu mengurangkan tensi yang menterjah kerna dijemput, iaitu Kak Arelynn. Semput aku membuat ayat satu nafas macam ni weh T____T

Thank you so much, Kak Alin for helping me out regarding the iPod convertion thingy. It eventually works although I have to spend almost four hours; just to patiently wait the videos to convert to MPEG/MP4 formats since I have like nine videos? -.-". But it was worth it and I'm glad :D THANK YOU SO MUCH, sis. Seriously.

Credits end and kenduri begins. HUAHUAHUA. Semacam pelik ayat neh tapi tak apa. Ayuh, kita me-move on kan diri. Kampung halaman sebagai lokasi kenduri (konon). I’ve already told you here, that my ‘kampung’ is not really a kampung. Awww mann.

Aktiviti neh berlaku malam kelmarin. Kenduri tersebut, maksud aku. Dia semacam gabungan beberapa tujuan menjadi satu. Tapi fokusan utama adalah kepada kehadiran warga kumpulan Tharikat arwah atuk yang mahu menjenguk nenek aku; balu kepada arwah atuk sebelum mereka neh pergi membawa diri ke Indonesia macam tu la. Aku pun tak terfaham sangat apa benda kah Tharikat tersebut tapi kerjaan mereka ialah berzikir untuk mempertingkat keimanan. Woaa.

Memandangkan aku telah ditempah oleh uwa (gelaran yang aku gunakan untuk memanggil nenek sebelah emak. Er. Ini bahasa Bawean lah, engkau apa tahu *angkat kening) sejak minggu lepas, maka aku telah mensampai di kampung terchenta pada pukul 10 pagi. Atau 9 kah? *angkat bahu. A part from chopping the peas, peeling and chopping the potatoes, unfold the carpets, rearranging the furnitures and being a babysitter, I don't do anything much. HAR HAR HAR.
seorang dua cousin yang aku mem-babysit bersama syifa; si syakira dan taufiq. OhMyGod mereka comel :D
Err. Semacam tiada comment diperlukan untuk gambar neh, tumpang lalu.
If you think she is my grandmother, you are completely wrong (!) This is my great grandmother whom I called as Jukji (another Bawean's language; you woudn't want to know -.-"). Kalau tertanya apakah Bawean tersebut apasal tak pernah dengar? Izinkan aku bercerita lah okeh. Kadang-kadang Bieyto ni perlu juga berciri ilmiah supaya tak da orang men-under estimate beliau T_____T. Err. Boleh skip perenggan seterusnya kalau tak da peduli mahu tahu, please and thank you.
Bawean neh antara sejenis pulau daripada beribu kepulauan Indonesia. Kalau dikira dari sudut Geografi, Bawean Island terletak kira-kira 150 kilometer daripada utara Surabaya. Err. Tahu kah yang Pulau Bawean tersebut hanya berdiameter sebanyak 15 kilometer? Okeh, anda tak peduli untuk tahu yang itu, jangan tipu. Tapi ni ada fakta menarik di sebalik nama Bawean Island tersebut.

Perkataan Bawean ni datang daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud "ada cahaya matahari". Oyya, Bawean ni juga digelar "Island of Women" sebab banyak kaum lelaki yang migrate (kononnya lelaki yang tak da pergi merantau tersebut bukan lelaki sejati ke apa tah -.-")

Disebabkan kebanyakan penduduk beliau banyak yang bermigrate ke Singapura dan Malaysia (my great grandmother was one of them *bangga), pulau neh terkenal dengan nama Pulau Boyan. Serius cakap I tak pernah sampai ke pulau tersebut walaupun I origin sana (Ceh ceh).
Itulah. Orang suruh skip tadi tak mahu. Menyesal tak sekarang? HAHA.

Dan setelah lebih banyak berehat daripada membantu uwa (AHAAHA), aku pulang ke rumah untuk mentukar baju sebelum pergi mengambil Afnan dan kembali ke rumah uwa selepas Maghrib. Habis yang para ladies kena menduduk luar sebab para Tharikat dah penuhkan ruang. Sumpah sedap bacaan zikir diorang memang boleh bertingkat-tingkat la keimanan. Serius neh.
Perkarangan kampung halaman yang indah lagi berciri damai, AHAAHA. (Damai je biru -.-")
Ahli Tharikat arwah atuk yang sudah berumur kesemuanya (Syifa yang pergi usha bukan I -.-") Selain mereka neh bertandang untuk menjenguk uwa, diadakan sekali bacaan surah Yaasin dan tahlil untuk arwah atuk :') Oyya. Tidak lupa bacaan doa selamat untuk kedua-dua orang gadis yang bakal berangkat ke Mesir selepas raya (Ehem), aku dan syifa :D (I don't actually grin when I typed this T__T) Serius kelamaan kesemua aktiviti tersebut. Dari sebelum maghrib sehingga selepas isya'. Saya dan Syifa? Dialog favourite sepanjang malam: "Ana ga'anah awi awi awi (T__T)" Translation: Saya lapar sangat sangat sangat.

Selesai semua tetamu menjamah makanan (Yang dimasak sendiri oleh uwa) dalam pukul 10.30 malam macam tu. Maka bertindak sebagai sipi-sipi tuan rumah, saya membantu mengemas kembali semua barangan tersebut dan hanya boleh pulang dalam pukul 11.30 malam. Waa. Apsal baik sangat anak dara Tuan Haji Abd Hakim neh? *perli/sindir.
Syifa dan saya :D Pensidaian gambar sebegini memang satu keperluan okek. Olomak aih.

No comments: