Thursday, July 2, 2009

baru belajar mengeja ke?

malam tadi.

One missed call. +6017271****
1-07, 10:07 pm

Message sent.
To: +6017271**** From: nhmnrh
Text: Salam. Ni siapa?
1-07, 10:23 pm

One new message.
Sender: +6017271****
Text: Hai... Ny owg la... Name sy cty coie la aek? coz mzcl 6bo awk....n trlanjr mcj ny name awk cpe lak?hope tk kbratan bg tau nme awk.
1-07, 10:30 pm

sila baca dengan hati yang terbuka dan nafas yang secukupnya. kalau rasa tiba-tiba atmosfera sekeliling engkau menjadi panas, silalah membawa diri ke luar rumah mentengok bulan. oh, jangan mencicirkan otak sebelum membaca entri ni. tak, tak. bukan amaran tapi saja kasi ingat :)

saya cukup pantang kalau dapat bahasa yang terkurang macam ni. nevertheless, kes ini hanya apply kepada saya saja. yang lain saya tak ambil tahu. hah? saya kolot dan tak up to date? dengan rela hatinya saya terima gelaran tersebut. kalau tak cukup pohon nyiru, siap akar-akar dia sekali saya tadahkan HAHAHAHAHA.

nak je saya reply message budak neh dan soalan "belajar Bahasa Malaysia kat mana, dik? kenapa rosak sangat bahasa engkau nih? belajar mengeja pula dari siapa? cikgu mana yang mengajar engkau? akak tumpang simpati" adalah antara soalan yang saya akan tanya. itu kalau saya ikut hati untuk membalas lah message tersebut.

macam saya tulis kelmarin, hati ni kita jangan ikut sangat kehendak beliau. memang sifat dia takkan pernah puas selamanya. nanti dia bermaharajalela men-take over akal fikiran bukankah sangat dangerous perkara tersebut? -_____-" eh, banyak sangat tengok tv aku ni kot, miahaha.

edit.
10.50 pm

sakit mata seh baca perkataan yang dahlah DI-SHORTFORM-KAN lepas tu DI-UBAHSUAI pulak ejaan beliau. kalau saya rajin, dah lama saya sound sikit budak neh. masalahnya saya tak rajin which equal to malas nak melakukan pengaliran kredit untuk sound entah siapa siapa just untuk cakap, "Adik, tolong belajar mengeja. okay? :)"

kang dia termalu kang, habis drop ah air muka dia. setahun dia tak bercakap kang siapa yang rugi? kotak suara dia jugak. dan segilagila tuan empunya nama nuha muneerah ni, tak pernah lah pulak aku nak menjatuhkan 'water face' orang sedemikian rupa.

kalau shortform tu saya boleh terima lagi. come on, kalau dah sampai tak boleh nak membaca dan faham ayat tersebut, engkau dah macam merampas hak asasi manusia (whattheheels?) daripada aku. aku ada hak nak faham apa yang kau cuba sampaikan, HAHA. oh, sekarang anda pulak tak faham?

okay. macam ni. engkau boleh pilih untuk suka lipas atau tak. tapi jangan lah pergi membunuh dia secara rambang setiap kali terserempak dengannya. macam saya. sangat tak suka lipas. geli. fobia. tapi saya tak ada kill dia ke apa. saya nampak lipas, saya lari. hak saya untuk tak suka dia dan hak saya juga untuk lari dari dia. jadi hak lipas pulak kalau dia mahu terbang ke arah saya. saya hormat hak dia.

terkadang tu, saya tengok bukan budak sekolah je yang buat perangai neh. orang dewasa pun ramai. nak expressed sangat childish site diri sendiri gamaknya. apa kata aku cadangkan engkau ke Neverland milik Peter Pan? mungkin kau akan lebih berbahagia di sana :)

edit lagi.
11.36 pm
credit gambar from my sister :)

boleh pulak masa orang tengah sedap mengunyah Super Ring (nyum nyum :9) sambil mentengok Enchanted di HBO heboh satu rumah si kenit Prince Caspian tak da dalam sangkar beliau. abah pun apa lagi, pergi menggunakan kuasa veto dalam tangan untuk kerah semua orang pergi cari si anak kucing ala-ala musang ni.

dalam stor, dalam kolam ikan, bawa meja, bawah katil habis dah saya selongkar, but to no avail :( bila benda macam ni berlaku, habis ah kalau bagi tanggungjawab untuk fikir Caspian-Ada-Kat-Mana-Cuba-Cari pada saya, wild imagination adalah perkara wajib yang akan terjadi.

aku dah mula fikir yang Caspian keluar masa aku drive keluar masuk keluar masuk menjadi supir petang tadi. lepas tu, aku yang tak berapa nak ikhlas drive tu telah memecut dengan menekan pedal minyak supaya kereta myvi tu berkadar laju daripada biasa. maka tanpa sedar aku dah melanggar Caspian T________T sungguh hina imagination neh, aku dah tak mahu ingat!

akhirnya abah yang jumpa dia terperangkap kat dalam almari bilik tetamu. HAHAHAHAMPAGAS. saya dah check almari tu dua kali siap alihkan beg golf abah lagi. apa pasal dia tak nak muncul? sebab aku panggil dia Caspie instead of Caspian? cet.

apa-apa pun, kakak lega dah jumpa kamu balik, Caspian darling :')

p.s; abaikan read more please.

whatsoever: seronok berconference dengan bakal housemate di ym. terima kasih kepada Yahoo Messenger yang sediakan perkhidmatan cemerlang :D

8 comments:

Fasya said...

aww comel giler caspian!! XD

and byk kali u edit post ni -_-"

haha

nhmnrh said...

@2427016586014988713.0

hee, kan dia sangat comellllll :DD

haha, tau tk pe banyak kali edit.
banyak kali terpaksa pause, HOHOHO,

Nurul Lestrange said...

heh. apekah bhse itu?? nk sebut 1 word pon tak boleh ni :D ke akak yg tak pass oral test :D

nhmnrh said...

see. taleh baca kan?
merampas hak asasi manusia betul.
apa nak jadi budak sekarang neh (CEH. CAKAP MACAM DAH BESAR SANGAT T_________T)

sarah al -idrus said...

omg aku dah tua tu bhs org muda ke tu? tsk =_=
hehhe.sumpah x phm

nhmnrh said...

hee. kak sarah tak tua lah, still muda lagi :))
tp yes, itu bhs budak skrg -____-"
mula2 pun mcm berpinar mata nuha nak baca, kak sarah.
haih.

Anonymous said...

you..
i rasa i tau dia tuleh ape lah..
makna kami bersama nih sama2 leh bace sesuatu yang tak betul..

nhmnrh said...

cik anon;
err. ayat terakhir u tu i tak faham -______-"