Sunday, June 7, 2009

lagenda gadis otai.

er, bila dah siap baru tersedar yang macam panjang gila entry neh jadi baca lah secara bersiri ikut suka sendiri. sorry for the inconvenience ;(

eih fuq (what's up) gerimis, HAHA. *inside joke budak GMN, kalau tak faham tak ada siapa nak marah punya. guaranteed* muahaha. annoying gila cakap macam ni, kan? baik tak payah cakap dari awal.

gadis otai memang macam ni lah punya perangai tak berapa nak senonoh macam main hoi hoi padahal penat orang tua bagi nama sedap qurratul furqan (rekaan semata-mata) what the hales je.

minggu ni macam biasa saya balik rumah lagi. cuma, rumah terasa sangat sunyi dan kosong. umi, ammar dan afnan ada kat Penang (ehem) sebab afnan ada horse riding competition. proud to tell that my brother is one of the best young rider AWW :')

so kat rumah ada abah, saya, ijah, aiman dan bibik. oh, rumah terasa sangat sunyi. lagi sunyi sebab dahlah pagi semalam kena beli breakfast sendiri kat kedai mamak, OHMYGOD nuha pergi beli breakfast :O har har har!

anyways, entry kali neh boleh kira entry yang macam last tapi tak berapa nak last sangat [?] ayat dalam perenggan neh bersifat pelik? err. saya pun tengah berasa pelik -______-" Oh, ini entry pertama untuk bulan jun. patutlah. happy jun by the way.

let’s cut the crap okek. kita berlari ke misi utama. habis, kau nak joging? penat weh I cakap you joging naik bukit dari KUO ke KIY. eh eh, tak ada kena mengena, (memanglah tak ada sebab mana pernahlah saya joging bila naik bukit tersebut, KAHKAHKAH). jalan pun tak larat, ehem ehem.

T_____________T

semuanya sebab next week punya weekends maybe saya tak balik. tutorial lima sayang nak keluar together ke midvalley yeehaa. itupun tak sure berapa ramai yang dapat pergi, sighs. pergi together, makan together dan balik together. apa nak buat kat midvalley tu yang lelaki dan perempuan separate. i'm looking forward for it, yippie!

alkisah, minggu ni saya dan cousin ada sedikit otai langgar rules sini-sana macam dah tauke sangat kat UKM tu padahal hidup menumpang jee. okay, sumpah sedih cakap macam tu, macam orang berstatus pelarian ke apa tah. tak kira, I nak tarik balik ayat tu. siapa tak bagi sila angkat kaki sekarang (err. hah?).

homesick saya kurang sikit dari last week. bila buat research balik homesick neh macam main pattern selang seli tak tahu apa motif beliau. first week, yes. second, no. third week, yes. fourth, no. ingat lawa lah konsep on off macam tu? apa, minggu kelima neh saya homesick balik kah? ketaq cheq non.

hari pertama kuliah dah pandai show off ke-otai-an diri sendiri patut kena denda balik rumah selama-lamanya what the hales #@$&^@# kalau itu denda dia of courselah saya jadi student yang paling otai sekali. sekali je, bukan dua tiga kali, HAHA.

tak bangga pun nak mengaku neh tapi kena jugak cakap yang hari isnin tu saya dan syifa tak pergi tutorial petang Oh Hidup Sangat Bahagia kahkahkah. nikmat jugak ponteng neh rupanya. hep, bukan ponteng saja-saja tapi syifa sakit kepala dan saya temankan dia. lepas zohor (dalam 1.45 petang) sampai pukul 5 petang saya tidur PERGHH. heaven sungguh.

kan dah cakap; sleeping is my ultimate passion at the moment. miahaha. apart from basuh baju every night and day. okay, mentipu anda. basuh baju every day saja, tak ada night. night sangat penat. CEH mentipu lagi. tutorial malam tak pernah penat ah sebab asyik main games berjiwa kanak-kanak macam Truth or Dare dan kotak beracun.

itulah, masa kecik-kecik tak puas main (sambil bercekak pinggang). HAR HAR HAR.

gerimis, boleh tolong erase RABBIT bukan nama sebenar pulak kali neh? -_____-" err, I dah kecewa, tak boleh nak bagi ubat dah. hati macam termati-mati pada isnin malam tersebut tapi Iron Lady kena berlagak cool. senyum, jangan tak senyum. eventhough hati macam kena lapah tanpa simpati. damn.

teringat puisi kak fynn yang lebih kurang macam ni;
berapa orang yang boleh tahu kau sedang menangis ketika kau sedang tersenyum?

okay, macam tak berapa sesuai ayat tersebut tapi pokoknya, pernah ke kau senyum macam kau orang yang paling happy dalam dunia sedangkan dalam hati kau menangis sampai separuh mati? pernah? heh. kalau pernah, kau akan tahu apa yang aku rasakan. sakit, kan? :)

enough pasal RABBIT. tengah cuba lupakan beliau, hohoho. padahal nak lupa sebab tak tahan hati sakit sepanjang minggu lepas lagi-lagi hari selasa, macam kena tarah dengan bulldozer jee, miahaha. Eh, siapa gelak saya rotan-rotan dia.

oh, hari selasa jugak hari yang best untuk tutorial malam sebab kitorang main bom-bom. cara main dia? meh saya terangkan. dengan pesanan, tak sure lah you faham ke tak, gerimis -____-" kan dah cakap masa kecik-kecik kitorang semua tak puas main benda alah neh, kahkahkah. ehem. ops.

kitorang dibahagi kepada tiga kumpulan dengan tiga nama negara; JEPUN, PERU dan FIJI. lepas tu, ada sebiji bola kertas yang dah digumpalkan untuk jadikan bom. katakan lah Jepun mula dulu, diorang kena decide nak bom Peru atau Fiji. bila dah decide, kena nyanyi lagu neh.

Jepun bomb, Jepun bomb, Jepun bomb to Fiji bomb!

sambil tengah nyanyi tu, salah sorang daripada warganegara Jepun tu kena baling bola kertas tadi ke arah Fiji dan Fiji kena tangkap bola kertas tu sambil fikir nak attack negara mana sambil menyanyi lagu tadi. menarik lah bukan?

dan sesebuah negara tu kalah bila warganegara dia serang dua negara yang berlainan. macam majoriti jerit nak bomb Peru tapi ada sorang pergi jerit Jepun. hah, kalah lah diorang. satu lagi bila bola tu tak dapat ditangkap sebelum diorang habis menyanyi lagu ataupun yang menyanyi nak attack negara lain, tukang baling bola kertas attack negara lain.

hah, macam tu lah.

first time main tu, group saya as in Jepun kalah dan kitorang semua dah tak boleh main. tapi ada hati tu nak back up konon tadi trial lah apa lah. yang paling best, alasan Izzat lah. dia pergi cakap; "habis tu, kalau kitorang keluar, korang nak main dua negara jee? nak ke, nak??" terdiam habis ah orang lain, KAHKAHKAH. agak lah kan, negara ada tiga je weyh.

nasib baik ada afif bagi cadangan, "mana-mana negara yang kalah tu, (contohnya Jepun) negara yang attack diorang sebelumnya tu boleh ambil seorang daripada warganegara Jepun. sesiapa yang paling banyak warganegara dia menang." brilliant, no? mostly kitorang banyak gelak je ah.

warganegara yang banyak kali menjadi pelarian ialah ra'is (ketua) kitorang; uthman. sekejap kena cilok pergi negara Jepun, kejap kena ambil balik oleh negara dia. lepas tu Jepun cilok dia balik, haih. sampai qistina pergi cakap, "hek eleh, asyik ra'is je kena ambil, boring ah macam neh. apa istimewa sangat uthman neh!" miahaha. kesian uthman.

hari rabu dia macam menscarykan sedikit. sebab abang zam cakap pasal flight kitorang ke Egypt. batch 2009 akan ada tiga flight iaitu 26hb sept, 29hb sept dan 30hb sept. of courselah saya dengan syifa pilih 30hb punya! gila apa nak pergi awal, nehi nehi.

tapi rasanya ramai je yang ambil flight 26hb sebab tarikh tu hari sabtu (masih dalam cuti seminggu raya, relatives tak mula kerja lagi jadi boleh angkut tiga bas datang lambai kat KLIA, HAHA).

tutorial rabu malam tu kitorang main Truth or Dare. tak berapa nak best sebab perempuan semua macam ambil TRUTH je memanjang. lelaki ada lah dua tiga kerat ambil DARE dan kena kaw-kaw punya lah serves you right, hahaha. gila tak baik saya neh.

sampai turn ammar, semua orang bersorak sebab dia neh kan alim. buktinya ada saya cakap kat entry sebelum neh. like expected, ammar pilih TRUTH dan afiqah pergi tanya, "kau mesti pernah ada perasaan dekat perempuan kan. macam mana nak atasi perasaan tu?"

sambil tersengih, ammar jawab, "kalau ikut hadith... yang pertama sekali dia kena menikah." habis ah satu bilik tutorial tu gegak-gempita dengan jawapan ammar. "yang kedua, kalau tak boleh berkahwin dia kena puasa." hambik kau, kata muttaqin. HAR HAR HAR -______-"

masa tu semua orang asyik cakap ammar handsome, baik sangat, lemah lembut semualah. yang budak lelaki bila kitorang cakap macam tu, diorang kata kat ammar, "mar, puasa mar. puasa! kau tak boleh kahwin lagi. KAH KAH KAH KAH" hahaha, ting tong betul lah budak-budak lelaki neh!

hari khamis tutorial petang sumpah penat tak boleh nak cakap apa sebab kelas petang tu dengan ustaz ridhuan. kalau selalu balik pukul empat, empat lebih, hari khamis tu kitorang balik 5.35 petang. dahlah aktiviti tak berapa nak best. ustaz ridhuan suruh kitorang cakap pasal apa-apa je selama lima minit kat atas pentas dalam bahasa arab T_______T

balik je tutorial saya dah malas nak mandi, (tak senonoh punya budak ya saya tau). penat sangat lah tapi. lengai semua tulang. terus saya landing atas katil tak sempat nak tukar baju ke apa sampai pukul 7 malam. bila dah pukul 7 tu, mencicit lah saya pergi mandi sambil terus ambil wudhu' untuk maghrib.

ke-otai-an saya membuak-buak lagi. kali ni untuk apa? saya dan syifa berkeras tak nak pergi taekwando. gila kau, mahu badan jadi lempeng kalau pergi jugak. lepas solat maghrib terus saya dan syifa pergi kafe, bungkus makanan dan makan dalam bilik. habis makan, chitah (nasyitah) datang bilik kitorang, borak-borak lepas tu baca buku dan tidur.

hidup sangat best dan heaven macam ni kan? -_____-" heaven wak lu.

jumaat pagi tu dah longlai semacam walaupun awal je tidur, haha. dahlah ustazah fadhilah yang tiba-tiba masuk dewan kuliah lepas tu semua orang "alaaaah..." T_____T termasuk yourstruly. nasib baik ustazah fadhilah realized (ye, dia realized) dan terus dia kata tak nak ajar lepas tu suruh kitorang duduk dalam tutorial masing-masing sebab nak buat aktiviti.

apa lagi, yeeehaaaa lah kitorang tak terkata. rupanya ustazah fadhilah nak kitorang berlakon ikut situasi yang dia bagi dalam lahjah 'amiyyah dan tutorial yang menang akan dapat hadiah! sumpah best part hadiah tersebut kitorang pun, "AYWAH USTAZAH, AYWAH AYWAH" (aywah = ya = yes)

tutorial saya dapat situasi di souq (pasar) dan pelakonnya; izzat (wajib gila dia neh ada sebab pandai buat dialog spontan habis), bam (pak lawak), afif (pun perlu ada), dan qistina, ekin, sakiinah dan izzati (as a narrator). sumpah tutorial kitorang buat lawak gila sampai meleleh air mata, tumpang lalu. bravo gila ah kat korang weih.

dan malam jumaat tu sepatutnya ada ceramah motivasi tapi saja nak tunjuk otai lagi saya dan syifa pergi balik rumah memanjakan diri, miahaha. memang tak patut buat macam tu sebab kedatangan pun dicatat tapi sebab degil dan keras kepala punya pasal, mintak ampun je lah saya nak pergi, kan. aku ni memang. degil, degil...!

oh, can I say this out loud? I'M ADDICTED TO BOYS OVER FLOWERS, people. ya, tahu. lambat gila nak minat, haih -_______-" tapi tak apa, better late than never (ayat penyedap hati sendiri, HAHA). story line dia bagus, tapi ada certain parts yang sumpah tak faham what happened. jadi macam, "hah, hah? asal jadi macam ni? tak faham, tak faham" punya monolog.

surprisingly, saya tak berapa nak minat hero dia yang rambut berombak tersebut. second hero pun tak minat jugak. walaupun kadang-kadang suka sangat tengok dia tersenyum, *melting*. tapi yang paling ultimate ialah lagi dua orang F4 yang tak berapa menonjol;
Kim Joon as Song Woo Bin (!)

Kim Bum as So Yi Jeong (!)

uh-huh, currently falling for these two cuties ;) oh, saya mungkin akan balik UKM esok pagi, tak balik hari ni as in ahad, yayy~ lagi lambat lagi saya suka okek. buat homesick je lebih kalau balik awal-awal, hahah T______T tsk.

whatsoever: mr. architect dah habis PLKN dia. ehem ehem. loveyoudarling.

7 comments:

Izzy bee said...

oh saya nampak nama saya ! :) haha
mr plkn? :P sukenye dia

shadah..♥ said...

aku suke F4 except jihoo...
kau dah tgk boys over flowers?
bile tgk?

AraShI said...

waahh~sgt panjang la syg

nhmnrh said...

@3509922177166020891.0

haha, sukaa gilaa~

nhmnrh said...

@1707081959826573652.0

omg!! ji hoo lah yg paling hot sekalii~
HAHAHA.
SS501 rocksss.

Anonymous said...

nuha, kak krina main truth or dare dulu tym skola if kene dare sampai kene kiss2 u know.. perempuan kiss perempuan la..tp biler kene lelaki kiss lelaki, mmg klaka la.. ;P

btw, ponteng klas ni mmg heaven.. *cair*.. mmg best la..tp jgn buat slalu.. nnti hilang ke-best-san nyer..hihi..

well,well, t care.. n gd luck..

p/s: korg bleyh klua ke on weekdays?

-krina

nhmnrh said...

yayy~ kak krina bagi comment, hee.
haha. ada je yg lelaki kena cium lelaki tp dibatalkan.
dgn alasan:
KALAU SEKALI DIA BUAT, MUNGKIN DIA NAK BUAT LAGI LAIN KALI.
hahahaha.
gila tak boleh belah.
tp betul lah kan.
tau tk pe heaven gilaaa.
weekdays? boleh je tp kena curi2.
HOHOHO.