Tuesday, June 30, 2009

cakap tentang hati.

.gambar hiasan.
I can't waste time so give it a moment
I realize, nothing's broken
No need to worry 'bout everything I've done
Live every second like it was my last one
Don't look back at a new direction
I loved you once, needed protection
You're still a part of everything I do
You're on my heart just like a tattoo -tattoo by jordin sparks.
perasaan saya sekarang macam tengah bersimpang-siur. macam traffic light hati rosak ke apa tah. tapi rasanya traffic light lagi bertuah dari hati saya neh sebab kalau rosak ada mechanic nak baiki beliau tapi kalau hati rosak? engkau menjawablah dengan diri sendiri.

T____________T bukan kah hati saya sangat kesian? "ya, kesian engkau, hati". jawab anda semua sekaliannya di dalam hati secara bersama. HAHAHAHAHAHA. kenapa gelak? errk.

hati macam tengah terbolak-balik tanpa arah tuju. sengaja dia bagi diri sendiri gundah gulana tak tentu pasal. ish, hati memang macam ni kah? PEMBOLAK-BALIK FIKIRAN. sebab itu lah kalau setiap kali solat saya selalu doa biar Allah tetapkan sikit banyak hati neh. jangan bagi dia terganjak seiinci ikut suka sendiri -______-"

kembali ke topik utama entry. saya ada sikit takut nak tinggalkan semuanya untuk ke mesir. semuanya, segalanya. itu yang kadang-kadang macam moody tiba-tiba tak bagi salam. tak nak bercakap, tak nak makan (ah, tak ada maknanya tak nak makan. menipu nama dia).

bila time hati tu kuat (kalau ahli karate terhebat di dunia karate pun memang tak terpecahlah hati tersebut. imagine betapa kuatnya hati saya), oh, akan sungguh berkobar mahu ke mesir! kalau boleh dah tak sanggup tunggu september, sekarang jugak saya tempah tiket! -nuha yang baik, yang mahu pergi mesir untuk timba ilmu jadi doktor pakar.

cuba kalau hati tengah lembik (yang tak payah tunggu tiup dek angin pun dah tersemula jadi berterbangan di udara), memang rasa akan menangis sesungai dua bila fikir akan ke mesir untuk ENAM TAHUN weh. SIX YEARS, tsk T________T izinkan saya menangis, excuse me. semacam mahu bermalasan jadi pembantu di rumah sampai akhir usia. -nuha yang tak sihat, yang lemah dan fikirkan diri sendiri.

saya memang tak faham dengan hati. sangat tak faham. malas juga nak faham. buat masa sekarang, saya sedang cuba bermeditasi secara perlahan-lahan untuk kembalikan semangat sendiri. see, sangat baik bukan perancangan ni? arghh. tak puas hati. hati? oh, hati saya middle name dia 'tak pernah puas'. entah apa-apa entah.

mungkin lebih baik kalau tak ada hati. buang hati! buang! hidup ni kalau tak ada hati mesti steady saja memanjang. tak payah nak terasa HATI. kecil HATI. ambil HATI. sakit HATI. see, semua penyakit perasaan yang ada dalam dunia neh semua berkaitan dengan hati, hati, hati. oh, jangan lupa berhati-hati di jalan raya, AHAAHA. (gelak pulak dia)

jadi mari kita pakat buang hati. bukankah sangat menarik?

arhh, orang yang tak sihat mental dan fizikal memang macam ni lah ayat beliau. nasib baik cuma normal flu, kata doktor ab. malek -_____-" nasib baik? abdomen aku sudah separuh cramp bila batuk, engkau tahu. betapa sengsaranya bila demam. tapi masih ada hati nak drive tu!

pasal hal nak pergi mesir ni, nanti lah saya pujuk hati ni biar dia stick sikit. jangan lincah sangat. nanti tak ada hati lain berkenan sama beliau lah bukan? HAR HAR HAR. apa-apa jadi di kemudian hari sila tangkap hati saya. DIA YANG BERSALAH YA.

ohoh, umi sudah suruh saya tidur. saya akan naik bilik tapi takkan tidur lagi lah kot. bilik macam tongkang pecah Ya Allah anak dara siapa neh. dahlah esok umi nak tengok bilik lepas tu kalau kemas boleh dapat top up RM30 secara free of charge. wah, sangat heaven bukan? siapa nak bagi top up percuma sekarang neh cuba cakap sikit.

okay, habis. semua boleh bersurai sekarang. cik muda punya gerimis nak kemas bilik beliau T____T

p.s; abaikan 'Baca Entry Sepenuhnya' tersebut :)

whatsoever: tolong doakan sekali supaya hati ni selari dengan kehendak akal boleh kah? sangat terseksa woh macam neh.

4 comments:

Nurul Lestrange said...

second para.; akak tak gelak :]

kadang-kadang akak pon kesian sama akak ponya hatijiwaraga [bajet cakap tamil la konon :D]

selalu sgt sakit hati. sedih sedih. [oh nak nangis]

kadang-kadang bile sedih and sakit hati, tibe tibe terase betul-betul sakit tu macam hati dah kena belasah ke ape.

tak larat nak bangun balik. nak move on.

tapi akak tau; sakit ati, sedih-sedih tu kejap je. sepuluh minit lepas tu, makan nasi lauk ayam campur ikan keli campur telur mata tambah sambal nyum nyum, elok la balik :D

kesian kan. hati yg sakit, perut dapat makan. HAHAH. binawe punye perut :D

nhmnrh said...

hahahaha.

tau tk pe. kesian sangat dekat hati ouh :(

yayy~ for perut :P

Izzy bee said...

agk ah, scary an nk tnggalkn bnda2 kt sini :(
but wht to do
n hahahahahah kemas bilik? sgt laaaaa xbole blah fr the topup :P

nhmnrh said...

sangat scary :((
yup, untuk our future kan izzati kan.
haha, terpaksa ouh.
mana nak cekau rm30 for top up? T________T tsk.