Sunday, June 14, 2009

berumah di kolej.

line wireless internet neh humidity (kelembapan) tak terkata dahlah asyik rendah je signal dia >:( emosi pun tunggang-langgang sekarang jadi please bare with me, okay?

miraclenya minggu kelima neh, sorry to dissapoint your predictions lah kan weh. saya tak menyempat nak homesick. maksud dia, saya tak ada homesick. sikit pun tarak, la’ah *chu chu chu* (pergi imitate ustaz ridhuan, kahkahkah).

hebatlah bukan, miahaha. nak riak positif sikit, tumpang lalu.

macam yang saya bagitahu last week, saya balik UKM isnin pagi dan sampai dewan kuliah exactly pukul 9 pagi. dewan kuliah memang penuh habis lah tak terkata tapi nasib baik syifa dah jagakan tempat since dia balik UKM ahad malam.

oh, minggu kelima neh juga ada sikit heaven sebab saya dan syifa pergi bawa laptop ke UKM. paling masyuk bila saya bawak lima CD untuk ditonton di laptop.
twilight, main prem ki diwani hoon, you are my destiny, boys over flowers dan yuhee the witch.

yang bestnya, chitah setiap malam akan lepak bilik kitorang (saya dan syifa) sampai pukul 1 pagi untuk tengok boys over flowers, haha. memang gempita gila ah bilik 401 neh bila syifa dengan chitah ketawa T__________T

minggu kelima tak ada banyak sangat benda yang jadi kecuali banyak kerja tak berfaedah dilakukan oleh yourstruly yang kalau tulis kat sini akan macam bukak pekung di dada sendiri so macam takkan tulis perlakuan(s) tersebut lah bukan, HAHA.

sedikit tragis bila hari rabu as in 10hb badan dan kepala bekerjasama meragam menjahanamkan emosi. migraine datang tak bagi salam, cis cis. dah rasa macam otak tu kena tikam dengan pisau rambo secara kejam. tsk.

saya terus decide tak pergi tutorial petang untuk tidur dengan nyenyak di dalam bilik tak bangun-bangun. alhamdulillah, lepas tidur tu saya rasa segar dan malam tu saya gagahkan(?) jugak diri pergi tutorial malam.

Iron Lady kena kuat lah weh, har har har! err, semua ayat macam dah rentung sebab dah terlebih goreng –____-“

oh!! tutorial saya as in tutorial lima (dengan trademark; kami alim, HAHAHAHAHAHA. eh eh, siapa gelak siap dia!) berpuasa sunat together-gether pada hari khamis. ini kira macam aktiviti tutorial macam tu lah. dan buka puasa pun sama-sama.

sumpah lapar I tell you. bayangkan, puasa dalam musim El Nino tambah mendaki bukit lagi PERGHH, tekak memang jerit haus je lah memanjang. nasib baik tutorial petang tak ada sebab kena uruskan nak bukak akuan bank dengan HSBC Amanah untuk kat egypt nanti.

dan lepas buka puasa kat kafe, saya dan syifa terus turun ke foyer KIY sebab ada bacaan surah yaasin dan tahlil arwah. serius cakap saya tergoda habis tengok BANANA dan BROWNIES (bukan nama sebenar) pakai baju melayu.

dahlah banana pergi pakai warna maroon. cuba kalau dia pakai warna hitam OhMyGod. entah-entah tak sedar saya dah serahkan hati jantung segala pada dia what the heals. move on weh, move on.

hari jumaat kitorang belajar biokimia yang pening gila macam belajar chemistry spm dulu tapi lagi complicated. halalkan je lah tapi, miahaha.

percaya tak kalau saya cakap minggu ni saya tak balik rumah? dan percaya tak yang saya sekarang tengah online dari surau kolej? you tak percaya I, gerimis? okay, tak pe. nah, bukti.
apa macam, macha? you sudah percaya? tu lah, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar (err, peribahasa neh sumpah salah penggunaan beliau dalam situasi neh, tumpang lalu).

kenapa kental punya semangat nak duduk diam-diam kat UKM minggu neh? sebab saya dengan syifa nak pergi meronggeng ke mid valley, kahkahkah.

sepatutnya acara ke mid valley neh tutorial saya pergi ramai-ramai as in sama-sama tapi entah macam mana plan jadi bersepai. EVEN SAYA TAK BERTEMBUNG DENGAN DIORANG PUN. yang banyak kali jumpa tutorial enam; nazrin dengan syukri semua tu. oh, dengan tajutheen.
masa neh pukul 8.30 pagi kat bus stop nak tunggu bas rapidKL yang datang pukul 9.05 pagi T_____T well, kami remaja hargai masa lah bukan, KAHKAHKAHKAHKAHKAH. erk.

yang kanan tu tiket bas rapidKL, RM1.00 saja weh boleh naik berapa banyak kali dikau suka, HAHA. tapi in my case sekali je lah sebab naik bas cuma untuk ke UKM punya stesen KTM. yang kiri pulak tiket wayang GSC.

hampir nak terlajak ke mana entah kalau qayyum tak tanya kitorang nak pergi mana, haih. thanks, qayyum :) dahlah punya gentleman tunggu kitorang seberang jalan semua. siap ajak lari kejar KTM tu –____-“

sumpah sesak KTM tersebut. kalau badan fleksibel dan elastik dah lama berubah bentuk jadi lempeng, ikan sardin dan ayam penyek. har har har.

sampai mid valley dalam pukul 10 pagi macam tu dan terus pergi tingkat 3, cari GSC untuk beli tiket wayang. gila drop ah mulut tengok orang ramai beratur sampai mcDonald walaupun kaunter tiket belum bukak lagi :o

saya dan syifa decided nak tengok dua movies, 17 Again dan Hannah Montana The Movie.

17 Again: 11.10 pagi
Hannah Montana The Movie: 4.15 petang


so sementara tunggu pukul 11 tu kitorang pergi breakfast kat mcD depan GSC sebab paginya tak sempat sarapan. merana je I tengok kafe KIY dengan KUO tutup, haih. nak menapak pergi pusanika mintak ampun je lah kan.

habis movie dalam pukul 1 petang macam tu dan terus kitorang jalan-jalan dari satu kedai .. ke satu kedai .. ke satu kedai neh.. dia macam gift shop macam tu lah. apa saya buat? beli? no no no. tak cukup budjet, hoho.
ye, saya berfoto-sakan-mania bersama teddy bear(S) tersebut. okay, serius pertama kali nampak gambar neh macam EH EH, MANA AKU? YA ALLAH, TENGGELAM HABIS!

macam dah bersatu dengan diorang pun ada, HAHAHAHAHAHAHAHAHA T_______T sedih, I.

by the way, korang ada ke gambar sebegini cool dengan cousin korang? hah, hah? ada ke? CEH CEH, riak tak sudah-sudah.
sangat tak boleh belah kejadian selepas foto neh. mungkin sebab ternampak flash dari kamera saya, si amoi penjaga kedai telah datang dan kata “no picture taken please” dengan muka cemberut dia.

membalas muka cemberut tersebut, saya kerutkan dahi dan dengan selambanya kata OH YE KEEE, SORRY. sambil terus belek-belek teddy bear kat situ dan sentuh barang-barang lain, HAHA.

habis terus hilang mood nak masuk kedai lain, saya dan syifa terus pergi cari surau. mak aii, mid valley punya besar surau yang senang nak cari ada satu je ke?? dahlah kecik tahap gaban surau tersebut.

lepas solat zohor kitorang menapak untuk window shopping lagi sebelum saya terjerit-jerit nampak MPH besar gila, har har. teruja I dibuatnya, you.
credit to syifa for being the photographer, hee. hidup penuh buku macam neh serius heaven awwi awwi. rambang nata tengok semua buku macam seductive gila. meghemang bulu ghoma den.

barulah kitorang pergi cari kedai makan. sumpah nak menangis kat tengah-tengah midvalley tu sebab semua restoran penuh padahal dah pukul 3 petang dah. akhirnya decide untuk lunch kat pizza hut eventhough crowded sungguh T______T tsk.
syifa dengan pizza beliau, hee.

after makan, kitorang jalan cepat nak dekat lari pergi GSC balik untuk tengok Hannah Montana The Movie. 5 stars untuk movie neh, serius lawak + kelakar gila. syifa pergi gelak sampai tercabut pin tudung dia, HAHAHAHAHAHA.

kitorang singgah Pets Wonderland lepas tengok movie tu. comel gila kucing, hamster, ikan dengan burung semua kat situ Ya Allah. rasa nak bawa balik je. nak je tangkap gambar tapi dah dia bagi warning tak boleh siap tampal kat cage lagi nak buat macam mana, haih.

dan cari surau lagi untuk solat asar sambil tunggu maghrib. something yang unexpected jadi dan kitorang terus turun tingkat LG untuk take-away dinner. kali neh, KFC jadi pilihan sebab tu yang paling senang nak carry masuk KTM.

dah sampai stesen tu tunggu punya lama akhirnya dia announcekan yang KTM ke Seremban lambat setengah jam, gila tak gila. tak cukup dengan tu, masa KTM dah sampai, boleh pulak penuh gila sampai satu stesen mengeluh.

tapi still diorang nak berhimpit jugak masuk dalam train eventhough ada yang hampir tersepit bila pintu nak tutup. saya awal-awal dah tarik syifa supaya lepaskan train tu dan tunggu satu lagi.

tak, dia tak dengar cakap saya, nak jugak cari pintu untuk masuk -____-" ke hulur ke hilir dia cari pintu HAHAHAHAHA. aduhai, cousinku yang seorang neh.

akhirnya, bila the next train sampai, tak penuh langsung pun. even at the end, kitorang berdua dapat tempat duduk. sabar separuh daripada iman, tumpang lalu.
again, credit to syifa for this picture of me in the train, hee.

sampai stesen KTM UKM dalam pukul 9.30 malam. mengagau kitorang berdua cari teksi tapi tak ada T______T wuwuwu~ nak naik bas kiffah pulak tak tahu hala tuju dia. lepas jalan sana jalan sini, akhirnya dapat jugak teksi.

as expected, dalam 9.45 malam baru sampai kolej. tenaga macam dah diserap-serap weh. sumpah penat I tell you. 12 jam keluar, mak aih. dahsyat tak dahsyat.tapi dalam penat tu pun pukul 12 tengah malam jugak tidur malam tadi, HAHA.

all in all, kitorang spend almost rm70++ semalam tapi memang what an experience lah. dahlah hampir semua doa termakbul jee. pasal harap bertembung dengan MANGGIS, nak dapat seat dalam train dan dapat pakcik teksi yang baik dan peramah. weehee.

p.s: happy monthlyversary, darling.

whatsoever: a tribute to sakiinah :’) take care dear and congratulations on your JPA scholarship. baru sebulan kenal dengan awak dah nak berpisah dah T_________T

8 comments:

Hidayah said...

woa you guys havin' fun did you?
:D
teringat tahun lepas kite sergah syifa' waktu dia tidur kat asrama simpang 5 dengan mata terkulat² dia tu haha.

tula siapa suruh tidur petang² mgahahAHAH

Nurulhana2000 said...

Wei Nua, humidity is not the correct word to explain 'kelembapan' as in 'slow'. Humidity refers to kelembapan udara

Naddie Anuar said...

ohhh cik nuha,
saye pg mid valley juga hari sabtu itu, tp x terserempak la plak ye (padahal bapak ramai manusia kt mid valley tu, kalau terserempak pon tak perasan).

ohhh...kalau tau korg kt ctu, bley la tumpangkan balik UKM ye. naik keta besh sket. hehe~ tp xpe, xperience kan naik komuter humidity (kelembapan, as you put it) tuh.

hehe~ brape lama lagi di UKM neh??

FdausAmad said...

Gua nak jemput lu dtg kenduri kat blog gua.
Follow terus pun xpa.Ikut baca doa.

Blog gua tu dah tak seimbang.Ramai budak berat belah punk.

Gua dah 6 hari merantau jemput kenduri ni.

nhmnrh said...

@7681118705114421087.0

HAHA, sangat fun aktiviti tersebut weh.
wakakakak. tak pernah tawu neh. nanti nak serang dia, HAHAHAHAHAHA.

p.s: dia mmg suka tidur :)

nhmnrh said...

@1175784412449004036.0

hee, nua tahu tu mi.
saja je lah mencampur aduk bahasa -_________-"

nhmnrh said...

@6561139687933504093.0

wahah, mengapa kita tidak ketemu yachh?
pelik amat nehh.
hee, best jugak kalau dapat tumpang ek, HOHO.

nhmnrh said...

@6561139687933504093.0

oh btw, tinggal lagi seminggu je kat UKM weehooo~