Friday, May 8, 2009

trilogi sebuah persahabatan.

saya sangat suka sesuatu yang berciri damai dan peaceful. lagi peaceful, lagi saya sayang. tapi jika anda seorang lelaki dan berperibadi peaceful, maaf, saya tak boleh sayang anda. di lain tahun mungkin. (EHH?) ah, bakal psychiatrist memang macam neh. jangan layan sama jiwa gila beliau.

sekali lagi, petang semalam saya pergi gathering bersama teman paling rapat sejak dari tingkatan tiga lagi (ada yang kenal dari sekolah rendah lah tapi) ... ergh. tiba² rasa macam tak boleh continue buat entri ni sebab perasaan macam emosi tiba² tak bagi salam. boleh histeria saya dalam blog nih.

kalau ikut hati… (Eh. ikut hati mati).

err. kalau ikut perasaan, dah lama gerimis ni banjir tenggelam tak timbul² lepas tu esok bukak blog dia tulis; SORRY, BLOG HAS FLOODED. with tears. T_________T tsk tsk. kalau ikut perasaan lah. tapi sebab saya remaja tough, gerimis terselamat dari serangan virus feelings macam nih.

tapi tak apa. mari kita continue. psychiatrist kena kuat lah bukan. mana boleh kalah dengan emosi bersifat sensitif. esok² pesakit bergayut kat mentol lampu ceiling semua tak nak turun, lepas tu pergi tendang saya, takkan nak menangis sesungai (cry me a river) kot. tergelincir maruah dibuatnya nanti. kuat oyeah kuat. mari makan biskut tiger cicah kopi O.

akhirnya saya menjadi planner berjaya. rakan² comel dunia akhirat semua datang untuk gathering ni kecuali zah, syafa dan hazira. ya Allah, mintak ampun sangat zira tak dapat tumpangkan awak sebab kereta myvi kita dah terlebih muatan ke apa tah sampai angkut enam orang termasuk driver.
info tak penting (atau macam tak penting); driver tu saya. saya tu driver. okay. motif?
gila macam sardin diorang kat belakang tu. dah macam pesalah jalan raya pun ada perasaan masa tu tapi tak boleh nak buat apa. takkan nak buat dua trip ataupun biar diorang jalan kaki. serius tak sanggup.
zira dear, sorry sangat padahal kita yang beria² ajak awak, nak tumpangkan awak bagai. ya Allah, sumpah rasa bersalah gila. sorry darling :( actually rabie ada cadangkan nak sumbat awak dalam bonet kereta T________T ampun, ampun. iloveyou, zira. always.
ish. rasa nak hempuk kepala sendiri kat dinding. baik bawak kereta naza je semalam. dan tentu² muat semua orang. ergh. I tau you betul gerimis. past is past but still... perasaan macam loser kehormat buat masa nih. *breathe in, breathe out*

dahlah lama tak jumpa awak, zira…! arghh. I can’t just let that thing go from my mind. damn damn damn. rasa benci diri sendiri secara minimum. tak boleh benci diri sendiri sangat. berdosa I tell you. okay, sempat lagi berdakwah. sejak bila blog ni jadi blog ilmiah entah.
dah kata. saya memang chenta peaceful. kami gathering di sini semalam. sangat tak sangka view tasik shah alam macam ni punya cantik. (CEH, BERTAHUN DAH TAK PERGI PADAHAL TASIK TU NAIK KERETA SEPULUH MINIT JE BOLEH SAMPAI DARI RUMAH). heh.

bunyi macam sangat tak shah alam. but hey, shah alam is the best place to live you know. and i’m proud to be shah-alamians. (err. ejaan apakah neh. apasal pelik sangat ala² mistik pulak). macam biasa. perenggan ni boleh diabaikan sebenarnya. perenggan murahan nama dia. macam kesian pulak anda terpaksa baca perenggan nih. kesian.

sampai tasik shah alam dalam pukul 5.45 petang lepas pusing satu shah alam. buat apa pusing satu shah alam? hah, meh cheq habaq kat angpa.
hantar adik tuition dekat sek9, patah balik sek8 ambil ain dan rabie dekat padang depan rumah uncle, pergi sek10 ambil inda, pergi balik sek9 ambil nabihah dan anis. baru pergi tasik.
perghh. tak ke macam tengah main dekat park. baca macam sangat fun aktiviti tersebut? hell to the yeah. rasa best bila drive kereta yang penuh dengan orang yang tersayang ;) rasa bangga. feel proud. rasa teruja. feel excited. translator ke apa nih, miahaha.

ya, entri kali ni pun macam akan berlaku pelacuran kamera. bukan macam tapi AKAN berlaku punya. blog nua tanpa gambar macam gerimis tanpa baju lah bukan, har har har! jaga hati anda masa pelacuran kamera berlangsung okek. jangan bagi dia drop ke apa.

gathering semalam dia macam ada dua siri. satu di tasik, kitorang jalan² borak² tak sedar dah sampai jalan nak pergi kompleks PKNS. sumpah lawak. KAHKAHKAH. bila cik bie dah bising[?] lapar, kitorang patah balik pergi jalan nak ke mcD sek3.

mulanya ingat nak jalan kaki pergi mcD tapi tengok roundabout punya besar, kereta punya banyak, jalan punya jauh, kitorang pakat pergi naik kereta je. kali ni lagi hebat. kereta myvi berkapasiti 1.3 telah angkut tujuh orang sekaligus. kau imagine sekarang.

siri kedua di mcD tentunya. macam biasa, chopsy kalau berjumpa dia tak boleh diam. kalau diam orang tak gelar kami chopsy. orang gelar kami shy shy cat. tak pun group bisu -_______-" macam tak munasabah punya susunan ayat tapi tak apa, kita move on (sekali lagi).

sesi foto mania di tasik shah alam.

macam biasa. sampai je tasik terus snap gambar. kami remaja gila kamera. err. patut cakap saya dengan inda je jangan pergi babit semua orang, AHAAHA.
cik bie, rabie dan saya ;) ada rasa sedikit over dengan sunglasses tersebut tapi tak apa, boleh guna alasan saya fight untuk mata dari terkena sinaran UV. ceh ceh.
di kapal lanun. jangan cari mana saya. saya tidak ada. kerana saya jurufoto okek. jurufoto. bukan jurugambar. (eh eh).
ini kita panggil halaqah. kejadah halaqah depan tasik -____-" masa neh manie baru sampai, kami terus tarik dia ajak berfoto-an. inda, ain, manie, anis, biha dan rabie without me ;'(
kali ni anis jadi photographer. ni kaki melangkah entah ke mana. tak ada tujuan nama dia. usha sikit yang over mak datin belah kiri gambar neh, har har har! malu I, you. nuha, get out sekarang! T___T
pit stop terakhir di tasik sebab kaki macam bawa kami ke kompleks PKNS padahal nak cari makanan. maka telah berfoto mania sebelum patah balik -____-"

sesi foto mania di mc donald sek3.

nak bukti? nah, ambil neh! siri satu.

err. pernah nampakkah kentang begini punya hebat di dalam dulang? ye, orang psycho je makan macam neh dan orang itu kami :)) lima large + dua regular.
yang ini? ada pernah mentengok di iklan kah sepuluh sos cili dan satu sos tomato disusun cantik? gelak lah kalau nak.
being a penchenta makanan like me, prinsip hidup saya senang aje. makan apa yang anda suka. easy, no? ceh ceh. jadi penasihat makanan pulak dia.


saat berjimba dan berfoto mania. siri dua.

err. gambar poyo macam ni memang perlu disidai sekeping dua. gambar yang konon sangat lonely seorang diri. ceh, gorengan ayat macam tengah desperate ke apa tah. cis, cis.
dari tangan ke jari membentuk hati tak jadi, kahkahkah. ini rakan baik+rapat sejak dari form one, (eventhough kenal dari primary)... cik bie :))
rabie dan saya :)) kenal dan rapat dari form three. lucu orang dia, (eh eh). awak lucukah rabie? dia juga penjana laugh box kami. har har har!
manie and me :)) kenal sejak form two tapi rapat dari form three. dia nih kira group leader kami ah, haha. kan manie kan.
me and anis :)) dah dua tahun tak jumpa dia sejak masuk asrama. orang ajak gathering je lari. nasib baik semalam dia ada, hee.
depa ;D

masa nak balik dari mcD tu sangat pilu, hiba, sedih… ah. perasaan yang tak boleh nak describe dengan perkataan. no such word can ever describe our emotions at that time. sighs.

saya kena hantar diorang yang saya ambil tadi balik rumah kecuali manie sebab parents dia akan ambil dia. masa tu, entah. perasaan sangat... err. apa perkataan untuk perasaan yang lagi sedih dari sedih? siapa dapat jawab, saya belanja anda minum starbucks. (er. bukan ajak dating, jangan salah faham. anda minum di rumah anda, saya minum di rumah saya. asing² okek. har har har!).

semua macam dah lambai² tangan, bersalaman dengan manie, peluk dia... kena pulak masa tu lagu berciri sedih dari samsons keluar kat radio. lagilah terasa. rabie sampai menangis. saya hampir² nak menangis tapi jadi driver mana boleh emosi. bahaya. buatnya ke longkang kereta tak ke naya.

membayangkan kitorang takkan jumpa untuk masa yang lama, hati rasa sakit. rasa bernanah semua ada. agaknya kalau dikumpulkan rasa sakit hati sekarang dengan rasa sakit hati masa berpisah nak masuk asrama dulu, dah boleh jadi motif kukuh untuk arwahkan orang dengan pisau rambo dah. lega sempat mengucap.

nasib baik hati cuma ada satu. kalau dua tiga, dah lama saya keluarkan hati yang berdarah² nih, lepas tu on kan hati sekunder saya. cuba kalau hati boleh diplug-in sesuka hati. perghh.

dan dah rancang tadi, buat masa sekarang, rancangan kitorang ialah untuk jumpa dalam masa dua tahun dari sekarang. tengoklah kalau cuti semester saya boleh balik malaysia ke.
the chopsy minus syafa, (rakan² sila jangan sentap mentengok gambar saya berada di center dan paling besar. korang tetap di hati). i’ll cherish yesterday’s moment forever, dearies. belajar rajin² dan hopefully kita berjaya capai cita² kita semua. bak kata manie, lepas ni kita dah masuk fasa baru. bukan kanak² riang yang boleh berjimba sana sini dah.

*statement istimewa* ada some times bila saya rasa down, kawan² lah penguat semangat saya. friends are my strength. because I’m always recharged just by being surrounded by them :)

sebenarnya cerita saya tak berhenti kat situ je. lepas hantar rabie balik last sekali, saya pecut bawak 80 km/h dekat jalan yang sepatutnya 60 km/h. (polis, sila tangkap nuha sekarang!) gila kau. jam dah pukul 7.40. dah lebih dari curfew yang parents saya bagi. dengan bateri phone yang masa tu jugalah nak kering. see, saya sangat kesian.

I hate you handphone! selalu je bateri nak kong. hahahampagas.

menggigil lah apa lagi bila nak masukkan kereta dalam rumah. betul² macam pesalah nak kena hukuman mandatori gantung sampai mati. tambah lagi tak sempat masuk pintu rumah lagi emak pergi cakap abah saya sudah mengamuk. erk.

T_________T tsk tsk. sedih I, you.

er. tak, abah sangat comel sebab tak mengamuk secara hebat. emak juga dapat terima penjelasan saya yang kena hantar lima orang kawan² yang lain selamat ke rumah. lega. ingatkan perlu menitiskan air mata.

tapi rasanya macam lepas ni tak boleh keluar rumah lagi je. tak apa, lepas ni saya akan ke UKM jadi memang tak kan ke mana buat dua bulan akan datang. rasanya, haha. saya ni bukan boleh percaya sangat. kahkahkah.

whatsoever: mr architect balik cuti. sayang, cepat online! ceh ceh ceh. dia belum sampai pun lagi.

6 comments:

shadah..♥ said...

nuha, kte bca dr atas smpai bwh sambil menangis...
kte akn miss korg...
sori tau sbb anta kteorg smpai kena mrah
minta maaf, ibu dan ayah nuha!

arelynn said...

Sweet + sad entri ...

Dun worry Nunu ... Nanti u akan jmpe lagi ramai kwn2 kat sana ... ;p

Fasya said...

awww
this is soooo sweeet nuha!
hope your friendship last forever and ever and everyday of forever. haha!
i like the last part. haha
nasib baik you x kene marah
:P

nhmnrh said...

@6803357467825190866.0

i know, right?
kita yg buat entri ni lagi mcam nak roboh tebing mata, HAHA.
ahah, tak kesahlah.
kita tak kena marah kaw2 pun hoho.

nhmnrh said...

@6989240027523126878.0

hehe. hopefully kak alin ;D
ni asal lama tak update blog nehh

nhmnrh said...

@2209076092067409079.0

HAHA.
thank you fasya dear ;)
ouhhh kamu suka yeeeeeeee. miahaha.
tau tak pe.
nasib baik i tak kena marah~