Sunday, May 3, 2009

sungguh tak saya sangka.

perhatian; asal usul gambar ni dipilih untuk entri kali ni masih lagi musykil untuk saya, miahaha. jadi JANGAN ditanya kenapa gambar yang tak ada kena mengena tertepek kat atas neh. (sebab kau memang suka mensidai muka kat sini. *gerimis menjawab sopan*) heh.

ulat bulu menjadi naga. (eh eh). neh nama beliau sambung title di dalam entri lah. jangan biar kening dahi tu berkerut². jangan, tak lawa. soalan tak sayang mulut; sejak bila nuha dah jadi facial expression consultant neh? sudah tak berminat menjadi doktor kah?

jawapan saya: senang je neh.. bla bla bla... lepas tu sebab bla bla bla.. (berjela punya jawapan macam orang dah jatuh terduduk tak ada masa depan, haha. lepas tu orang yang mula² soal pun macam menyesal pergi tanya ke apa tah).

fine lah. sebenarnya nak cerita tentang perkara yang saya tak pernah sangka akan berlaku tapi terjadi jugak akhirnya. rasa nak tampar² pipi, mata dan segala deria pun ada. telinga pun saya nak tampar jugak. ke patut kasi piat je? -______-"

♥ siri maskeret SAYA TAK SANGKA 1.

selamat tinggal sir Gerard Rozario Basil :') ceh, intro lagi dah pandai bermain air mata. ni yang buat malas nak menggoreng isi neh. T______T aik. menangis ke gerimis? I acah je lah. I tahu you lapar. sabar I gorengkan sukun okay. you lepak² minum teh strawberi (ewah) dulu.

ini cerita semalam, you know. ouh, you don't know? (ini dialog perbualan estupidos zaman purba zaman puntung berasap bila dan oleh siapa pun saya tak tahu lah). apa kes, kahkahkah.

saya dah postpone kan kelas cambridge saya for the time being. semalam kira macam kelas cambridge terakhir lah before sambung balik akhir bulan jun nanti. semua sebab nak ke kolej ibrahim yaakub di UKM untuk dua bulan tu punya pasal.

tak apa, tak apa. saya pun tak sabar nak pergi sebenarnya. HAHA. *gelak comel*

saat entri ditulis, saya tengah bayangkan wajah manis sir Gerard, perut comel seiras cikgu hakim tersebut, (ampun, cikgu. ampunn, T_____T) dan favourite word beliau; "GOODNESS GRACIOUS ME!!" yang selalu buat bahu saya ikut tergelak sama dengan facial expression (lagi) penuh perasaan. perghh, I MISS YOU, SIR.

tambah lagi saya anak murid kesayangan (mahkotakan sendiri) yang selalu hantar homework essay sorang² orang lain punya sibuk kalah menteri tak dapat nak buat. tak apa, sir. I'm here. (ceh ceh ceh. kenapa statement neh buat den raso loya anaq tokak yoe. dahlah font dia warna merah -______-")

*ehem ehem* saya anak jati selangor ya. bukan kedah, bukan terengganu, bukan negeri sembilan dan bukan kelantan. apatah lagi sabah, ba.

*ehem* (sekali lagi) eh, ha'ah lah gerimis. mana pergi kisah tak sangka saya tu, kahkahkah. kejap, kejap. cari dalam memori dulu. em.. pasal... apa... eh...? err.... ohh!! okay, dapat dah, dapat dah.

macam ni, semalam saya datang awal ke cambridge (drive sendiri of course. ceh) dan saya tunggu lah kat tempat menunggu dengan nabihah sebab kelas mula pukul empat petang sedangkan masa tu baru pukul 3.45.

ada satu kerusi je kosong (sebab satu lagi ada sorang aunty ni duduk) jadi nabihah suruh saya duduk, biar dia berdiri. sila jangan comel sangat pergi tukar saya berbintikan zalim sebab saya sumpah² dah offer nabihah banyak kali suruh dia duduk. kan cik bie? HAHA.

dan masa kitorang nak berborak pasal homework last week (percaya jangan tak percaya), tiba² aunty kat sebelah tu tanya something. aunty tu tanya; "YOU ALL DARJAH BERAPA?" dengan muka penuh teruja.

biar betul aunty neh, kata saya dalam hati.

muka kitorang masa dapat soalan tu jangan cakaplah. facial expression saya (lagi dan lagi) yang terlopong tak berkelip anak mata macam terpause beberapa saat kat muka aunty tu. nabihah? HAHAHA. dia siap nak hantuk kepala kat dinding kaca cambridge lagi, KAHKAHKAH.

akhirnya, lepas banyak kali saya telan air liur dan control muka sopan, saya pun jawab; "ERR. AUNTY, KITORANG DAH HABIS SEKOLAH, LEPASAN SPM." dengan sengihan. sah. aunty tu pulak terkejut pak rimau dengan jawapan saya.

aunty tu balas, "EH. TAPI NAMPAK KECIK JE EH." kahkahkah.

wehh, gerimis! I sedih I yang macam ni punya comel (www.perasansendiri/taktahumalu.com) orang kata I darjah² lagi T_________T dahlah tak lama lagi nak pergi egypt, weh. apa kes. *angkat tangan setiap kiraan tiga, tiru gaya karam sigh walia*

p.s: rindu Aizat yang chinese look tapi anti-social dan sangat blur lepas tu jarang tengok tv kat rumah... (16-17 tahun si Aizat neh) dulu ingatkan nama dia ISAAC sebab cara sir Gerard sebut nama dia macam pelik je dengan British accent bagai -______-"

persoalan yang tak dapat keluarkan dari kepala. sumpah masih tak sangka saya nampak macam budak sekolah rendah. perghh.

♥ siri maskeret SAYA TAK SANGKA 2.

kisah dua macam lebih kepada membragging diri sendiri je. tak apalah, kita more kan information, less kan sifat mazmumah riak takbur semua. lepas ni anak² boleh jumpa ustazah di surau ya -____-".

saya dah berjaya mengait baju musim luruh untuk gerimis pagi tadi. yahoo dot com dot my. tak sangka saya boleh buat layout design TAK PAYAH guna photoshop pun. err. motif ayat?

mana layout yang saya design? tu hah, tu hah. yang saya tengah guna sekarang ni lah. cacat ke layout neh eh? HAHA.

walaupun saya tau masih banyak lagi saya kena belajar untuk improvekan skill (ceh) tapi bersyukur jugak lah boleh tahan rupa beliau sebab punyalah tension sampai 'ammar pun kena penangan kehigh-pitchan[?] suara saya tadi just sebab dia kuatkan volume main pc games. HAHA.

tak apa, tak apa. meriah sikit rumah dengan jeritan bervoltan tinggi. peace.

TAMAT SUDAH, semua boleh bersurai.

whatsoever: entah bila nak pack barang. ahad dah nak pergi T_______T

4 comments:

Naddie Anuar said...

ohhh...
i loike kalau ader org tanye "awak nie darjah brape?" hehehe~ awet muda gitu :)

nhmnrh said...

@8696617138593728188.0

hahaha, kak naddie~
mahu awet muda yach.
kita pun bangga gak sbnarnya (kahkahkah) tp rasa semacam pulak.

arelynn said...

Arghh .. tension gile ... bile org tanyer umur akak berapa .. akak ckp 25.. diorg ckp ' Tipu gile.. muka matured ' .. ehh tapi bukan mcm org tua ok ... terasa I ...

nhmnrh said...

HAHAHA.
kira bagus jugak eh nua nampak ada rupa macam budak sekolah rendah, haha -________-"