Saturday, May 16, 2009

penginap kolej ibrahim yaakub (KIY).

EL-LAHJAH 'AMIYYAH ALERT.
(yang dalam warna cokelat ialah bahasa 'amiyyah okeh)

masa'il kher, gerimis :) CEH CEH. einisah sudah mari.

I don’t actually wahishtoni awwi like crazy (like I suspected) when I was away, gerimis. and I don’t bloody know why T_______T sedih tak, sedih tak I cakap macam neh? mungkin lagi hina kalau saya cakap saya tak kisah kalau tak berblogging lama². erk. telah menghiris layout kah? HAHA. (ehh?)

hari ni macam nak mencakar gerimis secara rawak tak mahu details sangat, (walaupun saya jenis yang suka details tapi kali ni excuse sebab cuti dua hari jee, gila happy Eh sedih) cukuplah dengan slow-mo, santai, relaks tetapi berkarisma dan bersoul. EWAH.

wahid. itnin. tallata. mula.

tempat memampatkan ilmu lahjah ‘amiyyah mesir di dada.

saya dengan sihatnya telah balik cuti masa’il embareh ba’da zuhr. sihat lah sangat, kan. bolehlah dikatakan emosi rohani fikiran semua terlebih sihat. err, jadi tak ada yang tak sihat? cis, semacam mengharap jadi tak sihat pulak bunyi dia neh. (perenggan neh macam banyak gila sihat sihat sihat. tapi tak apa, doa. -_____-")

badan lah, badan. secara fizikalnya saya tak berapa nak sihat T__________T sengal semua sendi weyh I tell you. bayangkan, bilik saya di blok K13A bernombor 401, tingkat yang dah tak ada tangga lagi dah lepas aras empat tu, (tingkat paling atas maksud dia, bukan rooftop ke apa).

penyegar hati, bilik tu sumpah selesa sangat untuk dua orang mahasiswi (ceh, dah kembang tak nak kempis dah) menginapkan diri. dengan meja studynya, almari yang boleh tahan luas, rak kasut, plug elektrik lagi, PERGHHH. tak heaven sangat tapi berganda lebih elok dari asrama sekolah (of course sangat dah!).

tambah lagi dahlah KIY tu atas bukit, you. dari dewan kuliyah ke kolej ungku omar satu bukit. kolej ungku omar ke KIY ada dua bukit. gila ah UKM pergi main bukit² kat sana cramp dah kaki serupa batu tengah hari semalam, (tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka).

siap kena stop duduk dulu kat bangku depan kolej ungku omar dan sapu emmeltz yoko² baru boleh jalan. itu pun terjingkit². sumpah kata sifat ayu tak wujud. cis, cis. DAHLAH TURTLE BUKAN NAMA SEBENAR PERGI LALU DEPAN SAYA BARU KONON BOLEH JALAN, CEH -______-"

syukur sangat yang makanan dia kat sana ada banyak pilihan. maksud saya tempat makan dia banyak. cafe KIY, cafe KUO, cafe pusanika, wafflesia dan banyak lagi lah wa cakap lu. hari² nak tukar tempat makan pun boleh, pun boleh (saya dan cousin buat perangai yang beri impak akan bersuami banyak macam neh HAHA).

tahukah kami berdua sangat famous di situ? miahaha. famous pasal makanan, weyh. gila tak cool subject tersebut.
orang jumpa kitorang je, "hah, sepupu dua orang neh mesti tengah cakap pasal makanan!" atau "korang lagi. borak pasal makanan lah tu!".
kalau sorang dua je tak apa tapi ni dah berbanyak orang. cis, sumpah tak cool. nuha + syifa = tukang survey harga makanan. HAHAHA.

sampai dah ada yang tanya, "makanan kat sini murah ke tak eh?" kat kitorang. PERGHHH, hebat tak hebat? T__________T tsk tsk. bangga lah jugak actually, har har har!

KRONOLOGI MENGIKUT HARI.

first day;

sangat okay. memanglah okay kalau tak ada aktiviti kecuali briefing, sesi ta’aruf dengan urusetia dan mula berkenalan dengan orang lain. memang tak ada menarik hari ahad 10 mei tuh. macam moyyah ma’daniyyah jee. sumpah plain. tak ada menarik, tak ada bomb semua tak ada. cuma tidur pukul 1.30 pagi sebab tak boleh tidur. move on!

second day;

gila skema saya dengan cousin (syifa nama beliau) pergi bangun pukul 5 pagi, kau bayangkan. padahal kena berkumpul depan foyer KIY pukul 8.30 pagi. sumpah skema, tak cakap pun dah tau dengan sendirinya (padahal ada orang pergi cakap dekat kitorang T__T sedih je I).

on the way pergi dewan kuliyah, abang asrul bawa kitorang (merujuk kepada 230 orang siswa/siswi) lalu pusanika which is pusat beranika. kahkahkah. dia macam bangunan yang ada semua keperluan student UKM lah kira. dari cafe, kedai buku, bank, sampailah ke kedai top up, (muhimmu awwi).
ini modul lahjah 'amiyyah saya. did you know? bahasa arab fusahah dengan lahjah 'amiyyah mesir adalah sangat mukhtalif, hee.

dan kali ni sesi ta’aruf dengan tenaga pengajar (ceh, dah macam akademi ‘amiyyah au fusahah ke apa tah HAHA) ada enam orang semuanya. ustaz ahmad dan ustaz khalid memang pure arabian dan egyptian. sumpah best komunikasi multi-hala macam neh.

then ada empat orang lecturer dari malaysia tapi lulusan mesir. ustaz ridhuan comel+funny+best (enna wahishtoni awzzah syuf ustaz ridhuan, hak hak hak! syifa baca neh sumpah boleh jadi lempeng badan I, you. dia minat gila ustaz ridhuan). ustazah suhaila, ustazah fatma dan ustazah fadhilah. semuanya bolehlah dikatakan best except yang ustazah fadhilah T____________T ampun, ustazah.

mungkin sebab banyak sangat benda berlaku dalam satu hari, emosi tiba² jadi sangat fragile dan rapuh tak bagi salam. entah kenapa tiba² saya menangis bila balik daripada kelas tutorial petang tu. sumpah sangat sedih. sumpah rasa nak balik. sumpah consider nak terima asasi law. semua menyumpah je lah kerja.

even masa basuh baju pun meleleh je air mata. damn. rasa macam sangat lemah tapi lepas call mr architect dan dia bagi semangat, saya dah tenang sikit. cuma bila call emak lepas tu saya jadi trauma balik. serius entah apa² punya perasaan. sebijik macam bumper car. main langgar ikut suka dia.

third day;

mata saya telah liar sewaktu tutorial petang dan malam menscan wajah lelaki attractive untuk diusha (CEH CEH. mr architect nak letak mana? aiyok, tak tahu.) dan akhirnya jumpa. orangnya rendah, tak kacak tapi ada tarikan sendiri. rambut beliau lah agaknya -______-" dia lah si TURTLE BUKAN NAMA SEBENAR.

fourth day;

saya dapat nama timangan baru daripada ustaz khalid masa tutorial petang. sebelum apa², meh saya bagitau yang bak kata ustaz khalid, orang mesir ni suka bagi nama timangan kat einisah. salmah, salwa, sarah semua diorang tukar jadi Susu (not the milk!). Farah jadi Riri. Syafiqah jadi Kiki. Laila jadi Lulu. ada titi, nana, fifi dan banyak lagi lah.

Nuha Muneerah? ustaz khalid pergi tukar jadi Mimi. Muneerah = Mimi. sebab dia tak dapat nak tukar nuha kepada apa² nama T________T sumpah sedih, ingatkan dia nak tukar Nunu ke apa. oh, untuk pengetahuan, NUNU (macam zati, arvie dan kak alin selalu panggil saya tu) maksud dia BABY in 'amiyyah. semacam best lah bukan sudah sebesar ini dipanggil baby. wahah.
ini buku nota saya. baru seminggu kat UKM neh, dah hampir setengah buku perkataan 'amiyyah yang saya salin dan tahu. perghhh. nickname bertambah lagi. kalau ustaz tanya, "ismik eih?". saya jawab, "ismi Mimi". hak hak hak! bak kata abang zam, MONORONOK. seronok lah maksud dia. MONO = SE = SATU. entum fahimna?

fifth day;

khamis tak ada menarik. cuma tutorial malam tu budak perempuan pergi rugged sangat balik awal pukul 9.30 padahal kelas sampai 10.30 malam. group TUTORIAL LIMA gila boring. muka tak ada yang menarik selain TURTLE BUKAN NAMA SEBENAR. apa aktiviti satu habuk pun tak ada. hahahampagas.

sangat jealous dengan group syifa (TUTORIAL ENAM) yang banyak muka handsome yang boleh jadi tatapan. lagi² ada make way for Nodie si Abang Long (ketua penghulu macam tu lah) yang handsome tahap karma melimpah ruah. dengan ketua group dia yang juga handsome dan sangat kreatif pergi buat banyak aktiviti macam acting dalam bahasa arab etc etc. JEALOUS KAU TAU.

kata kunci hari neh; jealousy.

sixth day;

kelas waktu pagi je yang ada sampai pukul 12 tengah hari padahal patut 12.30. budak lelaki yang semua stok² baik rajin belajar neh sibuk merungut nanti tak sempat nak solat jumaat sebab kolej diorang boleh tahan jauh ouh. sangat salute.

dahlah ada masa tu saya dengan syifa pergi tunggu waffle siap, budak lelaki yang beratur kat belakang kitorang boleh berborak pasal bahasa arab yang belajar tadi. phiwwitt. saya paling suka hari jumaat. sebab apa? sebab saya boleh balik rumah, HAHAHA. yippie.

keseluruhan dia, kursus ni sangat interesting. saya macam jadi hantu gelak je. memang banyak gila bahan lawak ustaz ustazah neh buat. dengan ustaz khalid tu lagi lah tak menahan weyh I tell you. terbahak-bahak, kau. sumpah best best best. yang tak boleh belah tu jalan dia BERBUKIT T___T tsk. habis sakit tegang semua urat kaki I.
tahu apa yang saya buat lepas balik daripada UKM semalam? terus mengajak emak ke shah alam mall dan telah merembat ini ni ni. KAHKAHKAH. anak dara siapa neh? apasal dia semangat gila. emak patut berbangga lah bukan, HAHA.

tujuan beli DVD ayat² cinta ni bukan apa, kan setting dia kat mesir. dialog pun ada banyak dalam 'amiyyah. saja lah nak test kebolehan diri mentafsir dialog tanpa sari kata. EWAH EWAH. teringat cerita syifa hari tu.

last year, naim (abang syifa) pergi mesir jugak dan tengok cerita neh. setiap kali keluar dialog arab 'amiyyah je naim pergi cakap dekat syifa; "kau faham ke apa diorang cakap? kau faham ke? aku faham. kau faham??" dengan penuh bergaya. HAHA. gila tak boleh belah adik beradik neh.

nota kecil untuk sesiapa yang nak tahu;

*lahjah ‘amiyyah = dialek ‘amiyyah.
*masa'il kher = selamat petang.
*einisah = perempuan yang belum berkahwin.
*wahishtoni awwi = rindu sangat.
*masa’il embareh ba’da zuhr = petang semalam lepas zohor.
*moyyah ma’daniyyah = air mineral.
*muhimmu awwi = penting sangat.
*mukhtalif = berbeza.
*enna wahishtoni awzzah syuf ustaz ridhuan = saya rindu nak tengok ustaz ridhuan.
*ismik eih? = apa nama kamu? (untuk perempuan).
*entum fahimna? = kamu semua faham?.

oh, sebelum terlupa, SELAMAT HARI GURU untuk semua cikgu² yang pernah mengajar saya. dari tadika abim, tadika bunga raya, tadika masjid negeri, SKRM, SRAS3, SMKS9, SAMURA dan cikgu tuisyen sekaliannya. jasa cikgu² memang tak ternilai harganya. (kena tulis cikgu² tak boleh pergi sebut nama sebab nanti ada yang tertinggal kang habis seribu tahun cikgu kecil hati, CEH).

tak lupa HAPPY TEACHER'S DAY untuk emak terchenta; guru bahasa inggeris merangkap guru tingkatan saya waktu tingkatan tiga, HAR HAR HAR. terketar-ketar I time tu, you. ini sebuah lagu lama untuk cikgu² yang sentiasa di hati;
TERIMA KASIH CIKGU.

seawal musim menimba ilmu
hanya kau cikgu yang ku kenali
kejujuran dan keikhlasanmu
syahdu jiwaku

detik berlalu jua ketika
dianmu tetap terus menyala
jasa baktimu ku sanjung tinggi
terima kasih cikgu...

tiap detik jasamu dikenang
ku abadi saban waktu
walaupun jauh dirantau orang
terimalah sanjunganku

seumpama lilin yang
membakar diri
kau kukagumi
dengan setulus hati rela kukatakan
terima kasih cikgu…

saya sayang semua cikgu saya :') rindukan mereka juga.

whatsoever: mahu pergi menonton itu ayat-ayat cinta ♥

6 comments:

arelynn said...

Kaifa haluki Nuha Muneerah ...
Ana Uhibbuka Alwatul Arabiah Anti yursamu haza "Entri"
Aja2 fighting !!

Hidayah said...

what, syifa dapat UKM too!?
ahh miss her so much. kirim salam kat dia please.
trimas!! eh. syukran jazilan.

xD

nhmnrh said...

@1080636579156664368.0

alhamdulillah, ana bikhair ;D
syukran gazilan ya ukhti alin :))

nhmnrh said...

@7494712348506372457.0

aywah ;)
kitorang kursus je kat UKM neh, hee.
insyaAllah, kita sampaikan nanti.
syukran gazilan? ewah ewah.
afwan ya hidayah :DD

Naddie Anuar said...

hehehe~
bess nampak blaja arabic. :)

nhmnrh said...

@1303964035428804974.0

haha. memang sangat best, hee :DD