Tuesday, May 5, 2009

nak mengeluh kejap.

haih. penat jugak hidup ni eh. (eh eh, ni cerita lain -___-")

itu sumpah bukan statement saya. eleh, nak mentipu² (main+tipu=mentipu) tu biarlah pakar sikit, hahaha. jangan manis sangat pergi salah sangka saya dah tak nak hidup lagi ke apa. jangan, berdosa. ceh, nak jugak terangkan tapi tak apa, kita move on. (gaya macam baru clash ke apa tah nak move on).

ayat last dalam kurungan kat perenggan atas tu serius tak ada kaitan dengan cik muda blog neh, (eh eh. terasa terperasan sendiri pulak dia T______T) kahkahkah. love is still in the air, okayh. cis.

*ehem* kejap. nak ajar aiman bahasa melayu dan matematik. minggu depan dia periksa pertengahan tahun lagipun saya kan dah hai hai bai bai masa tu. wuwuwu, (efect sedih yang bersifat sementara. hah?) err. tak mungkin sedih selamanya lah bukan.
.
.
.
haih. (lagi sekali? dejavu ke apa neh). akhirnya saya boleh tumpukan semua deria termasuk hati untuk menggoreng ayat entri. apa sebelum ni tak terfokus kah? ha'ah. sangat tak fokus. sebab hati dah tertumpah dekat semua coding HTML dan MAKE OVER BLOG, MAKE OVER BLOG. sasau hidup kau dibuatnya.

depa haunted saya macam boogeyman dari bawah katil, miahaha. erk. tiba² ayat berunsur mistik pulak.

sekarang pukul 9.26. (HAHA, apa kes weh berita melaporkan sekarang jam berapa). alamak, kena ambil ammar balik tuisyen. sabar kejap eh gerimis. kita bercerekarama later² lepas I balik driving.
.
.
.
perghh, penat memotong sepuluh kereta di lorong kiri. kahkahkah. bajet dah pro lah bukan boleh memotong sesuka hati, ececeh. pergi tidur kau sekarang, nuha! T______T tak mahu. nak mencakar² kat sini, rindu! (rindu apa?) rindu nak membebel lah pervert. gerimis yang pervert, gerimis! *sambil mentonyoh badan gerimis yang putih*

sepatutnya makin kurang hari di rumah makin banyakkan cakaran kat blog neh. PATUTNYA PERGI PUBLISH LAPAN ENTRI SATU HARI (ceh). supaya dapat lepaskan gian menulis. tapi cik muda-tak-nak-mengaku-tua-baru-18-tahun-dah-tua-merepek-kau neh buat apa?

err. saya pergi memake over gerimis, hee. serius penat main dengan kod HTML, tweak sana, tweak sini. rasa macam dah terbunuh beberapa sel neuron jee (bak kata arvie, kahkahkah). tapi macam yang korang boleh nampak dalam blog neh, hasilnya Alhamdulillah, saya puas hati. tak tau lah saya nak godek apa pulak lepas neh, HAHA.

sumpah nervous nak pergi UKM ahad neh, berdebar seriau semua ada. tapi tak apa, kita think positive. dengan adanya cousin saya, syifa', saya takkan jadi kera sumbang terhormat di sana lah bukan. and I have you too, Hani :)

ya, ya. hasrat murni mempublish LAPAN ENTRI satu hari takkan pernah tercapai. kalau nak entri selekeh bolehlah. ehem ehem. satu, dua, tiga!
hai. okay, neh entri nombor SATU.

hehe. ni pulak nombor DUA.

suwa suwe kemoning. ini yang KETIGA. wah, dah tiga dah?? WOWW.
awak sini. sini lah kejap. ambil pisau kat tangan saya neh, pergi tikam saya sekarang. JANGAN dari belakang, sopan sikit. tikam dari depan, okek. *hiarghh. ahhh. belum mati lagi* -_______-"

okay okay. janji. esok saya akan letakkan hati dan jiwa dalam buat entri. at least memang tak nak kempunan dua bulan kat UKM tak dapat nak update T________T sedih I, you.

(boleh klik bagi lagi jelas kalau NAK lah, TAK NAK tak apa, ceh ceh)

ouh, baru check laman web UiTM dan surat tawaran dah keluar, yahoo dot com dot my (eh eh, apasal macam happy sedangkan akan tolak pun tawaran tersebut? -____-") boleh pergi check kat sini untuk sesiapa yang dapat UiTM okek.

whatsoever: dah jarang publish entri berlabel cupid strikes a heart, HAHA.

2 comments:

muniranis said...

tak baik mngeluh nuha!
ey,bla reg kat ukm?

nhmnrh said...

@8655320245824927684.0

haha.
thanks, munira :))
register ahad neh, hee.