Sunday, May 24, 2009

makin berseri-seri I tell you.

dear gerimis, saya nak online sekejap.

macam mana hidup di ukm untuk minggu kedua? jawapan dia ada kat title kalau nak tahu lah. tak nak tahu tak apa :) tak terjejas pun ekonomi negara, har har har.

alhamdulillah, bersyukur sangat yang minggu ni tak ada homesick. sikit pun tak. macam tak nak balik rumah lagi ada. (ceh, menipu nama dia neh. balik rumah sangat heaven weh!).

pengakuan tulus lagi ikhlas, saya macam dah terfancy untuk tidur siang. fine, bukan siang je. senang kata semua waktu terluanglah. menyempat je mata ni nak tertutup. lagilah lepas mandi petang sebelum maghrib tu. sumpah tak elok tapi nafsu tidur macam tertimbul² tak boleh nak ignore.

ada satu malam tu, lepas salin perkataan arab dari tutorial syifa, saya tertidur. langsung terlupa nak set jam sebab tak rancang nak tidur pun sebenarnya. tak rancang sangat, hah, hambik kau. terus terlajak sampai 7.45 malam. yang lucunya saya dan syifa bangun serentak dan terus berdiri. automatik. sumpah kepala sangat sakit.

apa lagi, saya berlarilah pergi bilik air ambil wudhu’ sebab kira dah lambat padahal ada je orang baru nak mandi -_____-" kepala jadi sangat mamai ouh. on the way pergi tandas tu saya fikir nak ambil wudhu’ untuk solat subuh. agaknya sebab tu lah orang tua-tua pesan jangan tidur lepas asar atau nak dekat maghrib. macam² boleh jadi.

sudahnya? kitorang masih lagi awal rupanya. CIS -_____-"

saya dapat adaptkan diri saya dengan surrounding kat ukm sekarang ni. mungkin berkat pengalaman kat samura dulu. (agaknya lahh, haha). tapi yang penting tu mind set kita. kalau dari awal lagi kita kata benda tu susah, tak boleh terima, jadi macam apa yang kita fikirkan tu lah.

pernah dengar lagu ni...? fikirkan boleh by amuk. ditujukan untuk diri saya dan sesiapa yang terluntur² semangat beliau. layankan sajalah okayh.

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

serius sangat semangat pergi kuliah ouh. pukul 7.30 saya dan syifa biasanya dah menapak turun bukit pergi fakulti sains teknologi (FST). sangat awal wa cakap lu. buktinya? ada yang baru nak mandi masa kitorang dah siap nak kunci pintu bilik dan lebih dahsyat, ada yang masih berselimut. perghh.

benda ni kira common. yang pergi awal tu awal sangat. yang lewat tu lewat gila. macam Abang Long, erk. beliau boleh dimaafkanlah tapi. sebab rupa terlebih ada, hahaha. semacam tidak betul tapi tak apa. kita move on our life (eh eh) move on entri lah.

saya pun tak tahu apa masalah kitorang neh. kelas pukul 9 pagi tapi pukul 7.45 dah terpacak depan dewan kuliah -______-" sumpah tak pernah buat kerja mulia murni macam neh. kalau 8.30 pagi baru nak bertolak dari kolej, heh, you can say bye² je lah kalau nak tempat duduk kat depan. sumpah dah penuh I tell you.

oh. kalau entri minggu lepas saya ada sebut nama TURTLE bukan nama sebenar, sila erase nickname tersebut dari kotak memori you, gerimis. kalau nak permanently delete pun boleh, pun boleh. lagi afdal. ceh.

apa sebab dia? err. telah menemui someone yang baru T_______T mata keranjangkah saya? HAR HAR HAR! let me make this clear to you, gerimis. I bukan nak curang okayh. tahu tak hidup kat ukm ni hari² buat benda yang sama boleh jadi sangat boring? saya ni manusia yang masih remaja dan bukan bersifat robotik antarabangsa.

hidup ni kita perlukan thrill untuk menjana adrenaline tentunya. life kat ukm ni akan jadi sangat colourful kalau ada orang yang boleh mempercepatkan kadar denyutan nadi dan jantung. ada faham? tujuan mengusha pun supaya saya ada rasa tak sabar² nak balik kolej, nak pergi dewan kuliah, nak pergi tutorial petang dan malam, semata² untuk tengok muka dia.

bukankah sangat thrill lagi berisiko serta menseronokkan aktiviti tersebut? kalau tiba² rasa mengantuk masa kuliah (sumpah banyak kali sampai saya dah tersengguk² satu masa tu) saya boleh liarkan mata intai beliau sekejap dan tersengih seorang diri. terus hilang mengantuk. ajaib. miracle. black magic.

lelaki baru neh saya bagi nama RABBIT. orang dia biasa² jugak, macam TURTLE (tadi kata nak erase nama beliau T________T). tak mahu pilih yang handsome kacak begak ganteng gamil dan sewaktu dengannya macam abang Long aka Nodie. nanti makan hati, kahkahkah. saya ambil yang low profile saja tapi tetap terserlah gaya smart dan kemachoan beliau. serius tak ada tipu punya.

dia sama tutorial dengan saya. malas nak cari yang dalam dewan kuliah sebab nanti sekali lagi akan makan hati asyik fikir bila nak bertembung dengan beliau. saya tertarik dengan RABBIT bukan nama sebenar sebab dia sangat helpful dan caring.

ada satu malam tu, tutorial leader saya cadangkan kitorang main botol. semua orang buat bulatan lepas tu sorang demi sorang kena sebut nombor. orang pertama SATU, orang seterusnya sebut DUA, TIGA, EMPAT, LIMA, ENAM, BOTOL. kitorang main sifir tujuh dan gandaan tujuh. sangat mencabar sebab dah lama tak kerah otak.

dalam lima belas minit main, saya antara top ten yang masih bertahan. tapi saya tergagap bila sampai turn saya sebut nombor sebab tak dengar sangat orang sebelum saya (RABBIT lah tu) sebut apa. saya pandang dia dan terus dia buat isyarat tangan lima. lega, saya terselamat. thank you, RABBIT. I owed you, tahu.

ada satu lagi masa tutorial rabu malam. disebabkan student HUKM yang sepatutnya datang tak jadi datang, ramai budak perempuan yang dah balik bilik. dan bila tutorial leader tanya mana yang lain, saya jawablah diorang dah balik. walaupun macam tak senonoh je tak back up kawan T_____T tsk.

lepas jawab tu saya terpandang RABBIT dan dia tanya, "diorang yang lain tu dah balik eh?". saya jawab, "agaknya lah kot" (padahal memang diorang dah balik, erk). dan dia kata, "awak tak nak balik jugak ke?". terus saya balas spontan, "er. tak nak lah. nak baca buku". (CEH CEH CEH. memang tengah baca pun). dan RABBIT akhirnya kata, "oooo.. baguslah" dengan senyuman.

melting gila I tell you, hak hak hak. entah apa-apa entah -______-"

minggu kedua ni jugak minggu yang penat. malam khamis hari tu kitorang (student perempuan) ada latihan taekwando. diwajibkan, kalau tak, mati hidup balik pun tak pergi -_____-" best tu memang lah best tapi sumpah macam nak tertanggal semua urat sendi, muscle lagi perghh. sampai 11.30 malam pulak tu.

nasib baiklah esoknya bangun pagi nak ke kuliah tak cramp dan lenguh semua badan. seronok weh! harap minggu ketiga saya masih kuat mental, fizikal dan rohani untuk terus bertahan. Amin.

whatsoever: p.s; HAPPY 18TH BIRTHDAY, SAYANG. ILOVEYOUINFINITY. hee.

6 comments:

arelynn said...

hello Nunu ...
It's really happy to read that u are turn on ehh turn to be ok at ukm ...
Wow .. mmg pelajar mitahli kelas kol 9 kol 7.45 dah terpacak ... jiddan ... akak dulu kat uia , klass kol 10.00 , kol 9.59 baru nak zoom .. hahahah ... takdela .. betulla gerenti dapat port blakang je ... ala tapi kat baris depan pun takde org nak duduk pasal class akak sume laki sume nak duk blakang buat taik mata ... cis ...

chronic melankolik said...

nuha!hallu!!
hahaha
betol la,sangat xcited nak ke klas(nuha sudah jadi kuliah)klau ade someone yang perlu di-usha kan??
haha,,
sangat-sangat xcited!

Hidayah said...

taekwando wajib ka??
eik.. (sambil membayangkan nuha menendang kayu pokok sampai patah)
hebatt..

nhmnrh said...

@3428753311292952728.0

hehe, thanks kak alin :))
pelajar mithali? tak adalah kak alin.
pergi awal pun sbb nak dapatkan seat depan, haha.
tau tak pe ramai lelaki pergi membuta. ceh.

nhmnrh said...

@9044468221076247465.0

hahaha!!
tau tak pee excited gilaaaaa~

nhmnrh said...

@1490943478730711449.0

taekwando sangat wajib weh.
siap amik kedatangan lagi tuuuu.
gila comel awak bayangkn kita tendang pokok sampai patah, haha.
terkehel pinggang seh malam tu T_________T
kah kah kah.