Friday, May 1, 2009

err. happy jugak.

rasanya semua budak lepasan SPM mesti dah mengagau pagi yang buta tadi (kesian pagi, dia buta -____-" ceh. bina ayat macam tak ada masa depan) untuk buka laman web kementerian pengajian tinggi (mohe). em, tak payah tunjuk jari kat orang lain lah sebab saya pun sama je.

dahlah berdebar. lepas tu tension tiba² sambar saya sebab laman web mohe tu crowded sangat sampai keluar notis mohe.gov.my is taking too long to respond. haih. buat makin suspen lagi je. guna lappy tak boleh, saya try guna home computer pun sama jugak result dia.

tapi akhirnya bila bukak laman web upu.mohe.gov.my baru boleh. fuhh, lega. dan keputusannya? JENG JENG JENG.

hint: *saya mengekek mak iloi² ikan gelama mak ilai²* kahkahkah.
.
.
.
tak perlu tertanya² sebab saya mesti tunjuk punya ;)
(klik untuk bagi nampak lebih jelas)
tersentap jugak dapat tahniah tu tapi bila tengok kursus yang ditawarkan, sumpah saya terkekek² ketawa macam orang gila eh, tak siuman sambil jerit, "ohmygodd!" siap main tampar² pipi lagi. sumpah saya tak tipu I tell you.

mana tak jadi macam tu kalau asasi undang² yang KPM tawarkan ni, PILIHAN KE LAPAN SAYA WEYH. KE LAPAN, TAHU. -_______-" kahkahkah.

sangat tak boleh belah bila fikir² balik. aduhai. dahlah nak jadi peguam tu one of my career options. siapa yang kenal nuha mesti tahu betapa garangnya dia dengan lidah tajam habis, lepas tu pergi comel main lawan bahas sampai dapat naib juara petaling perdana. (ececeh).

tapi tak apa. medicine tetap di hati :) ceh, hati je merah. hati je merah.

cis, ada ke patut KPM saja bagi saya serba salah nak tolak kursus tu dengan membagi TAWARAN BANTUAN KEWANGAN PELAJAR ASASI IPTA.
(klik untuk nampak lebih jelas)

tengok. siap ada elaun wang saku lagi, perghh. ini boleh mendatangkan marah! miahaha.

disebabkan di malaysia tiada tempat untuk saya belajar medicine, (T_______T sedih I, you. *tak mau kesat ayaq mata*) jadi comfirmlah saya akan ke egypt lepas raya nanti, weehooo. hak hak hak. tafsirkan sendiri pitch jeritan berunsur gembira teramat sangat tersebut.

lagipun tadi emak sudah beritahu pada ayah pasal tawaran IPTA versi undang² neh dan ayah kata; "tak pa. biaq pi dia rasa mesir." err. susunan huruf bagaimana lagi yang saya harus taip untuk jelaskan jeritan yang saya tengah gemakan dalam hati neh?? (perghh, ayat tak nak kalah nak HEBAT jee!).

EGYPT, I'M COMING. (ceh ceh ceh. maksud dia egypt kena beware ke apa neh).

ouh, lupa saya nak ucapan tahniah untuk kawan² yang dapat tawaran IPTA jugak; cik bie, zah, qis, nabel, dj, nas, inda. (ini yang setakat saya tahu je, harap maklum). sila jangan main kecil² hati di sini. besarkan hati anda. besarkan. HAHA.

nak kata kecewa tak dapat buat medicine dalam malaysia tu tak jugak sebab hati macam dah dikidnap oleh egypt (padahal siapa dulu mati² tak nak egypt, hah hah? -______-"). well, tak kenal maka tak cinta, ewah ewah.

saya bersyukur sebenarnya dapat perkataan tahniah dan tawaran kursus yang tak berapa minat daripada dukacita permohonan anda tidak berjaya, hm. at least beliau membagikan saya senyuman untuk ditepek ke wajah, miahaha.

okay, the case is closed.

petang tadi lepas ambil adik² dari solat jumaat, emak bawak kitorang ke sunway pyramid untuk membagi mata sebuah view sebagai santapan (eceh, tak nak kalah lagi). bolehlah merehatkan jiwa neh sekejap, haha.
saya hanya sempat rembat this two baby :) DUIT SENDIRI, DUIT SENDIRI. kahkahkah.

whatsoever: okay, UKM. saya ke tempat anda next week, yes?

16 comments:

Nienanenot said...

congratulations! :D
mesti best en?
wishing you all the best!!

shadah..♥ said...

nabihah dpt uni mna?

nhmnrh said...

@6589546620891889849.0

haha.
teruja I, you. haha.
thankyou niena!!!!! ;DD

nhmnrh said...

@8578611855702084056.0

uitm, diploma sains.

zOuL_iMMe said...

waaa...congrats..
gud luck ye..
study nnt jgn lpe update blog skali skale..
huhu

nhmnrh said...

@754109973256206081.0

haha.
thanks, zoul.
congrats to u as well ;D
haha.
update blog?
tu yg payah tu.
study medic nanti takut tk ada masa.
dengan buku je memanjang, haih.
T__________T

Hidayah said...

congrats babe ;)

nhmnrh said...

thank you, darling ;DD

arelynn said...

Nunu Chan ..
Congrate .. nanti dekat la akak nak melawat awk kat ukm nanti .. takpun nanti nenek mintak tolong hantarkan nak tgk Nunu kat UKM bangi ... wee...

dEe-Nie said...

tahniah nuha!!! x sbr nak pgi mesir nmpk.. hehe....

nhmnrh said...

@1515963468122897158.0

kak alin, thank youu :DD
nua pergi ukm dua bulan jeee.
utk arabic course.
lps tu tggu utk pergi egypt :))

nhmnrh said...

@8735898899910606848.0

hee, thank you, deenie!! :DD
awk pun congrats jugak tauu.

btw, mmg tak sabar dah ni, haha.

atuLL said...

CONGRATZ2..

nhmnrh said...

thankyou :))

Fasya said...

honey honey! congrats!!! :D

nhmnrh said...

thank you, fasya!! ;)
i missed your post, dear~