Saturday, May 30, 2009

emosi rapuh siri satu.

gerimis, I nak mengadu sehabis tak gembira dengan you ;(

saya comfirm buat kisah untuk minggu ketiga di ukm kali ni secara bersiri. minggu ni saya banyak bermain dengan emosi dan hati sendiri. (it rhymes weh, HAHA). main dengan hati orang lain apa barang nanti Tuhan balas serves you right, heh.

gambar kat atas pembuka entri tu gambar saya di dewan kuliah bangunan sains matematik pada waktu rehat antara kuliah anatomi dan histologi. bunyi macam bagus je eynn, har har har! padahal dia bagi introduction saja, hee.

minggu ketiga ni saya dah berani sikit jadi saya pergi bawa kamera ke UKM. maklumlah, nak jugak show off surrounding UKM pada you, gerimis. niat tak murni sungguh nak bershow off pulak, anak siapa neh tolong tuntut beliau di kaunter lost and found T__________T tsk.

sini sikit boleh tak gerimis? I nak tunjukkan bilik I pada you neh. macam yang saya pernah bagitau, bilik saya ni sumpah sangat selesa untuk dua orang. kalau nak kata terlebih selesa pun masih tak hiperbola rasanya, haha.
frontal area of kolej ibrahim yaakub (KIY). yang banyak cermin di tingkat dua tu kafeteria kolej yang banyak bangla kerja lepas tu mahal gila food dia !@#!%&@
err. tapi makan jugak -_______-"
see. saya tarak tipu punya. bilik saya memang di tingkat empat yang orang boleh semput nak naik lepas daki tiga bukit nak balik kolej dari dewan kuliah. damn damn damn.
rak yang sangat luas boleh sumbat apa je kat atas tu termasuk kamus setebal 600 muka surat dan juga makanan jangan kasi lupa lah bukan :9 HAHA.
locker, eh almari baju yang sangat tiptop I tell you. tak sempit langsung nak sumbat baju dalam neh. ana mabsutin (saya gembira) ;D
ini sebahagian bilik saya. sila ignore katil yang tidak bercadar, bantal yang tidak bersarung tersebut sebab masa neh baru sampai ke UKM untuk minggu ketiga.
tengok. kan dah sedikit bernyawa dengan sarungan cadar, kahkahkah. jangan pandang katil ni tak ada mata okek. sumpah selesa eventhough bantal dia keras macam batu sakit tengkuk I ouh T______T

malam pertama sampai UKM untuk minggu ketiga neh, hati saya dah buat perangai pergi rindukan keluarga. nasib baik lah saya gadis berciri Iron Lady lah bukan kalau tak memang dah lencun bantal selimut cadar semua dengan tangisan yang tak merdu lagunya. (hati still fragile sebenarnya tapi serius saya elakkan diri dari menangis).

cara menjadi Iron Lady sejati? ehem ehem.
you perlukan sebuah mp3 (atau iPod, mp4. atau paling kurang handphone sendiri). pastikan stok lagu semuanya secara rojak. maksud rojak; ada berciri hip hop, punk, jazz, ballads, rock, metals. dan you juga perlukan sebuah novel inggeris setebal 560 muka surat.

nak buat apa?

pasang earphone mp3 (dalam kes saya mp3 je lah) kat telinga. kuatkan volume semaksimum habis, (hati-hati. jangan jadi pekak pulak nanti). pastikan skip je lagu berciri melankolik macam ayat-ayat cinta dan dealova.

tips: pilih lagu situasi by bunkface atau apa-apa lagu dengan syarat penyanyi dia menjerit.


lepas tu sambil dengar lagu menjerit-jerit tersebut bolehlah baca buku inggeris tadi dengan khusyuknya sampai you mengantuk. bila dah tertidur mestilah tak perasan yang you sedang homesick secara hebat. kan?

alhamdulillah, cara tu berkesan. for me, at least. HAHA -_____-" memang sadis lah ahad malam tu memujuk mata untuk tak menangis dan terus tidur. payah, payah. haih. dan paling teruk bila hari isnin tu pun homesick tak hilang-hilang lagi, perghh. berasap sungguh hatiku.
being the greatest cousin ever, syifa tried to console and gave me moral support. that didnt went very well I guess sebab isnin malam lepas tutorial malam homesick lagi (!) CEH.

before that masa tutorial tu okay je saya gelak sakan dengan rakan-rakan tutorial siap main truth or dare lima orang. saya, erna, nasyitah, sakiinah and ekin. erna dengan ekin pilih truth dan gila ah soalan dia mencabar maruah seorang gadis betul, HAHA. censored jadi tak boleh nak tayang kat you; gerimis. you kan Lelaki Macho ;)

dan bila sampai giliran sakiinah, dia pilih dare. takut sangat nak truth, hambik, erna punya dare lagi menggerunkan okek. mula-mula tu erna dare sakiinah pergi angkat ikan besar kat aquarium for few minutes. (gila tak gila?) bila fikirkan yang ikan tu maybe akan mati, erna tukar.

kali ni, erna suruh sakiinah pilih sorang budak lelaki dalam yang ramai-ramai ada kat foyer tengah tengok tv masa tu, tegur dia lepas tu tanya nama, ambil course apa dan tutorial berapa dalam aksi menggedik. terkulat-kulat sakiinah masa tu tapi akhirnya dia berjaya jugak, kahkahkah. gila ah.

sedih je I bila isnin malam tu time homesick tak dapat nak guna petua sendiri sekali lagi sebab bateri mp3 dah kong T______T nasib baik lah one of my close friend kat tutorial (plus bilik dia sama aras dengan bilik saya) datang untuk melepak di bilik saya. gila terharu I.

dengan kekecohan saya, nasyitah dan syifa berborak sampai pukul 12.30 malam, homesick saya terus hilang. magical sungguh nasyitah neh, miahaha.
yang sebelah kiri saya tu lah nasyitah yang comel dan selalu menceriakan hari saya dan syifa :') dia cakap selamba je tapi boleh buat syifa ketawa sampai terhentak-hentak kaki, KAH KAH KAH. hebat tak hebat budak neh? budak merujuk kepada nasyitah.

hari selasa alhamdulillah, perasaan beransur baik. bunyi macam beliau sakitlah bukan, haha. eh, apasal gelak? tak ada lawak pun ayat tersebut. tutorial petang selasa memang TERBAIKLAH I tell you. petang tu, ustazah fatma yang masuk kelas kitorang dan minta kitorang bina ayat dalam bahasa arab.

jadi, saya binalah ayat neh.

ana yaghsal hudum ba'da 'asr. (saya akan membasuh baju selepas asar).


lepas tu ustazah minta sorang demi sorang sebutkan ayat dia untuk ustazah dengar dan betulkan. dan bila time RABBIT bukan nama sebenar sebutkan ayat dia, serius saya terkejut padahal hati berbunga-bunga, HAHA. apa ayat dia?

ana yaghsal kullu hudum bita'ti ba'da kuliyyah. (saya akan membasuh semua baju saya selepas kuliah).


tak ke kau rasa hidup kau macam heaven bila kau fikir benda yang sama dengan orang yang kau selalu usha? memang tersenyum habis lah saya masa tu, miahaha. hang gatai naa. eh, mana adaa! dan tutorial selasa malam tu pun seronok jugak. uthman (raiz tutorial kitorang) ajak kitorang main regu.

tutorial kitorang dibahagikan kepada empat kumpulan kecik dan harapan saya untuk sama group dengan RABBIT kecundang T_______T (gila ah tak boleh belah seyh ayat, kahkahkah). tapi on the bright side, saya satu kumpulan dengan TURTLE. weehee (!) and I thought nama TURTLE sudah dierase dari memori? -______-"

sumpah lawak gila TURTLE bagi gaya untuk kitorang teka apa yang ditulis dalam kertas tuh. macam-macam gaya pelik yang keluar. bentuk badan perempuan lah, lompat bintang lah. gelak sakan bila ingat balik. dahlah dia comel sangat! haih.

dan lepas kumpulan kitorang habis jawab regu tu, TURTLE pergi ambil kerusi dan duduk kat sebelah saya. OHMYGOD, jantung rasa nak pecah! har har har. tapi of courselah, Iron Lady kena berlagak cool. nak cool sangat, sampai botol air tertinggal and I only realized about it bila dah sampai bilik T______T bayangkan!

nak tak nak, terpaksalah saya turun balik ke bilik tutorial di foyer KIY untuk ambil botol tu sambil tangan pegang hotdog yang baru beli. on the way balik bilik lepas ambil botol air, saya terserempak dengan nasyitah dan dia sibuk tanya saya tengah makan apa dan sedap ke tak.

being a penyayang girl like me, I pun apa lagi. cuit sikit hotdog kat tangan dan suap nasyitah bagi dia rasa sikit. oh, nuha memang penyayang! anda baru tahu kah gerimis? peraaaasan -_______-" KAHKAHKAH.

ah, sudahlah. cukup dulu sampai hari selasa. siri dua nanti sambung hari rabu khamis jumaat yang sangat beremosi tersebut. cis, jatuh keayuan I ke tanah. nasib tak ada siapa pijak. err. merepek apakah neh. abaikanlah. kepala sangat sakit @%!$&^

whatsoever: tadi tengok wayang filem night at the museum 2 best gila lepas tu umi belikan buku P.S; I LOVE YOU dan saya pergi beli benda alah neh, miahaha.
HELLO. MY NAME IS DIPSEY :))

9 comments:

shadah..♥ said...

best ke kat situ?
bile kau cite yg kau rindu keluarga, aku dah start pikir ttg aku nnt bile aku kat pahang...
aku akn bwk smua bku twilight saga sbb i can't live without them

nhmnrh said...

@2788160328720599922.0

sangat best kat situ~
serius!
life kat U lain sangat.
mgkin awk pun akan homesick tp tahan diri okayh? :)
boleh je nak bawak tp awk kena tahu, bila dah bawak tu,
risiko utk orang pinjam dan hilang adalah SANGAT TINGGI.
serius tak tipu.

shadah..♥ said...

tu aku tahu...
aku pun tgh pikir nk bwk ape
esk nk gi shopping, beli brg nk gi pahang
kau bwk bku ape kat situ smpai pg dye 500pages?

nhmnrh said...

@3246306881422276424.0

eloknya senaraikan dulu semua barang2 tuh.
senang nanti tak ada yg tinggal.
english novel tajuk do you want to know a secret?
3 minggu tak habis2 lagi baca.
SEKARANG NEH TIDUR ADALAH LEBIH BERNILAI.
haha. tv pun dah tak bernafsu nak tengok!

Izzy bee said...

nape nuha xckp kt izzati yg nuha tgh homesick? ape laaaa, u cn count on me :)
mmhm btw, sape rabbit n turtle? haha nk tauuuuu :D

nhmnrh said...

@3103915502982831570.0

hohoho, biasanya homesick dalam bilik sajjeh ;P
pura-pura membusykan diri.
haha, dah agak dahhh.
izzati sure nak tau punyee.
clue: diorang tutorial kitorang.
tapi skrg dah stop usha diorang.
tgh usha budak tutorial tiga dengan dua. HAHAHA.

Izzy bee said...

hahahaha omg, sape?
nk tau !
xpe, esok izzati investigate
be ready nuha (!)

nhmnrh said...

@353645138945471701.0

HAHAHA.
mana boleh ouh izzatiiii.
taleh taleh, haha.

AraShI said...

.....