Sunday, May 31, 2009

emosi rapuh siri dua.

terlayu-layu saya nak siapkan siri dua neh tapi tak apa, kita cekalkan jari, tabahkan hati. let's cut the crap pembuka entri yang skema macam ni lah bukan. jom blah ah, kata anda semua di dalam hati. har har har!

dear gerimis, kalau you rasa siri satu tu dah panjang gila, you tunggu siri dua neh pulak. boleh terpitam-pitam kot you nak tahan cakaran I atas badan you kali neh, HAHA. ni saya bagi amaran neh (ceh, amaran je merah. danger lah konon). sebab minggu ketiga neh hectic banget deh.

tapi before that, saya nak tunjuk jalan yang saya kena lalu tiap kali nak pergi dewan kuliah dari kolej ibrahim yaakub. fyi (for your information), KIY ni kolej tertinggi kat UKM sebab dia atas bukit sampai penginap kolej neh digelar HIGHLANDERS. ceh ceh. sangat cool, yes? sesekali, bagi lah saya chance untuk buat blog neh berciri ilmiah, HAHA. asyik merepek je kerja.

BUKIT PERTAMA. keluar kolej kena turun bukit neh. tak berapa nak tinggi sangat tapi kalau sebelum tu dah penat daki dua bukit, kau kira ke bukit ni tinggi ke tak? tak, kan.
BUKIT KEDUA. inilah dia raja segala bukit yang selalu mencabar kekuatan kaki saya untuk mendaki beliau. ni masa nak turun okay lah. kalau nak naik? histeria I dibuatnya tahu!
BUKIT KETIGA. ni satu lagi bukit. curamnya bukan main. silap langkah boleh tersadung kaki dan tergolek jatuh ke bawah T_______T scary!
sampai sini semua orang pun akan senyum dan tarik nafas lega. ni lah bangunan dewan kuliah saya. boleh masuk ikut dua pintu tersebut.

dan sebelum saya describe secara detail apa yang berlaku tiga hari selebihnya, saya nak tunjuk tempat-tempat saya belajar di UKM selama tiga minggu neh. kiranya macam tempat yang saya selalu spent time apart from my very own cosy room. boleh kan, gerimis?

uno, dos, tres.
ini dewan kuliah tersayang. kalau dah tiga minggu tiap-tiap pagi pergi sini kau tak sayang ke? of course lah sudah tangkap cintan sama ini dewan lah bukan :')
bilik tutorial petang di bangunan sains kimia. perasaan sense of belonging untuk bilik yang penuh kenangan ni pun saya tak boleh deny. sangat sayang bilik nih. siap tengok A BUGS LIFE versi arab lagi kat sini, kahkahkah.
yang ini bilik tutorial malam di pusat kemudahan KIY. walaupun berciri daif tapi bilik ni tempat TUTORIAL LIMA stuffed in one room. eventhough ramai je yang ponteng tutorial malam -______-"

okay, sekarang barulah saya boleh cerita macam mana bumper car dan roller coasternya hidup saya minggu neh sampai berlakunya pertumpahan darah eh, air mata lah. teruja nak tahu kan? manusia memang like this lah perangai beliau. busybody. saya pun sama jee. mari mula dengan hari rabu.

tutorial rabu petang, sebelum ustaz zainan masuk untuk kelas petang tu, amira dan sakiinah pergi bagi satu kelas dengar satu lagu remix westlife. yang menariknya, lagu westlife neh dia remix dengan egyptian singer; amr diab. sumpah sedap lagu tersebut.

disebabkan emosi saya semacam baik pada hari neh, saya bagi you guys dengar lah okayh. MY LOVE BY WESTLIFE FEAT AMR DIAB. kena click play kalau nak dengar :)


sedap sangat kan? I know! dah masuk dalam my mp3 list dah pun. kalau tanya saya, sumpah saya tak faham lah apa mamat arab ni cakap. saya faham yang "shuwaiya shuwaiya" tu je, har har har! maksud dia "sikit sikit", setakat yang saya tahu lah.

dan tiba-tiba lepas dengar lagu tu danial cakap ustaz ridhuan suruh kitorang join tutorial tujuh kat dewan kuliah. dalam fikiran kitorang semua masa tu; ustaz ridhuan = balik lambat.

sebab apa ada equation tak berapa baik tersebut? sebab kalau dengan ustaz ridhuan rockers tu, memang kalau tak pukul 5.30 petang, dia tak kasi lepas. cuba kalau ustaz khalid atau ustaz ahmad (yang memang pure arab), mula kelas 2.30, 3.45 petang dah bagi balik -_______-"

end of topic. sampai dewan kuliah, ustaz ridhuan bahagikan tutorial lima dan tujuh dalam lapan small groups; campur dua-dua tutorial. bagi mesra lah agaknya kot sebab semangat tutorial gila tebal macam assabiyah pun ada, HAHA.

dan task kitorang? kena buat lakonan dalam bahasa arab. ustaz bagi 15 minit je you. terpitam-pitam kitorang kat masa tu, kah kah kah. saya satu group dengan adib, izzat, syafiq, sarah, miza, sakiinah, amira dan afiqah.

group lain semua pilih situasi di zoo, dalam kelas, kantin, pasar, restoran etc etc tapi group kitorang pergi buat cerita PINK PANTHER boleh tak? T__________T tsk.

serius lawak gila izzat dengan adib berlakon, marvellous seh. lima bintang lah untuk diorang ;D saya yang sebagai narrator pun boleh terkekek-kekek mak iloi-iloi ketawa dengar dialog spontan diorang, kahkahkah.

seperti yang kitorang ramal, pukul 5.40 petang baru ustaz bagi keluar dewan kuliah. tapi sebab masa terisi dengan keadaan perut yang hampir pecah kerana kelucuan lakonan group lain, tak rasa sangat macam dah lambat nak balik bilik.

cumanya, saya end up sampai bilik dalam 5.55 macam tu lah. kaki lengai habis jadi keras macam batu tapi tak cramp pun. even sempat lagi basuh baju walaupun dah lambat. well, nak seribu daya, tak nak seribu dalih lah bukan. aik? terasa kah?

malam tu pulak, ada interaksi dengan student HUKM. kak diba dan kak dila. adib jugak lah yang paling banyak tanya. soalan pelik-pelik pulak tu. pasal karisma lah, hipoccrates lah, muslim oath lah. ada satu masa tu, dia siap kata macam neh;

saya kalau boleh memang tak nak kahwin dengan perempuan yang kerja as a doctor. diorang ni selalu sibuk dan mesti keluarga terabai. apa pendapat akak? lagi satu kan kak, bila akak rasa masa yang sesuai untuk dirikan rumah tangga as a medical student? akak sendiri bila nak tamatkan zaman bujang?


soalan dia perghh, sampai masuk bab kahwin tu! fikiran dia dahsyat betul. dalam pada seronok cungkil pengalaman those sisters, tak sedar yang jam dah pukul 11.10 malam masa tu. ah, balik lewat lagi T______T sedih I, sedih.

hari khamis paling tragis I rasa. tutorial petang tu best lah sebab ustaz khalid yang mengajar asyik muraga'ah (revision) jadi 3.50 petang kitorang dah balik hari tu. tutorial malam yang sumpah tak tahan.

uthman akhirnya cadangkan tutorial kitorang untuk keluar sama-sama hujung minggu depan neh. untuk cadangan tempat keluar melepak, banyak gila cadangan sampah macam Mydin, Giant, Warta, Tesco, Low Yat -_______-" even Pavillion pun masuk senarai. haih. rumah uthman tak terkecuali, HAR HAR HAR!

akhirnya sebab banyak sangat bercanggah, uthman tangguhkan perbincangan. susah jugak sebenarnya. tapi masa malam tu, zoo dapat undian tertinggi, miahaha. siap ada yang cadangkan buat aktiviti teka nama binatang dalam bahasa arab lagi ouh.

yang sedihnya bila adib tiba-tiba bangun dan bagitau yang malam khamis tu tutorial terakhir dia (T________T tsk tsk) sebab dia dapat tawaran ke kolej mara banting. semua orang macam shock gila, (especially perempuan!). sebab adib ni terkenal dengan sifat sopan dan baik dia.

walaupun baru tiga minggu kenal tapi the bonding is there. ya lah, kalau dah tiga minggu dari siang ke malam together, tiap-tiap hari pulak tu, mana tak rasa sedih kalau berpisah dan bayangkan tak dapat jumpa dia lagi.

nasib baik lah adib bagi email dan nombor telefon dia untuk kitorang contact. majorly perempuan lah yang rajin pergi salin, (including me HAHA). dapat je nombor adib, semua orang nak miscall dia! dah berkerut-kerut dahi si adib tengok banyak sangat number dok miscall. kesian betul.
ini gambar sebahagian lelaki tutorial lima. ada yang tak nak masuk gambar dan ada yang ponteng. sila ambil perhatian yang RABBIT ada dalam gambar neh tapi TURTLE tak ada. hah, carik, carik! HOHOHO. mati hidup balik dan mati balik pun saya takkan tunjuk yang mana satu lah kan ;P

berdiri dari kiri; syafiq, afif dan akmal.
duduk dari kiri; muttaqin, uthman, adib, danial, tarmizi, izzat dan amar.


saya rasa empty sangat bila dapat tahu tu malam terakhir adib sebab saya rasa dia sorang je lelaki yang saya boleh berbual secara bebas. semua budak lelaki tutorial kitorang alim-alim belaka lah weh. macam amar tu, setiap pagi bangun pukul tiga buat QIAMULLAIL. hebat tak hebat??

hmm, saya rasa saya akan rindukan dia T_____T tsk. dahlah balik bilik je terus mengadu dekat syifa lepas tu menangis betul-betul punya menangis. sampai syifa kena ingatkan yang saya dah ada boyfriend, tak elok menangis untuk lelaki lain. haih.

you are the best cousin, syifa :') tak apa, tak apa. nasib baik dah add adib dekat myspace dan facebook HAHA. we’ll be get in touch soon. eagerly waiting for it. baru dapat tahu yang aizat kenal adib neh. ex-saser rupanya adib! what a small world.

anyways, congratulations adib sebab dapat scholarship mara tu. and it has been nice to meet and be able to chat with you, (especially time lakonan pink panther tersebut). hopefully kita berdua akan jadi doktor yang berjaya :D

hari jumaat, tak ada apa yang menarik selain dapat belajar sikit pasal anatomi dan histologi. ada ke depa pergi hantar LAB TECHNICIAN ajar anatomi? -______-" weirdo. apa lagi lah yang best hari jumaat selain dapat balik rumah? miahaha. dasar budak bandar sejati.

p.s; okay, maybe this entry was not THAT long as I described. laughoutloud.

whatsoever: minggu bumper car betul. harap minggu keempat ni saya jadi gadis kental berciri Iron Lady. doakan boleh..? :)