Monday, April 20, 2009

telenovela tentang kecewa.

AMARAN; sila baca entri ini secara bersiri. seriously.

kau banyak buat entri pasal cinta ah sekarang. jiwang eh kau! em, ni mungkin satu lagi entri pasal cinta, (bukan mungkin tapi dah memang, har har har!) tapi kali ni BUKAN pasal mr architect, I sumpahsumpah you, okay? erk. bukan saya nak sumpah jadi batu atau ikan tamban ke apa TAPI saya promise lah.

lagipun blog ni dah kira macam scrapbook hidup saya. yang satu hari nanti saya akan baca balik dan perhaps I will laugh at myself by what ever I'm writing today. who knows.

prolog
kelmarin saya dengar cerita tentang kekecewaan dari kawan yang (sangat) rapat dengan saya; demolanie bukan nama sebenar (of course!). bukan nak jaja cerita orang merata, tapi untuk jadikan pengajaran sebab saya boleh rasa sakit yang dia rasa.

kan ada pepatah lama yang macam ni, cubit paha kiri, paha kanan terasa. (ececeyh. dah pandai bagi peribahasa)

demolanie, I'm sorry I had to tell this story sebab I nak berpesan pada diri sendiri (kalau orang lain tak nak tahu). susah I nak lupa apa dia buat pada you. I terasa macam dia pulak buat semua tu pada I. tapi of course you're the one yang rasa sakit tu lebih lagi. you know I'm always here for you, kan? :')

interlude I

the moment dia couple dengan lelaki tu, saya dah rasa semacam. saya kan INTUITIVE kind of person, (tak tau? sila google). tapi sebagai kawan, takkan saya nak pergi cakap; "lanie, I rasa that guy tak sesuai dengan you." dekat dia.

hek eleh, beras dah berterabur atas tanah baru nak pesan tatang kampit beras 10 kilo tu elok-elok! terlambat, kau.

demolanie couple dengan lelaki tu dah nak masuk empat bulan sebelum lelaki tu mintak break up dengan alasan darjat diorang berbeza macam langit dan bumi dan lelaki tu sakit sampai nak dekat mati jadi dia tak sanggup tengok lanie sedih.

cuba korang ulang baca banyak kali alasan lelaki tu. apa agaknya yang korang fikir kalau lelaki bagi alasan ni? saya kalau boleh nak double underline siap highlight lagi alasan dia tapi tak reti den nok wat camno ehh -______-"

interlude II
dia sorang perempuan yang tabah sebab sikit pun dia tak menangis masa dia break dengan lelaki tu (I'm proud of her because of it) dan sampai kelmarin dia masih lagi contact dengan ex-boyfriend dia sebab dia still ambil berat pasal lelaki tu yang (kononnya) akan mati bilabila masa je.

tapi biasalah kan, pelangi tak selalu muncul lepas hujan. bulan lepas, dia dapat tahu lelaki tu dah couple dengan perempuan lain dan masa tu lah baru demolanie menangis masa dia call saya. serius saya sebak sebab suara dia sangat terrible!

demolanie kata; dia cakap dia break dengan I sebab dia sakit dan tak nak sesiapa risaukan dia semua, tapi kenapa dia couple dengan perempuan tu?? dia nak perempuan tu risaukan dia ke...

lanie tetap lanie. walaupun lelaki tu dah couple dengan perempuan lain, lanie tetap rasa yang lelaki tu (again, kononnya) terpaksa couple dengan perempuan tu.

kalau boleh saya nak kata; "LANIE, SEDARLAH SIKIT YANG LELAKI TU MAINKAN YOU! YOU NAK KISAH PASAL DIA LAGI BUAT APA!!" tapi saya mampu cakap dalam hati je.

interlude III
pernah satu hari tu demolanie bagitau saya yang lelaki tu sanggup break dengan his pesent girlfriend kalau lanie sanggup terima dia balik. I thanked god at that time yang walaupun lanie masih sayangkan lelaki tu, dia TAK terima lelaki tu balik.

nak tahu kenapa?

alasan dia; "nuha, I tak nak perempuan tu rasa apa yang I rasa waktu lelaki tu tinggalkan I. evethough I still have feelings towards him, its unfair for that girl.. You faham, kan?"

saya dah kata, lanie tetap lanie. (sighs)

interlude IV
ini cerita kelmarin. kalau ikut cerita demolanie, dia akhirnya dapat tahu (dari sumber yang boleh dipercayai) yang rupanya lelaki tu dah together dengan perempuan tu SEBELUM lanie dan dia break up lagi. kau bayangkan!

lelaki tu dah pergi tengok wayang semua dengan perempuan tu, perempuan tu siap bagi loket lagi... sedangkan masa tu message lanie pada lelaki keparat tu masih ended dengan ucapan ilys.

syukur sangat kali ni lanie tak menangis. dia cuma terkedu bila kenyataan dah ada depan mata dia. dan sumber tu sendiri cakap lelaki tu sihat walafiat. jangankan sakit kronik, batuk sebesar habuk pun TAK ADA!

epilog
entahlah. kalau nak cakap lelaki semua sama adalah sangat unfair sebab saya masih jumpa lelaki yang baik hatinya (macam mr architect. ehem ehem).

tapi saya just harap kalau satu hari nanti, saya dah tak ada apaapa dengan mr architect, sebabnya bukan macam kes di atas.

bila saya ceritakan hal ni pada si chenta hati, dia cakap; benda tu tak kan terjadi, sayang. AWW :')

*****

kalau jumpa ex-boyfriend lanie tu, saya cuma nak kata; KAU TAK RETI BERSYUKUR DAPAT PEREMPUAN MACAM LANIE. AKU HARAP KAU TERSEKSA SEBAB MAINKAN HATI ORANG!! (okay, tak cukup power. ayat sumpah seranah saya dah hilang taring kot -_____-")

trivia; lelaki tu masih tak tahu yang lanie dah tahu semua yang pasal dia couple dengan that girl before lanie dan dia break up.

patut ke lanie pergi confront dia atau terus tak contact dia langsung?
saya pun pening nak bagi nasihat sebab dua-dua ada pros and cons dia. haih.

whatsoever: i never thought nabila huda could sing but she sang so well, omo!

No comments: