Sunday, April 26, 2009

mungkin aku patut terus gila 2.

have you read mungkin aku patut terus gila? if no, read it first and come back to this entry ONLY after you finish reading it. then you would understand what am I saying here. sighs. I just can't help myself from writing a sequel of it. heh.

and I guess, nas is right. I quoted her; "just because I'm the eldest, doesn't mean I don't want to be treated spoily once in a while". geez, nas. Isn't it scary that we BOTH publish an entry about this kind of topic in one night? so much of the coincidence.

well, of course. you expressed them in english while I'm in bahasa -_____-"

kalau lah aku mampu...
mampu untuk khabarkan apa yang aku rasakan.
pasti sudah lama aku luahkannya.
pasti aku sudah canang merata.
atau mungkin saja satu dunia sudah heboh memperkatakan tentangnya.
malam ini, aku mahu koyakkan sedikit saja.

tentang satu perasaan yang aku simpan dalam.
jauh di dasar hati kerana aku gentar sesiapa dapat melihatnya.
atau lebih 'bullseye' aku katakan,
aku risau pandangan orang tentang aku.
dan ini hanya sebuah cerita luka.

kadangkadang aku bagaikan anak kecil.
yang minta untuk dibelai, yang minta untuk diberikan perhatian.
dan bila apa yang dihajat tidak tertunai,
aku mula merajuk sepi.
terdiam tanpa kata dan dengan sendiri menarik air muka.
come on, lah. dunia memang begini, kan.
kerana rasa itu sendiri terkadangnya kita tak mampu kawal.

bayangkan orang yang menjadi sebahagian daripada darah daging kau.
orang yang patut kau kasihi luar dan dalamnya.
terima putih dan hitamnya.
malah hijau, kuning, atau merah sekalipun.
tiada putih ATAU hitam.
tiada baik ATAU buruk.
kerana apa?
kerana dia darah daging kau.
ya, patutnya begitu.

kau pernah bencikan seseorang?
kalau ya,
bagaimana agaknya rasa kalau terpaksa mendengar suara orang yang kau benci saban hari?
rasa hati bagaikan dicucuk-cucuk,
rasa mahu tutup segala deria berkaitan telinga.
kan?
tapi kau tidak mampu berbuat apa.
kerana kalau salah kira, kau sendiri yang akan kena.
macam aku katakan tadi,
kerana rasa itu sendiri terkadangnya kita tak mampu kawal.

sungguh, aku masih mahu terus jadi gila.

whatsoever: perit, tapi saya kena tabah. again, ignore the Read More.

No comments: