Friday, April 10, 2009

sepetang bersama chopsy

tarikh peristiwa mengundang kegilaan neh 9 april 2009; bersamaan semalam. kegilaan tu bukanlah ekstrem sampai tibatiba boleh qualify untuk apply borang jadi pesakit jiwa ke apa. bukan. tidak. no. nehi nehi. wala'e. okay okay. kena stop sekarang sebelum blog ni jadi top sites carian google untuk modul belajar language ke apa tah.

pukul sebelas suku pagi saya bertolak dari rumah dan drive seorang diri untuk ke rumah nabihah demi menjalankan misi rahsia 12 april. perghh. tibatiba rasa macam planner swasta yang bertauliah dengan ijazah sarjana muda kepujian perancangan bandar wilayah metropolitan, (i gorenggoreng u only no need to percaya. serius dah taksub dengan buku title MANGLISH yang jumpa kat mph sacc tadi, hahaha. tak beli lah tapi. selak berhelai-helai je).

okay, apa kata kita buat entri ni berkadar segera tak payah nak konarkonar menggorengkan anda macam tengah ajar fakta sejarah melencong pergi ke tandas. okay tak ada kaitan. lagipun homework esei cambridge belum berusik kan cik nuha yang konon kepenatan? *anggukkan sajalah*

misi rahsia 12 april berjalan dengan lancar dan lepas siap bersolat, saya dan nabihah pergi ke seksyen kau-ingat-aku-nak-bagitau-tulis-menampang-segala-kat-sini untuk ambil syafa. nabihah ni makin 'comel' punya perangai siap lambai bak ratu kat orang sekeliling masa saya tengah drive konon 'high' sangat sebab dia naik kereta yang kawan dia neh drive. hahaha. ya, awak comel. puas? heheh.

on the way nak ke sacc lagi satu punya kecoh. ini bukan kira membuka pekung di dada ke apa lah tapi ikhlas cakap saya kalau nak drive ke sacc masih takuttakut. fine. senang kata tak ingat tak tahu jalan T___________T perlukan co-pilot di sebelah sebagai kompas jalanan, eh. kompas perjalanan. eceh. syafa kata belok kiri, nabihah kata belok kanan. sudahnya terpekik terlolong kitorang dalam kereta sampai saya akhirnya jerit, "belok mana nihhhhhhh!!" dengan high pitch high volume semua cukup. disebabkan suara nabihah lebih kuat dari suara syafa, saya belok kanan. fuhhh, nasib baik betul. tak menahan sungguh.

tujuan utama ke sacc adalah untuk ke noodle station ini. motif utama membelah jalan raya ke shopping kompleks untuk makan di stesen mee padahal mak masak di rumah sangatlah berganda sedap berkhasiat bersih dan segalanya. yang penting free, hahaha. tak adalah.

food kat noodle station ni sangat affordable. kejap lagi saya cerita. yang bawah neh nak kasi geram dulu biar anda kepal buku lima tu.gelas bercorak menarik neh direka untuk menarik perhatian agar menarik orang ramai. okay, banyak gila menarik menarik menarik sebab saya memang tertarik dan terasa ditariktarik sungguh i tell you. kahkahkah.
apa kes kau pergi NOODLE station tapi makan tomyam fried rice weyh...? apa pasal nak comel sangat punya perangai kasi tunjuk sama orang. jangan ditanya kenapa. ni suara hati, suara hati kau tahu. nafsu makan siapa boleh lawan lah bukan.
okay, ini memang sengaja bagi terliur anda. ke anda terliur? heh. ini for sure lah kongsi tiga orang. apa ingat lepas makan tomyam fried rice semacam big plate (nak jugak), french frice, air honey lemon juice, tak full tank ke? -_______-"

makan dalam satu jam kirakira. percaya tak kalau semua makanan kitorang bertiga siap side dish dan desert bagai; LESS THAN RM50 I TELL YOU. serius. kepercayaan anda pada saya wajib diaplikasikan pada ayat neh. sumpah tak tipu. tak ada faedah pun.
lepas tu kitorang pergi ke mph bookstore sebab saya nak beli buku kat atas tu. arabic phrases for DUMMIES, (merujuk kepada diri sendiri tentunya). sangat berdedikasi untuk menuntut di egypt, wahah. anak gadis siapa neh yang dedicated sangat neh, usha sikit. hahaha. dan lepas tu lagi pergi ke lovely lace untuk sempurnakan lagi misi rahsia 12 april. teruja i, you. habis semua adrenalin estrogen progesterone naik ke muka pijakpijak badan urut kaki bagai.

oh, tak lupa first time pergi surau sacc tadi di tingkat empat. bagi damai kejaplah blog ni dengan seruan ILAHI kan. mana tak lengai lah badan semalam kalau dari pukul sebelas suku pagi keluar rumah, lima setengah petang baru balik rumah macam sesat jalan terkapai-kapai kelemasan tak dapat cari jalan pulang ke apa tah. lepas tu kena ambil afnan balik sekolah. tak sampai sejam lepas tu kena hantar dia tuisyen pulak. dua jam lepas tu ambil dia tuisyen. aduhhhh! BADAN SANGAT LENGAI kau tahu.

*candid* syafa belek menu ;) serius rambang mata i bagitau u. dahlah semua nampak sedap, (which is memang sedap) plus murah pulak tu.
nuha dan nabihah; wah, baru perasan dalam ni air saya dah tinggal separuh ouh, haha.
belakang mph; separa nabihah, clear syafa, terlebih background nuha. kahkahkah.
ini di tingkat empat tak ada aircond panas gila nak bunuh orang apee. hahah. ontheway ke surau.
balik dari surau, dalam lif; separa syafa, jelas gilagila jangan jeles nuha, sipisipi nabihah ;D

hari yang sangat menggilakan penuh dengan gelak ketawa, aduhai. sayang kamu, nabihah dan syafa. lagi best kalau ada geng chopsy yang lain, hee. i boleh jadi driver lagi, okay? sponsor transport for you all. hahaha. mahu terbalik myvi comel saya tu karang -___-"

whatsoever: kena siapkan esei cambridge weyh. esok nak hantar. haish.

6 comments:

shadah..♥ said...

jealous gile dgn kau...
dah join gak...
haha
best x lepak dgn dierorg?
mcm mane dgn misi 12 apr?

nhmnrh said...

haha.
tu lah. semalam ajak tak mo.
kitorang bertolak dari rumah syafa pukul dua lebih lah.
best gila tak terkata ;D
misi 12 apr lancar mcm yg dirancangkan okies.

Fna said...

LOL pgi noodle station makan tom yam fried rice,

i lve how you write yr posts, youre funny x)

i tk suka noodle station. the 1st & the last time i makan situ mee die uhhhhh tk sedap lgsg, rse mcm .... ughhhhh o_o

nhmnrh said...

fna;

hahaha. tau tak peee.
patutnya tak payah susah2 pergi noodle station utk makan nasi goreng -____-"

alamak. i lawak ke?? tak perasanlah.

aisehman. u makan mee yang mana eh? i tanak terpilih mee tu pulak nanti ;D

MiZz-AreLyNN Amin said...

Nuha ...
What A gurls day..
Miss that kind of that day very2 much ...
Sume beshtie da takde... ramai yang da fly + keje + takde masa...
So .. hargailah masa yang ader bersama2 mereka...
Anyway.. kalo nak buku arab akak ader byk .. since primary skool sampaila ke uia ... ;p

nhmnrh said...

hee, tu lah pasal kak alin.
mmg appreciate ever moments dgn dorang, hee.

buku arab?
wahh. rasa macam nak pinjam je, hee.