Wednesday, April 22, 2009

jadi rajin itu asyik.

err. patut kata sedang happy kah sekarang? happylah jugak berbanding semalam yang ke-confuse-san fikir pasal future sambil berlagak macam prime minister kepada otak sendiri. eh eh. kalau dengan otak sendiri, prime minister tu suci sangat taraf dia! kita tukar pakai diktator supaya TAK berciri angelic.

okay, kenapa happy sangat neh. em, tadi tengah hari. saya dapat surat from globalmedicnetwork in conjuction of my arabic course this may. map of UKM and itinerary included. as well as the things yang saya kena hangkut pi itu kolej ibrahim yaakub. yang ini nanti later-later okayh.
mood sekejap tadi; palinglah rajin (ya Allah, anak perempuan siapa neh apasal rajin sangat? -__-"). emak sila berbangga ya. hak hak hak, (cis, gelak tak ayu langsung padahal baru lepas puji diri sendiri).

budak malas eh, kurang rajin macam saya neh kalau tibatiba datang mood rajin dia jangan di ignore lah kerajinan tersebut. bahaya. pernah dengar pisang takkan berbuah dua kali? kira mood rajin tu boleh diklasifikasikan bergenre takkan berulang kembali. (kalau berulang pun mungkin selang dua tiga bulan I tell you).

selekeh tak? miahaha.

saya ada DUA sebab je kalau tibatiba rajin nak mengemas bilik sendiri (seluruh kawasan rumah terkecuali, hahaha. kantoi dah);

1. tetamu datang rumah lalu emak ajak ke tingkat atas. (situasi neh sangat serius jadi selalunya saya akan mencicit mendahului tetamu pergi bilik dan mencover-cover bilik yang sedia karam tersebut supaya kembali timbul. ewahh).

2. inisiatif sendiri. (yang neh mulia sikit lah tapi jarang berlaku. kalau nak tunggu dia jugak maknanya semakin hari semakin tak ada rupa bilik T_____T tsk).

3. err.. tadi bukan kata ada dua je? kenapa berpoint sampai tiga? tak ada yang ketiga dah. paksaan emak terchenta tak masuk dalam senarai, malangnya.

okay. straight jangan bengkok-bengkok, bahanbahan yang diperlukan untuk mengemas bilik...
vakum, penyapu sampah, penyodok dan juga plastik sampah. macam mana dengan mop, kain kotor dan sebagainya? terpulang kepada citarasa anda, sekian terima kasih. tapi! tapi tapi, bahan yang paling penting untuk mentidakbalaskan semua bahan yang digambarkan di atas tak lain tak bukan ialah;
saya...! (hep, jangan lah comel sangat pergi fikir saya sebagai bahan untuk kemaskan bilik anda pulak. ya, jangan comel sangat untuk fikir idea tersebut). maksud saya diri sendiri lah bahan penting. ingat boleh pakai magic wand ke suruh depa dok gerak sendiri?

mana bilik yang macam kapal karam hilang nakhoda dia tak tau pergi mana tu? meh saya bawak meh.
perhatikan betulbetul kekaraman bilik saya neh. boleh klik bagi lagi jelas, jangan segan jangan malu. ini before dikemas secara ikhlas berserta peluh lah, har har har!

apa yang terjadi setelah dikemas? meh nak tunjuk proud kat diri sendiri sikit. vakum je sampai tiga empat kali. belum sampai part mengumpul sampah sarap sampai pasu di side table pecah T______T
tadaaa... sah, tak ada kerja. tapi hari neh saya sangat fancy diri sendiri (cis) sebab jadi sangat rajin kemas semua neh, alahai. rasa macam nak selalu ada kat bilik je sekarang neh. bilik berciri feminin dan peaceful tersebut, kahkahkah. jangan lupa pergi lawat www.minahperasan/taksedardiri.com lepas melawat bilik saya. (eh eh)

betul lah. melawat secara VIRTUAL. hahahaha. okay, dah jatuh cinta dengan bilik sendiri T_____T sekarang nak balik ke pangkuan bilik tercinta. one, two, three, Zzzzzzz.

whatsoever: cik bie gagal driving test dengan jpj :'( tak pe, dear. chaiyyok!

2 comments:

arelynn said...

nunu .. toilet da cuci lom ? jgn lupe tuh ? nanti akak dtg nak tgk toilet plak ...

nhmnrh said...

kak alin;

aisehh.
mana akak tau orang tk cuci toilet lagi nehhhh T_________T