Tuesday, April 7, 2009

finale diari bulan #001

sepanjang tahun 2009 ni, (okay tahu i speak to soon padahal baru bulan april bajet dah boleh predict overall impression throughout the year konon ahli nujum, -______-" tapi gasaklah kan. GASAKLAH) saya rasa banyak benda baru yang berlaku dan alhamdulillah, semuanya benda yang baik. kalau ada yang tak baik tu sipisipi tempias dek dosa silam lah kot, hahaha. pandaipandai je kau kan. kira sangat angelic lah sekarang?

*geleng kepala kuasa infiniti (berpusing bak gasing dah kepala neh woi)* masih banyak yang perlu saya perbaiki lah weyh.

saya rasa mulai sekarang, maksudnya hari ni, bersamaan 7 april, setiap akhir bulan saya nak buat conclusion tentang hidup dan hari yang saya lalui sepanjang bulan tu. jadi, disebabkan dah terlepas bulan januari, februari dan mac, saya nak buat semuanya dalam entri ni. bear with me sudah boleh. apa jenis arahan neh okay kau boleh abaikan.

dalam entri ni juga akan ada banyak link kepada entri terdahulu, yang berkaitan dengan bulan tu lah tapi bukan semua. yang mana saya rasa penting sahaja. taklah saya keluar pergi belai kucing kat cage diorang pun saya nak bagi link melampau lah tu. saya pun tahu juga nak hidup, kan.

JANUARI
tahun baru, jadi semestinya lah ada new resolution bak kata orang kalau nak maju, kan. kenalah ada perubahan. okay, merepek sudah. bulan januari rasanya dipenuhi dengan perasaan saya yang makin semangat memblogging, hahaha. berkobarkobar membara i tell you. ada satu hari tu sampai dua ke tiga entri. perghh.

lepas tu memenuhi undangan mengatheringkan diri bersama kawankawan sekolah tak terkira dek jari yang ada sepuluh saja neh, hahaha. okay tak funny. mood serius balik, mood serius. ditambah pula dengan kejakunan saya bila dapat lesen L untuk driving. dan beberapa insiden yang terpaksa dicensoredkan ketika belajar memandu. ah, sudah kau nuha. menipu anda dia neh.

oh, tak boleh lupa yang tibatiba ada insan bergelar anonymous slash guess yang out of the blue berdendam dengan blog saya dan syrrul. dan saya siap sertakan entri khas untuk beliau lah kasi kawkaw punya biar terkedu kat place dia, hee.

dan tibatiba entah macam mana budak bawah umur neh (tuding jari pada diri sendiri orang lain jangan perasan) pergi tulis entri pasal macam mana majlis kahwin saya nanti. saya tak desperate, sama sekali tidak.

FEBRUARI

masih lagi aktif memblogging dengan gigihnya dan mula addicted dengan mythbusters. dan rasanya bulan februari ni ada dapat banyak mimpi yang pelikpelik sampai bila saya tulis jadikan entri dalam blog telah mengundang kontroversi hebat dalam sejarah penulisan saya, hahaha. salasilah entri ni rasanya saya dah terlebih hiperbolakan -________-" sebenarnya telah termimpikan calon suami, hahaha.

bulan februari pun ada pahitnya juga despite of semua mimpi mimpi tentang highschool sweethearts itu semua. umi dapat sms ugutan daripada adik bekas pembantu rumah dan apa lagi tah malas nak ingat.

yang memahitkan lagi bulan februari ni bila saya gagal road test dengan jpj. sumpah rasa muka macam dah dihempap televisyen ke radio ke apa tah tak pasti. tapi jangan risau, saya lulus bila buat retest pada minggu seterusnya, hahaha.

oh, dan saya juga surrender pada buku siri twilight saga pada bulan februari ni. memang addicted gila macam my personal brand of heroin, hahaha. siapa tahu? siapa tahu?

MAC
bulan mac ni rasa macam pembukaan bulan yang bagus sebab malam sebelum 1 mac (cakap je lah 28 februari kan senang kau nak panjangkan ayat buat apee -______-") saya dengan geng chopsy pergi tengok konsert maulidur rasul di stadium malawati. dan saya secara tak sengaja telah terjatuh hati kepada amy search dan ustaz akhil hayy. hahaha.

rumah saya telah mencipta sejarah bila dua ekor kucing betina yang saya bela, cici dan dayang bersalin selang seminggu dan lahirkan enam ekor anak kucing yang comel sangat sangat punya sangat, (maknanya tersangat sangat lah neh).

bulan mac ni boleh panggil bulan kecewa ke tak eh? devastated sikit (ini mentipu anda. banyak sebenarnya jangan deny nuha) pasal result spm semua tapi berjaya merecoverkan diri pada keesokan harinya lepas dibrain wash oleh cik apa; aunty saya alias psychiatrist. dan lagi manis bila selang sehari lepas tu saya dan keluarga bercuti ke terengganu dan saya siap online dari bilik hotel lagi, hahaha.

tak lupa juga saya dah buat keputusan pasal nak pergi mesir untuk buat medic. which is the biggest decision i have ever made throughout my life yang baru 17 tahun ni. tambah pula dengan kereta myvi yang abah dan umi belikan, hee :)

konklusinya; macam yang korang baca, hidup saya ada turun dan naik. ada suka, duka, pahit, manis, pakatpakat kira kata cukuplah asam garam. yang penting, macam mana we face that scenario and situations. alhamdulillah, sampai hari ni, saya masih kuat.

whatsoever: mulanya nak buat homework cambridge tapi terus capai lappy buat entri ni je dah sejam lebih. aduhai.

No comments: