Sunday, April 19, 2009

dia pada angka sepuluh.

sebelum apaapa, saya nak khabarkan betapa histerianya saya bila wireless connection berupa begini di skrin lappy. tahu tak macam mana punya tension bila kena refresh network list dan tulisan NO WIRELESS NETWORKS FOUND IN RANGE tu keluar penuh dedikasi buat dua puluh kalinya?

bayangkan kau nak sental dinding yang berminyak dek asyik memasak (bayangkan jugak anda seorang pemasak yang konsisten serta ikhlas) dan kotoran degil pi mai pi mai tang tu jugak walaupun anda gunakan AXION (hehe). hah, bayangkan, bayangkan! sesiapa yang kuat iman pun boleh menyampah lah bukan.

tapi alhamdulillah, sekarang dah okay (muka pun dah kembali longgar, kahkahkah). fuh. bukan sikit punya histeria dok bagi muka ketat kat semua orang dalam rumah neh. miahaha, -____-" okay, tak apa. tu kisah tadi. kita boleh kuis tolak dia tepi.
satu tengahari dan petang ahad neh saya sibuk membanting tulang empat kerat menjalankan tugas seorang kakak (ececeyh) untuk conductkan ADVANCED (actual birth date is on 21st april) birthday party untuk adik saya yang ke-empat, 'ammar yang tahun ni masuk sepuluh tahun. ehem ehem. kakak dia neh baru nak masuk lapan belas bila JULAI nanti, (tetiba terasa nak market).

saya bangun awal (awal dalam rekod saya lah) untuk baca surat khabar pancaindera dan bpop (hak hak hak). semoga sentiasa kekal comel irma hasmie dan nabil :)

so, the advanced birthday party start dalam pukul 12 tengah hari dengan saya dan abah memulakan operasi membakar satay dan barbecue di depan kolam. ada satu moment lepas saya tebar arang kat tempat yang untuk bakar satay tu, kena tuang minyak tanah atas dia (masa tu abah dah nyalakan api). perghh, api terus marak sambar muka saya!

saya dah terketar-ketar takut muka hitam terbakar berparut semualah semua dan hasilnya itu hanya wild imagination seorang gadis yang suka berangan, T______T tsk. hambik, kau. bab marak sambar muka tu betul cuma kena ubah sikit wording dia jadi; perghh, api terus marak MACAM NAK sambar muka saya!
(klik untuk imej satay dan barbecue yang lebih besar, ewah)
dan lepas tu kawan 'ammar pun datang sorang.. demi.. sorang.. demi.. sorang.. (nak baca ikut tajwid macam neh penat kau tapi memang sangat jauh gap dia -____-") yang paling best adalah food sangat merangsang selera tekak.
atas, dari kiri; chocolate moist secret recipe dan bahan-bahan buat ais batu kacang (nyumnyum). bawah, dari kiri; buahan, sweets and party pack. yang tak tertangkap dek camera; beef steak
(panggang sendiri), nasi goreng, puding roti dan of course, carbonated drinks. ouh, satay dan ayam barbecue jangan dilupa. AS IF BOLEH LUPA JEE.
(klik imej untuk berjimba[?] dengan rakanrakan 'ammar)
kawankawan 'ammar yang datang with their own action kamen (apakah. tak pe, pedulikan). proud to tell that I can still remember their names; huzair, nazmi, aiman, alifah, amirul, nana and danish. thanks for coming, darling :) do come again.

sebagai kakak yang berhemah (ceh, macam apa je) saya organisekan a few games; musical chair, siapa tembak peluru paling banyak melekat kat cermin, tiup belon sampai besar dan hide&seek.dan pemenang untuk musical chair ialah alifah (si gadis bijak bergaya), untuk peluru siapa yang paling banyak melekat kat dinding; aiman (clone 'ammar, mungkin) dan pemenang untuk tiup belon sampai besar; huzair (jejaka tinggi lampai berbaju kelabu, eceyh. nuha pandai dah).

dan the advanced birthday party ended at 3 pm as expected. mencari yang mana satu kah adik saya? jangan risau, ini untuk tatapan tidur malam anda (har har har!).

adik saya si gebu berbaju merah :) ouh, yang gadis bijak bergaya berbaju hitam itulah alifah, haha. dengan pesanan; mar, kecikkecik dah pandai dahhh~ cis.

whatsoever: hati mana tak risau kalau dapat tahu mr architect hati dikuaratinkan di kem PLKN. aduhai.

No comments: