Monday, April 27, 2009

saya.jumpa.jiwa.

dear gerimis,
tolong abaikan apa yang saya bebel semalam, hee. itu cakaran budak 18 tahun yang emosinya bersifat bujang trang tang tang. paling loser pun berstatus bujang lapuk, kot. kahkahkah. sekarang ni emosi sudah berdua lebih baik, ewah.

see, gerimis. I tak cerita kat you kisah happy I je tau. kisah I serabut mamai selekeh serabai semua I share dengan you. sebab apa? sebab I sayang you.

gerimis berkata²; I terharu, T______T *lap air mata*

tahu tak gerimis ni berjantina Lelaki Macho di kad pengenalan beliau? hepp, jangan fikir bukan². mr architect masih di hati, tiada yang lain insyaAllah. cuma.. tu lah. saya dah jumpa jiwa *senyum lebar tapi masih ayu cover gigi* (ceh, benci nuha ah pergi main cover² lagi).
♦♦♦♦♦
menulis tentang jiwa, buat saya teringat tentang tajuk karya kak fynn; jiwa ada di sini, (sila acu mana² berkenaan). dan waktu kak fynn bertanya tentang di mana jiwa seseorang, ada yang menjawab;
pandang cermin atau bukak webcam,
acu jari, tunjuk kat diri,
itu lah jiwa.
tepat sangat, kan. jiwa tu ada depan mata kita. sedar atau sengaja buat pintar je. *diam itu pintar, kata kak noe*
♦♦♦♦♦
dan malam tadi, macam malam sebelum² ni lah, mata mana nak tutup kalau tak jarum jam lepas jam 12 tengah malam. paling awal tidur pun pukul satu. paling lambat pukul lima. dah macam adik-beradik kelawar dan vampire. tak reti nak tidur, hahaha.

tapi malam tadi ada sedikit lain. (lain?)
uh-huh, lain. (lain maksudnya you tidur awal?)
hek eleh, baru cakap dalam perenggan atas. malam tadi macam malam sebelumnya. (ohhh. then?)
ni yang nak cerita macam mana saya jumpa jiwa ni. (hah, hah. apa, apa?)
kejaplah. (okay, okay)

p.s: saya memang suka berdialog dengan diri sendiri, (jangan kutuk saya gila just because I like it). har har har!
♦♦♦♦♦
persoalan: macam mana jumpa jiwa?
hint I: saya lawan kata sifat malas.

panjang² tak ada lebar kisah dia. sila senang diri baris sedia (eh eh, tetiba). here we go now! bunyi dah macam intro roll call shabooya dalam Bring It On! -___-"

selalunya lah kan, kalau mata susah nak pejam tu, saya akan capai apa-apa buku depan katil. malam tadi saya capai orange kiss dan malangnya tak mengantuk jugak lagi, (nak kata minum kopi, saya memang tak lut kopi, miahaha. I fancy mocha and nescafe jee.)

dan lepas golek², saya buat keputusan untuk ambil wudhu' dan baca surah yassin. masa tu kalau tak silap jam dah pukul satu setengah pagi lebih sikit (sumpah² I TELL YOU). terfikir jugak nak buat solat iktikharah dan solat hajat dah alang² atas sejadah tu tapi dah nama pun manusia. NIAT CUMA TINGGAL NIAT T______T

ini dah boleh betul² benci diri sendiri sebab tak ada strength macam action kamen dalam shin chan nak lawan nafsu tidur yang tiba² high semacam.

hint II: hikayat 1001 malam

entah kenapa tak tahu hujung pangkal saya mimpi sesuatu yang pinjamkan saya perkataan 'tenang', hee. (ces, tak leh skema lagi.) saya mimpi saya ada di tanah suci Makkah. tempat yang kali pertama dan terakhir pergi masa tahun 2006. (sumpah rindu tapi kalau nak pergi lagi kena tunggu ada suami, hak hak hak).

dan dalam mimpi tu saya kena stalked (i can't remember his name tapi ada amin something ke apa. short-term memory me T__T) dengan sorang lelaki melayu ni. saya asyik lari je dalam satu library ni, pusing sana pusing sini nak get rid of that guy.

sumpah tak tahu kenapa dia stalked saya lah tapi. adakah kerana saya sangat comel...? KAHKAHKAH. gila perasan. tapi masa buat drama bollywood dalam library tu, saya tak takut pun dia kejar. cuma sikit nervous je.

sebab tu macam meragui sikit mimpi ni bagi saya tenang tapi sebab ada dekat Makkah, saya rasa bahagia!! yang buat tambah tenang tu, masa main lari² nyorok² dengan that stalker, saya boleh dalam pencarian cari buku untuk berzikir (I tell you).

habis pak mak arab, om tante indon saya tanya mana section yang jual buku zikir. perghh, sungguh saya fancy diri sendiri dalam mimpi tu!
♦♦♦♦♦
dalam hati je dah tenang tapi telinga ni rasanya nak pecah gegendang dengan budak² yang tak reti nak belajar lepas tu buat bising pulak dalam rumah ni, haih. tak pe lah. siapa pun budak² tu. adik² kau jugak, nuha. layankan saja lah.

whatsoever: dah mula pening fikir senarai benda nak beli untuk ke UKM. (kalau jadi pergi, lah). HAHA.

8 comments:

arelynn said...

Nunu Chan ..
mase akak gi Mekah ari tuh .. ader sorang Pak arab nih ( quite hensem la).. dier speaking ngan akak ckp ..
' I want to marry you now if I can '
wow .. but seem cannot la .. hahaha

nhmnrh said...

@6694668461952442735.0

pak arab propose akak?
ewwww~
bukan eww apa cuma pak arab ajak kahwin?
tak terfikir dek kepala, hee.
neh abg syueib ketahuan ke tidak neh, haha.

arelynn said...

owhh .. itu syueib mustila tidak tahu ... kalo tidah merajuk la seminggu ( mungkinkah aku begitu juga ).. tapi yang sportingnyer dier ckp dpn familu lain .. malu la .. hihih .. tapi dier wat joke je kot .. ( alin tersengih sorang2 )...

nhmnrh said...

@6693991707978240029.0

wohh.
mengapakah tak bagitau abg syueib..?
best apa tgk lelaki merajuk, bkn selalu.
eh eh, memandai je nuha.
perghh.
dia propose depan uncle dgn aunty skali??
salute lah pak arab nehh.
hahaha.

arelynn said...

culture arab nih lain sket nuha .. diorg tak malu+ segan2 ... diorg jenis speak up ... masa akak skola engineering kat uia tuh pun , ramai kwn middle east .. bole tak nuha bygkan diorg bergado dgn lecture pasal diorg tak bersetuju pendapat dgn lec local .. bayangkan la diorg nih betapa open minded n beri pendapat sampai sanggup gado2...

nhmnrh said...

@894179694593908811.0

alamak.. ya ke.
macam mana kat egypt nanti neh.
tak pasal2 gaduh plak kat kedai runcit tu nanti.... T______T
dahlah kita jenis comel lote je, miahaha.

arelynn said...

akak bayangkan nanti tiap2 ari ader je org ajak nunu kawen ... hihih... comel!

nhmnrh said...

@1725359434042865595.0

hahaha.
takut wohh macam tuu.
tak keluar rumah lah nampaknya, hehe.