Wednesday, April 15, 2009

dah besar atau besar kepala?

kali neh saya bukan nak puji diri sendiri atau pandaipandai masuk bakul angkat sendiri punya sombong tak nak orang lain angkatkan ke apa, (jauh panggang dari api nak mengutuk membuka pekung di dada bagai. entahentah ayam yang nak dipanggang tu pun dah mencicit lari tak sempat kena tangkap, har har har). nua kalau bab membebel kat badan gerimis ni memang nombor wahid lah sekarang ni kan. terror dah.

sebenarnya saya dah tak faham dengan diri saya sekarang neh. rasa macam tibatiba chenta kepada parti liar, juga kronik mendambakan hidupan di luar rumah. sekarang macam LEBIH SUKA berpeleseran tak tentu hala purapura dah tak ingat jalan nak balik rumah. sengaja memberontak buat rusuhan rakyat macam akan dapat duit dengan sangat banyak kalau mogok tepi jalan ke apa tah. belia chenta duit! -_____-" (kononnya)

okay, asal ayat bunyi macam sangat loser dan dah hilang diri sendiri tak tahu letak mana dah. dah saspen sangat ni. saya okay je sebenarnya. olahan ayat je buat nampak macam orang ramai terpaksa bagi muka simpati sambil bom mulut kan ayat; "tak dapek eden nok nolongnyo jang" kat saya.

i swear you perenggan kedua tu menipu anda. sila ambil perhatian. dah macam announcer budak hilang kat shopping complex masa main ToysRus pun ada dah saya dengar -___-"

biasalah gadis remaja nak level up ke alam dewasa (ececeyh) surely ada rasa macam "i'm old enough i can do whatever i want" punya perangai muncul, miahaha. kena adult shock sebenarnya saya ni. saya nak ditimbangtara sebagai anti-social pun ya jugak tapi bukan 100%. saya amat payah nak make new friends i bagitau you. tapi bila dah rapat, sah korang akan kena sarcasm yang kawkaw punya. saya tak suruh percaya pun :P
bukan adult shock apa pun, cuma ni yang kat atas ni hah. dulu kan waktu masih remaja ceria mana je saya nak pergi kena berambil berhantar dengan umi dan abah. siap ada curfew bagai dan kadangkadang tu tak boleh pergi pun sebab tak ada transport. being an antisocial daughter (and proud of it) macam saya, bila ada gathering waktu malam ke, (macam kat rumah nabel few months back) kalau parents saya bagi curfew sampai pukul 11 malam, pukul 9.45 malam saya dah call abah ambil saya balik -_______-" har har har.

tapi sekarang neh saya nak pergi mana pun parents saya angguk kan je. itu yang tibatiba rasa ada kuasa super boleh berpesta lova-lova dengan kawankawan kot. tapi. tapi. pesta lovalova saya tu bukan ke Zouk untuk clubbing atau ke lorong haji taib okayh (ehem. sensitif lah sikit nuha). ke SACC atau paling kurang ke shah alam mall. miahaha.

kira saya sekarang macam dah panjang langkah. sikitsikit nak keluar rumah. sekejap buat plan dengan kawan tu, sekejap dengan kawan ni. (okay, tipu. selalu buat plan dengan nabihah jeee T____T tsk). gasaklah. tapi saya harap CUKUP setakat ni. sebab bila dah makin level up neh, takut makin banyak godaan. YA, SAYA MEMANG CEPAT TERGODA. macam lalang? oh, tidak.

dengan keluarnya statement tadi, saya harap janganlah ada orang menggoda saya. (HAR HAR HAR. silalah layari laman web saya yang baru, www.minah_perasan/godalahlagi.com.my T_______T).

whatsoever: penat nak mengedit blog neh. hadoi.

4 comments:

fezaL Mohd said...

da besar kamo ye haha ;p

Hidayah said...

bestnya dia lagi2 dah ada kete sendiri aghh!

nhmnrh said...

haha.
mana adaaaa~
sekeh karang :P
thanks fr visiting my blog anyway :)

nhmnrh said...

hidayah;

alahh.
nanti awak test jpj 22 april neh dah boleh dapat lesen apeee.
lepas tu mintak kereta sebijik ;D