Thursday, April 2, 2009

dah berani habis dah

tau title macam show off gila tapi percayalah yang saya masih orang yang sama. (macam tak boleh percaya? hep. mahu kena piat kah telinga tu?) orang yang sama yang dari mula tulis dulu, sayalah ni. tak ada deh saya nak pergi upah orang untuk tuliskan blog ini. tak ada deh. nehi nehi sama sekali. *siap goyanggoyangkan jari telunjuk lagi tauu* hahaha. baik suruh orang tu buka blog sendiri macam tu. kan.

yang berani ni tidak lah maksudnya saya berani 'pau' duit budak sekolah menengah macam orang sengkek nak beli ganja ke apa semua nak beli. dan bukan juga berani sneak out tengah malam buta merenyeh dengan lelaki. bukan. baca ni. BUKAN, OKAY. saya masih gadis timur apeee.

ini sebenarnya tak lah berani mana pun. mark that. tapi bagi saya it is quite an achievement. for myself of course. nak bagi drumroll ke tak untuk umumkan apa yang saya berani ni? rasanya tak payah kot. oh, come on already! okay okay. surrender dah tak payah drumroll bagai.
saya dah berani drive seorang diri ke shah alam mall. nak tepuk tangan sikit untuk diri sendiri, tumpang lalu. eheh. gelak lah kalau nak tapi saya memang bangga sekejap dengan diri sendiri tadi. masa drive ALONE tadi pun siap boleh menyanyi ikut rentak dan lirik lagu kat radio, tak ada nervous, tak ada apa. padahal LAMPU ISYARAT KAT TEMPAT BERJUNCTIONJUNCTION DEPAN SEKSYEN 8 TU TAK BERFUNGSI DOK LIP LAP WARNA KUNING PATUTNYA SAYA DAH HISTERIA.

tapi saya maintain kelajuan, dan dengan confidentnya pecut terus, nasib baik jalan lurus. nasib baik. kalau jalan bengkokbengkok ada lencongan lembu melintas 500m di hadapan mungkin saya akan histeria. mungkin. heh.

sampai shah alam mall dalam pukul 10.05 pagi dan selesai parking apa semua lah, terus ke kedai speedy. mencari apakah sampai sanggup pertaruhkan nyawa dan life drive seorang diri ni? ah, mencari inilah. ini. suami saya tercinta yang dah lama tak berjumpa. hep. isteri mithali lah bukan, kahkahkah.
ya, mencari ini. dah berminggu kau tau aku ulang alik ke speedy dengan soalan, "kak, twilight belum sampai eh?" dan "kak, twilight bila ya sampai?" dan akhirnya penantian berbaloi lah sudah dapat melihat beliau. BELIAU si vampire hati.
oh, juga dapat ini percuma. penanda buku, voucher 20% off buku twilight, (which i wont be able to use sebab dah ada semua koleksi twilight) dan voucher makan kat kopitiam mana entah, (which again, i wont be able to use sebab tak berminat. eceyh).

mulanya ingatkan nak turun ke tingkat bawah untuk usha vcd BOYS BEFORE FLOWERS yang burn punya murah sikit apa ingat saya kaya sangat, (hahaha) tapi tak kesampaian sebab kedai tu belum buka. apalah. macam manalah bisnes nak maju, bla bla bla... nuha kalau membebel, memang tak pandai. kahkahkah.

okay, tumpang lalu. mahu tengok cerita twilight itu yah. petang nanti mungkin akan drive ke rumah nabihah dan lepak di shah alam mall. hmm, mungkin.

whatsoever: abah pun macam dah interested dengan filem twilight ni sajaa. hahah.

8 comments:

Fna said...

gile jeles gile jeles gile jeles gile jeleeeessssssss!

part driving jauh2 tu la bukan twilight, tak pena tngok pn cite tu and tk teringin pn eventho sume orang huha sane sini, haha ;p

ehhhh tngok la hana yori dango if tk pena tngok lgi, syiok ohhhh! on9 je sudeh ;D

shadah..♥ said...

awk nk gi umah nabihah
kirim salam kat dye ye!
twilight dvd awk ade x deleted scenes?

saya said...

fna;

haha.
apa barang jeles org dpat drive jauh2.
huhu.
tp thrill jugaklahh.
besttttt :DD

saya said...

inda;

haha.
okies.
em. tak sure lah ada ke tak.
nanti kita tgk okayh?

MiZz-AreLyNN Amin said...

Nuha ... baucer diskaun beli buku tuh bagi akak bole? ingat nak beli buku dier plak la ... citer da tgk da .. tadpi dvd pirates je ... syueib belikan kat srawak sana ... hihih .. jgn marah ...

nhmnrh said...

baucer tu?
boleh boleh.
tapi bila nak bagi kak alin ehh?
nua dah ada semua buku dia, hee :P

bg nua,
buku dia lg best dari movie, huhu.

MiZz-AreLyNN Amin said...

owhhh ye ke .. rase macam tuh jugak .. akak bc buku yang ' ps I love u' tuh ... tapi movie tak tgk lagi .... awk da tgk ke ?
Pasal baucer tuh tatau arr sempat ke tak ? Ingat nak beli dis week ... takpe la ehh kalo mcm tuh .. ;p

nhmnrh said...

ps i love you?
oh, belum lagi. best ke buku tu?
nua macam more into buku biasanya then movie.

ohh, nak beli this week ehh. hmm.
okay2. tak pee :)
tp siri twilight ni mmg cepat out of stock tau kak alin.
kena rembat cepat2.

macam nua dulu, nua beli empat2 sekaligus.
senang.