Monday, April 13, 2009

corat coret matahari #001

sekarang ni sambil layan anugerah bintang popular, saya nak corat coret sikit. juga nak membebel banyak, (okay, tipu. tak lah banyak sangat sebenarnya jadi kau jangan lari lah tapi kan -______-") tentang apaapa saja yang terlintas dalam kepala saya ni secara spontan. saya takkan edit apa yang saya taip malam ni. tak kira lah seteruk mana bahasa, selekeh macam mana punya isi. miahaha, (ini gelak milennium jangan kutuk, jangan kutuk).

tadi saya menangis kejap. agaknya dah register tak dalam kepala kenapa saya mesti menangis setiap malam ahad? pasti sudahlah bukan, (dah muak untuk tahu mungkin, hahaha). kali ni memang ada kena mengena dengan si cinta hati tapi bukan secara direct. dia ada kaitan sipisipi tempias dek keadaan saja.

alkisah, handphone saya hampir ditarik oleh lelaki bergelar abah. ini dah tentulah kesalahan empunya diri takkan abah sajasaja nak main police entry atau bom bom cha dengan saya kot T______T tsk. dan bila abah tanya kenapa nak sangat handphone tu balik, dah sah lah meleleh air mata masa tu (apa lagi lah weh. i'm a girl, kan). dalam juraian air mata tu saya akhirnya dapat jawab kenapa handphone tu sangat penting untuk saya.

nuha yang emo: sebab dia sekarang kat plkn, bah. kejap lagi dia nak kena serahkan phone.... (tentunya dengan air mata lagi).

dan teka apa.
ABAH TERUS HULUR HANDPHONE SAYA BALIK :') thanks, bah. for being so understanding yang your daughter neh sangat cepat emo, heh. tapi buatnya lah kalau handphone tu terus lesap dari pandangan mata... fuh. bukan tak dapat bayangkan tapi memang tak nak bayangkan langsunglah. histeria sekejap kot -_______-"

okay, iklan sikit. tadi ABPBH si nabil ahmad raja lawak dua tu menang. tahniah! saya tak nak persoal pun pasal kemenangan dia sebab i think he deserves it. tapi apa yang dia buat before naik pentas lepas diumumkan bintang paling popular tu. frankly, nak canang merata irma hasmie tu girlfriend dia satu dunia pun tak ada siapa yang kesah tapi siapa perasan dia peluk irma tadi? eh, siapa yang mulut puaka sangat nak bergosip dalam blog neh!

tak ada siapa tanya; macam mana misi rahsia 12 april?

eh, mana boleh reveal malam ni. itu entri khas esok ke, tulat melulat ke. tengoklah bila dah cukup evidence nanti. tapi yang saya boleh cakap; it's one of the best day of the week I ever had. terima kasih, kawankawan :')

tengok. mana ada panjang pun. tak kan, tak kan? saya tak kan pernah buat entri secara marathon, insyaAllah. masih waras rasanya. tak tahulah kalau dah tibatiba emosi berlebihan nanti. mungkin akan berhitam arang blog ni saya coratcoretkan.

ah, rasa nak pejam mata. malam ni tidur saya dah tak ditemani suara si dia lagi. tak mau sedih, tak mau. saya rasa dia dah happy duduk kat kem tu despite that dia masih lagi batukbatuk. tu lah, siapa suruh degil makan ubat. selekeh lah entri ni tak ada tujuan. tapi sebab dah janji takkan edit, lagipun dah berbaris saya membebel, rasa sayang pulak nak delete.

ini sekadar ayat spontan dari hati bila saya terasa nak menulis. sekiannn, terima kasih. *bow sikit*

whatsoever: manusia kalau tak iri hati dengan apa yang orang lain ada memang bukan manusia namanya. aik.

4 comments:

fawani said...

iyaa.perasan2!! nabil peluk irma tuh!
hehehehe

nhmnrh said...

hahah.
tah pape lah nabil tuu :P

Hidayah said...

oh your dad is sooo sporting! aagh!

nhmnrh said...

haha, tau tak peee.
tak sangka my dad terus hulur balik phone tuuu.
mwahahaha.