Monday, April 6, 2009

bonda berpesan

ergh. sekarang ni shah alam memang musim hujan. ke satu malaysia kena hentam dek hujan ni. dan dukacitanya nak buat statement yang saya tengah demam balik, aduhai. dengan selsemanya. batuk lagi. nasib baik tonsil tu tak membengkak. kalau tak dah sah macam bencana sangat dah hidup ni rasanya. kenapa lately ni blog saya macam bercop bertepek 'blog berpenyakit'. eh eh.

secara peribadi lah kan, saya rasa ada tiga sebab kenapa saya continuously tak sihat macam ni;
  • perubahan cuaca yang tak menentu, eg. hujan yang tak berhenti mencurahcurah beberapa minggu ni, pertukaran angin monsun timur laut barat daya, etc etc. (eh, tak. saya bukan peramal cuaca apatah lagi pembaca berita perihal cuaca). ewah.
  • silap sendiri yang pergi curicuri minum air pepsi berais masa birthday pak usu in advance hari tu, tambah lagi tadi pergi curicuri minum air sirap sejuk, hohoho. (sungguh tak makan saman kau ya nuha).
  • merindui mr. architect. ehem ehem. ehem. (yang ni paling possible kot, kahkahkah). tapi dia pun sepanjang tiga minggu ni asyik demam jugak. kadangkadang kitorang main lawanlawan batuk lagi tiap kali dia call T____T sangat pathetic dah tahu dah tak payah cakap. ahaha.
back to main point berkenaan tajuk mari.

oh. ini bukanlah kiranya umi saya pesan sangat pun, hahaha. beliau kira macam snap ayat tu kat muka saya je. palinglah kat muka. tapi kira muka lah sebab face to face -______-" isi perenggan ni macam apa je tolonglah.

masa tu tengah dinner rasanya. kejap. nak ingat bila umi cakap ayat tu pada saya. emm. oh, semalam lah. lepas umi masak nasi goreng kampung. sambil makan suap nasi ke mulut tu, saya bermessage dengan mr. architect. kau tahulah kalau tengah message dengan jejaka idaman malaya mestilah rasa heaven nyaman segalanya. hahaha. macam terover describe saja neh.

bottom line nak cakap kat sini; masa tu tengah senyumsenyum seorang diri bagai dunia ni saya yang punya. eceyh.

dan terus umi snap dialog ni pada saya.

umi: jangan angau sangat nanti jerawat makin naik.
nm: eh, mana adaa.
umi: betulll.
nm: ouh, ha'ah lah. sebab hormon kan?
umi: (angguk)
nm: (saya teruskan suapan nasi sambil akhirnya dengan nada kononkonon macam tengah berbisik rahsia paling besar) tak apalah mi. nua angau weekends je. (hahahahahahahaha -______-")

serius tergelak je bila ingat ayat akhir saya tu. betullah kan tapi. kalau saya betul angau pun bila weekends je. sabtu dan ahad. lima hari lagi saya macam robot koma. apakah.

hm. harap cepatlah saya dan dia sembuh. saya ni tak apalah. klinik dekat. family satu bumbung. dia tu? ubat pun tak bawak. dahlah duit dia hari tu rm100++ kena curi dek orang. sighs. tak patut betul orang tu. apa lah.

whatsoever: sanggup dia beli banyak kad iTalk untuk call saya guna public phone. mana hati tak sayang lah bukan.

4 comments:

Hidayah said...

kat plkn bleh bawak phone eh?
cool gilak waah.
kesian ada org tu demam hoho ;p

nhmnrh said...

hidayah;

yup2.
phone boleh bawak tp weekends je blh guna.
haha.
kesian, kan ;D

jihan halim said...

hahahah!
funny!!
angau dgn mr architect ke??


word verification, creas

nhmnrh said...

hahaha.
tau tak apa, jihan ;P
dengan dia saja.
tak ada orang lain.
hahaha.
-__________-"