Friday, April 17, 2009

blog neh dah maju.

tagline entri pada hari ini; KAU INGAT DUNIA JE DAH MAJU? BLOG PUN NAK MAJU JUGAK. hahaha. saja je pembukaan kasi panas biar parallel sikit dengan cuaca sekarang yang boleh buat saya boiling dan menggelupur kalau men-tanned-kan diri di tepi pantai, (I bagitau you).

sebelum saya merepek dengan lebih banyak dan entah ke mana saya bawa korang menjelajah minda saya neh, biar saya bagi tutorial kejap. (ececeyh) mungkin korang dah perasan banyak perubahan kat blog saya sukakan gerimis neh. macam jadi lebih complicate je blog neh kan. dah lah sedia complicated dengan emosi tuan punya blog yang asyik mencakar sampai rabak blog ni. hohoho! (merry christmas. eh eh).

ya. pastikan kamu baca STICKY MODE tu sebab from time to time, saya akan announcekan apa saja pembaharuan yang saya buat untuk gerimis (elok tak elok belakang kira. ewah). tak adalah. kalau saya rasa benda yang saya buat tu menyusahkan, saya akan reset balik coding tu, jangan risau.

cakap je; nuha! I rasa sticky mode you tu boleh butakan mata I! buang lah :)

saya dengan rela hati akan pertimbangkan katakata anda tu. sebenarnya
yang penting tu senyuman, senyuman! (maknanya tak ada senyuman tak kan layan?) mungkin, miahaha. *hentak kepala kat keyboard kejap*

okay. mari saya bagi panduan satu per satu tentang pembaharuan yang baru saya buat neh. bismillahirrahmaanirrahim.

yang pertama; butang Read More atau yang dalam blog saya ni, saya memandai tukar jadi "Baca Entri Sepenuhnya>>". well, takkan tak kenal nuha kan. kalau dah membebel dalam gerimis ni, satu topik tu boleh sampai 200 ela panjang dia. kalah karangan waktu sekolah dulu, (paling banyak pun 4 setengah muka surat jee -_____-").

jadi saya masukkan butang Read More ni supaya entri yang saya buat tu tak lah nampak panjang sangat, kan. walaupun sebenarnya panjang tahap gaban.

yang kedua; sila check sidebar saya dengan title "exhange the banner" macam kat atas tu. kan ada code bawah gambar tu kan? copy dan pastekan kat sidebar blog korang. kiranya kalau ada orang yang klik banner tu dari blog korang, orang tu akan sampai ke blog saya. kiranya macam cari trafik jugak lah.

kalau teringin nak buat jugak, bagitau je okayh? :) then we can exchange the banner.

yang ketiga; threaded comment yang selalunya digunakan pada wordpress sekarang boleh guna dekat blogspot jugak. sebenarnya ini lah yang bagi saya tension sangat tu. tiga hari saya cuba menggodek coding dia tapi tak berhasil. tibatiba pagi tadi boleh pulak, alhamdulillah.

tapi masih ada banyak lagi saya kena betulkan coding threaded comment ni. kiranya masih dalam
peringkat BETA (trial). yang arahan kat atas tu kalau korang nak reply comment orang lain. mulanya saya pun pening jugak neh, hahaha.

tak pe, tak pe. anything, just bagitau dekat
shoutouts okay? kerja saya tak lain tak bukan menyusahkan korang je -_____-" tapi kalau korang seriously tak selesa, khabarkan saja. i'm trying my best to make this blog as readers' friendly. har har har! aik. gelak pulak dia.

whatsoever: kena beli makanan kat pasar, hadoi. tsk.

1 comment:

nhmnrh said...

ergh. macam nak tukar comment biasa balik jeee.
binawe punya threaded comment, haih.